Selalu sangat PAS beralah dalam banyak isu seperti jumlah kerusi pilihanraya, isu exco, isu Exco Ugama Negeri, isu Hudud malah dalam isu liwat pun PAS banyak ditolak diansur, semuanya mereka katakan pada PAS, mereka bersetuju untuk tidak bersetuju.
Walaupun pada peringkat awal ada juga sedikit bantahan di kalangan pemimpin PAS tetapi akhirnya semua kena telan akibat campurtangan Nik Aziz yang banyak menyebelahi puak tersebut walaupun merugikan PAS. Nik Aziz tertelan slogan Asalkan Bukan UMNO.
Alhamdulillah seperti yang diperkatakan sejak dari dulu lagi, seperti yang dijangka, tanpa pengaruh besar Nik Aziz sekarang, PAS lebih bebas, berfikiran terbuka dan tidak terikat dengan beban berkawan dengan puak gila kuasa.
Hasilnya jelas hari ini Hadi Awang menolak pertukaran Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor kerana tiada pengkhianat perjuangan atau pecah amanah. Perjuangan peribadi Anwar Ibrahim dilongkangsampahkan dan hajat batuapi DAP dihumban jauh atas nama bersetuju untuk tidak bersetuju.
Rasa macam penampar besar menyinggah muka Anwar Ibrahim..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CONSULTANT
Consultant terbuka samada sepenuh masa atau sambilan, lepasan ijazah, suri rumah, student, orang pencen, imam, orang parti politik, NGO da...
-
Tidak sia sia umno kalah, negara beruntung, rakyat gembira umno makin serasi jadi pembangkang, makin pandai makin mahir membangkang teru...
-
Aku pun pelik le perangai pembangkang ni, asyik komplain pasal gst, harga petrol naik, inflasi makin tinggi dan kos saraan hidup yang me...
-
Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa ada addendum Pertanyaan telah ...
Sewajarnya khalid ibrahim berundur dan akur atas keputusan parti dengan mengutamakan pentadbiran negeri mengatasi hal-hal peribadi.
ReplyDeleteJika anwar dituduh berkepentingan, Khalid juga berkepentingan. Bagaimanapun tindakan anwar sah kerana dia seorang penasihat parti.
Azizah dan Azmin kenapa membisu??
Oleh kerana Anwar sering juga menggunakan politik kotor sepanjang kariernya terhadap kawan dan lawan, maka apa yang berlaku adalah balasan 'cash' yang kena anwar terima.
Adalah benar khalid kena akur keputusan parti, parti yg mcm mana? Yang mengkhianati kepercayaan rakyat? Parti yg cuba mengajar mengkayakan kroni? Parti yg mahu gunakan duit negeri untuk parti? Atau lebih tepat campurtangan yg melampau dari parti dlm urusan pentadbirannya.
ReplyDeleteKenapa sekarang dipertikaikan Khalid tidak akur kpd parti sdg kan sudah bertahun azmin mengimpit untuk menjadi mb? Kenapa azmin tidak akur keputusan parti ialah khalid sebagai mb dan haram untuk sesiapa mengidam dng cara cuba menjatuhkannya.
Atas niat jahat parti, khalid tidak patuh kerana dia lebih takut kpd amanah yg sdg dipikulkanya.