Friday, July 25, 2014

Penasihat MAS Beraya Sakan - RM300 ribu guna perbelanjaan kerajaan?

Walaupun hampir semua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya tahun ini dengan cara sederhana berikutan tumpang bersedih dengan tragedi pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dan kerajaan juga membatalkan banyak majlis-majlis rumah terbuka sebagai tanda turut bersimpati, tetapi Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah yang merupakan Penasihat MAS seolah-olah tidak terkesan apa-apa dengannya.

Semalam, beliau yang juga bekas Perdana Menteri bersama isterinya, Jeanne Abdullah, anak-anak menantu, anak tiri serta kaum keluarga terdekatnya telah pun berlepas ke Melbourne untuk bercuti dan menyambut Hari Raya di sana. Beliau yang dipercayai berada di Melbourne selama lebih seminggu itu nampaknya tidak bersedia menangguh atau membatalkan percutiannya di ketika seluruh rakyat Malaysia dan dunia seolah-olah sedang berkabung

ketika ini.

Meskipun jawatannya di syarikat penerbangan milik kerajaan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif, tetapi sebagai penasihat apatah lagi sebagai bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan imej Islam dan popular dengan gelaran "mr clean", Pak Lah sekurang-kurangnya wajar menunjukkan sedikit rasa simpati dan prihatinnya kepada keluarga mangsa MH17 ketika ini.

Lebih-lebih lagi ketika Perdana Menteri, Najib Razak menunjukkan rasa prihatin yang boleh dipuji dengan membatalkan jamuan rumah terbukanya dan diikuti oleh kerajaan-kerajaan negeri yang membuat keputusan yang sama, tindakan Pak Lah meneruskan percutian dan sambutan Hari Rayanya di luar negara seperti beliau sudah terasing daripada rasa kekitaan dan kebersamaan dengan keputusan kerajaan.

Sudahlah tidak melawat dan mengunjungi keluarga mangsa untuk mengucapkan takziah, tindakannya meneruskan percutian dan berhari raya di luar negara ini juga langsung tidak kena dengan masanya.

Atas tragedi yang menimpa MH17 ini, Najib Razak bukan saja membatalkan sambutan rumah terbukanya dan meminta semua rakyat Malaysia menyambut Hari Raya tahun ini dengan cara paling sederhana, bahkan beliau juga difahamkan menangguhkan semua percutiannya pada tahun ini sehingga semua isu mengenai mangsa dan keluarga mereka dapat dibereskan dengan sebaik-baiknya.

Lebih memilukan lagi ialah percutian Pak Lah dan keluarganya ini yang dianggarkan menelan belanja lebih RM300 ribu, termasuk kononnya mengadakan jamuan Hari Raya dengan rakyat Malaysia di Melbourne, adalah ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan wang pembayar cukai.

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga merupakan menantu Pak Lah yang kini sedang menghadiri Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, dipercayai akan turut terbang ke Melbourne untuk bersama-sama menyambut Hari Raya bersama ahli keluarga mertuanya itu.

Dalam hal ini, Khairy seolah-olah terheret sama bercuti dan bergembira di luar negara serta dilihat berbeza dengan pendirian yang diambil oleh Najib dan lain-lain anggota kabinet.

Tindakan Pak Lah tidak menunjukkan keprihatinan dalam tragedi malang yang menimpa negara bukanlah kali pertama sebenarnya. Ketika isu kehilangan pesawat MH370 sedang diperkatakan kira-kira tiga bulan lalu, sebagaimana yang didedahkan oleh portal Free Malaysia Today, Pak Lah juga didapati bercuti bersama ahli keluarganya di Sepanyol sambil bersiar-siar di lautan negara itu dengan sebuah kapal mewah yang disewa khas.

Ketika itu, ramai yang mempertikaikan tindakan Pak Lah itu dan menunjukkan beliau seolah-olah tidak turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa negara dan MAS yang mana beliau menjadi penasihatnya.

Tetapi dengan terus menunjukkan sikap yang yang serupa ketika berlakunya tragedi MH17 yang lebih dahsyat dan menyanyat hati, bahkan keluarga mangsa di negara ini dan di seluruh dunia ketika ini sedang berendam air mata menunggu ketibaan jasad mangsa yang tidak lagi sempurna atau mungkin hanya cebisan-cebisannya saja yang tiba, percutian dan bersukarianya beliau di luar negara ini tentunya menambahkan duka yang ada.

Apakah sebagai penasihat MAS dan bekas Perdana Menteri, tidak tercuit sedikit pun hati kecilnya atas petaka yang bertimpa-timpa ini? SHAHBUDIN.COM



#Adalah hak paklah untuk bercuti tetapi cara dan sikapnya akan tetap terpalit kepada UMNO, bekas pemimpin yang masih tidak peka, tidak menolong parti yang mengkayakan anak beranaknya.
Begitu juga apa yang sedang berlaku di Gaza - Paklah adalah bekas Pengerusi OIC.

40 comments:

  1. Paklah tak tau kot kapalterbang jatuh...

    ReplyDelete
  2. jgn kapal paklah JATOH udahnak pi pilah paklahhhhhoii janji selamat

    ReplyDelete
  3. Busuk punyer hati ko ni...biarlah..paklah bukan ada apa2 lg dlm politik dn negara...dia ada kehidupan sendiri..dia dah bersara dah..x mau campur dah..nak berehat jer...apala ko ni low classs blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang nie ada apa2 dgn krlurga depa ka...masukk...masukk....hang la low claass...ttak ada upaya nak fikir langsung...akai tak dak.....
      Orang lama 1957

      Delete
    2. Camtu ler..org lama otak pon lama..baik letak kat lututlah ko punya otak. Zaman dah berubah. Cara berfikir pon kena berubah. Baik ko duk diam jela..tak habis2 hati asyik duk fikir yg bukan2. Orang lain dah sampai ke bulan. Org macam ko ni duk merangkak atas tanah lagi.

      Delete
    3. Bab pendapat kutuk orang lama, bila bab merayu undi, jamban pun org politik sampai. Paklah ni lah pelingkup umno, melayu, Islam dan negara dengan liberal kepala atok dia

      Delete
    4. Masalahnya pak lah ni penasihat MAS. Dan sbg penasihat yg dibayar oleh kjaan melalui MAS maka buatlah tugas2 advisory dlm kapasiti mentoring. Tp aku x paham mcm mana sorang pm lembab boleh jd penasihat utk sykt penerbangan negara yg makin tenat. Agaknya dia mementorkan ceo dgn board MAS tu utk sleep on your job kot. Bahkan aku pun tekejut sbb badawi ni rupanya penasihat MAS. Itu pun menunjukkan mmg selama ni kjaan dgn MAS bayar gaji buta je pd dia. Amenda sumbangan dia. Dan lg penting apa kepakaran dia dlm industri penerbangan. Kurang2 proton tu brainchild mahathir so x pelik la dia jd penasihat situ. Apa najib pikir letak dia situ pun aku xpaham. Nak kasi jahanam terus agaknya kot.

      Jentayu

      Delete
  4. pak lah dah tak pegang jawatan kerajaan, biarlah dia menikmati hari2 yang menggembirakan. tak boleh banding dengan najib yang masih pm. nak banding, banding dengan tun mahathir, sama2 bekas pm.

    tapi khairy sebagai anggota kabinet memang boleh diungkit bila buat perkara sebegini. tapi mengimbau pada malam selepas arwah endon dikebumikan, sendiri mahu ingatlah.

    ReplyDelete
  5. Syarikat pembekalan makanan MAS dikuasai oleh adik pak lah 70%milik adik pak lah dan 30% utuk MAS.....salah seorang pekerja dlm syarikat adik pak lah ialah seorNg ibu yang membiarkan anaknya kurus kering di nilai dahulu

    ReplyDelete
  6. biarlah..apa masalahnya. itu hak masing2. p cuti x bermakna tidak bersimpati...bukan kerajaan tanggung pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 300 ribu tu duit bapak dia ke

      Delete
    2. Ada bukti ke 300k tu kerajaan tanggung? Atas kapasiti apa. Paklah bukan anggota kerajaanpun, bukan yb. Hanya lepasan pm jer. Nk buat fitnahpun beragak bro. Ooo...sbb paklah penasihat mas, so mas taja. Belum tentu mas taja bro, takkan la paklah xde otak sampai camtu sekali. Dh la mas tengah nk bengkrap, dgn tragedi mh17 lg dan mh370 yg tak pernah selesaipun. Nk bunuh diri la paklah kalau minta mas taja. Kalau khairy j yg taja, mungkin. Tp pakai scomi la, apa pulak pakai bajet belia & sukan. Nak mampos. So, beringat kalau nk buat fitnah. Makin panjang jaringan dosa kalau silap....

      Delete
    3. Apa punya bangang kau ni, sebagai mantan PM, jutaan ringgit kerajaan peruntukan untuk perbelanjaan percutian, lain2 saraan, charge kesihatan dan perubatan. RM300 ribu bukan satu jumlah yg besar tetapi sesuai dengan perbelanjaan sekeluarga anak menantu cucu, pembantu, tukang masak serba mak nenek untuk bercuti keluar negara termasuk perbelanjaan makan minum dan penginapan.

      Yang dipertikaikan guna duit kerajaan tetapi masa cuti, cara cuti tidak kena pada masa negara dlm keadaan dukacita, kalau dia bukan penasihat mas, lantak le.

      Buat apa masih pegang penasihat pas kalau sekadar nak tambang khas atau percuma.

      Delete
  7. pak lah pun manusia biasa..org biasa berjalan ke sana ke mari okey je..xkan klu bekas pm x blh bercuti.

    ReplyDelete
  8. Jangan salahkan Pak Lah. Dia mana tau kapalterbang jatuh sebab dia asyik tidur aje.

    ReplyDelete
  9. Kalau betul pakai duit rakyat, ini yang tak betul.

    ReplyDelete
  10. jika benar dia gunakan duit rakyat (maksudnya ditanggung oleh kerajaan), memang patut dipersoalkan. aku bayar cukai bukan kecil anak oooi..

    ReplyDelete
  11. kerja dengan saya bukan untuk saya! one real actor

    ReplyDelete
  12. Anak dia kaya woo..scomi... pedehall....

    Anak goh cok tong buat parti arak blan ramadhan.... tarian bogel di kelompo lg jahanam...

    x plak nak bising....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak hormati org melayu yg berpuasa padahal lahir dan membesar di msia berpuluh tahun. Cina cina... mana2 pon sama.

      Delete
  13. Biar je laa... Kita yg hanya mampu balik kampung bersesak-sesak kaat jalanraya ni, terimalah hakikat yg kita dah tersalah letak seseorang.. Kalau dia bukan penasihat MAS, lantak pi laa.. Tp ni dia penasihat..

    ReplyDelete
  14. Msia dah dikuasai red bean bro. Saham turun naik dan sapa pegang menteri pon ditentukan red bean. Power red bean. Polis tak boleh buat apa2.

    ReplyDelete
  15. Belajo bodo.... balik kg jln kaki jaa laa....

    Sapa suruh x nak lajoo rerajin....

    Dulu org lajoo rerajin.... ko merempitt.... cabot sekolah.... isap rokok...

    Skrg org gaji 100k sebulan.... ko gaji 100 ingit smigu ....

    Lpas tu maki hamun kata kjaan x adil... kata duit brim x cukup.... kikikiki...

    Balik kg jln kaki la weiii...... kakakaka...



    ReplyDelete
  16. Padan muka.... orang mengutuk hang lebih ramai, dari menyokong hang. Dia dah tak ada apa dah dengan pentadbiran kerajaan. Biarlah dia nak menongging macam nuar ka, nak melompat macam rafizi ka, nak berguling-guling macam mustafa ali ka.... lantaklah dia. yang hang duk menyeboooook buat apa. POYO punya bloger.

    ReplyDelete
  17. Biar la dia nak berseronok anak beranak , dekat negeri orang putih , paklah ini ada dalam kerajaan ka tak ada ka sama saja tak ada bawa faedah , sudah la tak payah bicang pasal dia , kerana pebangkang marah , lim kit sial orang yang paling marah paklah berhenti , waktu paklah memerintah pembangkang jarang nak kacau banyak yang komen datang dari dalaman parti dan orang atas pagar. kalau Tun M ka , Tun Razak ka , Tengku atau Najib memang pembangkang akan hentam habis-habis dengan fitnah sana sini . Kenapa pembangkang suka benor dengan paklah ?

    ReplyDelete
  18. pak lah masih penasihat MAS...jadi mmg tak patut la pak lah pi enjoy2 lagu tu...tambang flight sah2 free..oo msia ku!!

    ReplyDelete
  19. Sebab itu aku amat geram kalau menantu dia , si mamat-LIBERAL-kari yg. dipuja EvangeliSStar utk. jadi PM; terus berkuasa dlm. UMNO!

    Aku juga berharap jenerasi muda dari Kerabat Raja/pemimpin politi/usahawan penting berhati-hati supaya tidak diperangkap oleh MUSUH ISLAM dgn . menggunakan wanita jelita/lelaki tampan, termasuk warga asing (yg. sanggup MENYAMAQ masuk Islam untuk berkahwin) atau melalui ‘Blackmail‘.

    Ini adalah MO biasa si Yahudi ZIONIS dan penyokongnya, yg. mulanya diamalkan oleh Yahudi ZIONIS-plg-DAJAL, Rothschild (yg. menubuhkan Israel dgn. amat BUAS) yg. berkahwin dgn.Raja-Raja/pemimpin politik-ketenteraan/usahawan penting Eropah atau ‘blackmail’mereka – termasuk MENYAMAQ masuk Kristian. Sebab itu Barat sudah dikuasai Yahudi ZIONIS!

    Makcik Sambal Belacan.


    ReplyDelete
  20. Ini terjadi pd. saudara aku sendiri yg. pegang jawatan korporat besar – si bini (convert) GELI nak balik kpg. walau untuk Hari Raya, anak-anak, lansunglah kebaratan! Yg. saudara aku tu, habis jadi si LIBERAL-mcm-omputih! SEDIHnya aku!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  21. Jasa paklah dalam melingkup negara sampai ke tahap ini sangat besar dan biarlah dia menikmati saki baki hidupnya tanpa ada kesedaran.

    ReplyDelete
  22. Penasihat MAS?
    Tak dengarpun dia bersuara tentang tragedi-tragedi yang menimpa MAS.

    ReplyDelete
  23. Klu pak lah pi mekah instead of melbourne, itu mcm mana plk? Blogger ni cuba la jd matang. Benda yg remeh mcm ni nk publish. Satu lg, 300k ada bukti ke jumlah tu betul n guna duit rakyat? Cuba tunjuk butik sikit.

    ReplyDelete
  24. Boleh bercuti tapi bukan masa ni..dan lagi sebagai PENASIHAT MAS agak agaklah masa nak bergumbira lainlah kalau PENASIHAT Felda ...

    ReplyDelete
  25. Pak Lah Bodowi memang tidak layak menjadi Punaisihat MAS. Ds Najib adalah sotong kerana mengangkat Tun Bodowi memegang jawa\tan di MAS hanya makan gaji buta saja. Ds Najib lah harus dpersalahkan juga kerana bengap nak mampoi memilih orang yg bodowi memegang jawatan MAS sampe lingkup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib pun tak layak jadi PM.........sebab najib adalah bapak sekolah cina ....dan perosak negara.

      Delete
  26. Mamat tu jenis x Tahu apa apa dok jadi siak Aja layaknya

    ReplyDelete
  27. Bodoh punya bloger kluangman buat dosa kering aja ........kalaupun tak suka pak lah jangan fitnah yg bukan bukan.....kau ingat pak lah tu sengkek sangat ke?sendiri mau ingatlah.....

    ReplyDelete
  28. la....apahal la ko ni..biar la dia bercuti..dia da pencen la..tak kira la duit gov ke..dia tu ex-PM doee..

    ReplyDelete
  29. Blogger bangang.... Ingt ank dia miskin kaaa...? Syarikat scomi untung juta2 laaaa... Smua projek luaq negara.... Bkn dlm msia.... Ingt sengkek mcm ang kaaa nk balaih duit org....? Ingt gaji pm seminggu 100 ka....? Bodo... Btw Badawi tu sbut btol skit... Jngn nk bingai sngt... Tu nama ulamak... Kja nk fitnah... Bangang... Dlu paksa dia ltak jawatan laaa brhnti laaa pa laaa... Dh bila dia stop smua kalut plakkk nk sruh dia ckp itu ini.... Melayu bangang....

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...