Friday, July 18, 2014

Kebimbangan orang Melayu sekarang tidak ada asas dan palsu !!!

Rata-rata sepanjang setahun dua ini majoriti orang Melayu dan Islam yang tidak ahli pada mana-mana parti atau ahli umno atau yang pro umno telah berulang kali secara ikhlas sarankan supaya umno kembali ke era perjuangan asal atau sekurang-kurangnya ke era ala Mahathir untuk martabatkan kerajaan dengan memelihara melayu dan Islam apabila kaum lain yang asalnya pendatang sudah melampau, lupa asal usul dan tidak menghormati lagi semangat pengorbanan orang Melayu dan Islam seperti di dalam Perlembagaan.

Oleh kerana saranan-saranan tersebut tidak diperdulikan, malah kerajaan sekarang begitu galak mengikut telunjuk kaum yang asalnya pendatang maka diketahui punca tersebut adalah datangnya dari Najib sendiri selaku Ketua Negara dan presiden parti maka sasaran yang tepat ialah meminta Najib berundur.


Itu juga bakal tidak menjadi kenyataan !!!  Samada najib tidak tahu, tidak mahu tahu, tidak diberitahu atau memang itu pendiriannya.




Episode Ini 
Akan Sampai 
Kepada Kita...
Very soon.... >>>


Seterusnya usaha disasarkan pula muhyiddin untuk bersuara atau kalau tidak mampu lakukannya kerana terhutang budi dilanti sebagai TPM, berundur dan lepaskanlah jawatan kerajaan.
Bersuara melalui parti sehingga berkesan atau akhirnya dipecat. Setakat ini darah perjuangan muhyiddin tetap sama seperti pemimpin-pemimpin umno lain yang kepentingan diri mengatasi kepentingan ugama, bangsa dan negara.
Takut perpecahan Melayu semakin luas dijadikan alasan.

Siapa lagi mahu disasarkan? Zahed Hamidi !!! - Mungkin dia lebih selesa untuk menjadi pak turut dari bersusah payah untuk memulakan sesuatu yang tinggi risikonya, 2x5

Kepada siapa lagi kita mahu sasarkan aduan, kerisauan dan kebimbangan ini? Mahathir sudah terlalu tua dan Tun memerlukan masa peribadinya setelah lebih 50 tahun masanya diberikan kepada umno. Sudah tidak adil untuk kita meminta dan mengharapkan sesuatu dari Tun kerana beliau telah menyumbang lebih daripada yang lazim.

Daripada Ku Li? Seorang lagi bangsawan yang jarang turun ke bawah, lebih banyak bercakap dari bekerja, cuma tinggal slogan, otai masih berbisa - hanya lambungan penyokong fanatiknya yang tinggal sekerat dua. Selebihnya Ku Li akan diperalatkan pembangkang.

Untuk diletakkan harapan kepada Anwar? - tak perlu ulas kot..
Untuk letakan harapan kepada PAS - kurang lebih macam umno kalau tak lebih teruk pun..

<<<<<< tidor

Harapan kepada NGO - blurrrr...

Atau apakah kebimbangan ini hanya sekadar kebimbangan palsu atau tanpa sebab sedangkan sebenarnya Islam dan Melayu berada pada kedudukan yang lebih baik dan terjamin dengan cara pembawaan kerajaan, umno dan najib sekarang.

Atau kebimbangan ini sekadar terikut dengan rentak pembangkang, kebimbangan atas rasa cemburu kepada Najib atau kebimbangan dari rakyat yang tidak tahu bersyukur?

Atau lebih tepat kebimbangan ini hanya dari golongan penjilat mahathir?

Harapan kini kepada Allah S.W.A - nyata Allah tidak menghampakannya dengan syarat. Allah kembalikan harapan itu dengan pertanyaan dan penegasan:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Allah turunkan bencana demi bencana dengan penuh tanda soal yang tidak terjawab oleh manusia untuk apa?

Jika peringatan Allah pun kita tidak peduli, tidak dijadikan sempadan dan tauladan, tidak menimbulkan kesedaran dan keinsafan, masih memegang kuasa atas keyakinan mampu menyelamatkan diri maka tunggulah pembalasan seterusnya. 

Acheh yang terkenal dengan serambi Mekah telah Allah anugerahkan tsunami. Malaysia? Bila?

Jika pembalasan turun - ia tidak peduli anda penyokong atau pembangkang UMNO.




Untuk apa Pengorbanan ini dilakukan..


DS Najib selaku presiden umno tidak lagi memperdulikan nasihat dan harapan ahli umno termasuk orang melayu yang sayangkan negara ini. dia lebih mementingkan sokongan puak pembangkang demi undi untuk kekal jadi pm malaysia. apa yang terjadi adalah petunjuk demi petunjuk dari Allah bahawa najib tidak lagi sesuai untuk mentadbir negara ini. perlembagaan negara hanya digantung buat hiasan. Ada undang undang dibakulsampahkan..nasihat orang melayu supaya diwujudkan kembali ISA terus diperlekehkan. sebaliknya apa yang dirancang oleh perosak negara, itulah yang menjadi senyumannya...
Sesungguhnya Allah telah memberikan petunjuk kepada orang islam yang berdoa demi kemakmuran negara ini supaya berfikir mendahului masa ..bertindak sebelum terlambat..sesungguhnya orang melayu dan islam di negara ini berada dalam kerugian di bawah pentadbiran sekarang..kecuali mereka yang suka berpura pura dan menipu demi kesenangan dunia


#MH17 berada pada kedudukan 33,000 kaki (10KM) yang tidak tercapai oleh senjata dari permukaan bumi, berada dalam laluan yang selamat dan tidak ada sebab untuk tertembak kecuali memang sudah dirancang dan di sasar dari awal lagi @ Apakah ada dalang dari dalam yang meletupkannya.

6 comments:

  1. Lebih baik Ibrahim Ali jadi PM. Kita tahu Melayu dan Islam akan lebih terbela.Najib pengkhianat bangsa dan agama. Kerana Najib, UMNO digelar celaka.

    ReplyDelete
  2. UMNO PAS PKR semua boleh mamposla korang, tak boleh harap nak jaga Bumiputra dan Islam, semua jilat bontot Cina, celaka punya politician Melayu. Cina lagi la celaka sialan nak mampos, duk rasuah pemimpin lepas tu hasut rakyat.

    ReplyDelete
  3. 1.DYMM Sultan Selangor sudah memulakan langkah,mengeluarkan kenyataan secara terbuka kepada sesorang yg baginda rasa biadab .Perkara begini tidak pernah berlaku sebelum ini,kalau ada pun ianya tidak secara terbuka.Saya sangat berharap ramai lagi Raja Melayu bersikap berani sperti baginda ,membuat kenyataan yg tepat tidak berselindung secara berkias.Saya yakin selepas ini puak liberal Melayu akan berfikir 2 kali sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai Islam.

    2.Mengapa kita perlu menuding jari pada PM dalam semua hal,sedangkan undang-undang negara sudah cukup jika sesuatu tindakan mahu di ambil.Jika begitu apa pula peranan para menteri yg bertnggung jawab dan para pegawai yg di lantik utk menguat kuasakan sesuatu undang-undang?.Apakah PM yg menghalang mereka bertindak,atau mereka yg lembab,malas dan takut utk bertindak?.Mungkin PM Najib di persalahkan kerana beliau yg melantik para menteri dan menteri pula gagal mepastikan pegawa mereka melakasankan kerja?.Tapi apa pilihan yg PM ada,menteri yg di lantik mejoritynya mereka yg telah diberi kepercayaan oleh ahli parti sendiri,jadi siapa yg salah?.Di zaman PM Tun Mahahtir pun bukan semua perkara dapat di kawal oleh beliau dgn sempurna,kalau tidak masakan Melayu tetap di takuk lama.Apa yg berlaku sekarang bukan timbul sekelip mata,tapi sudah berpuluh tahun menjalar sedikit demi sedikit umpama api didalam sekam. Kerana Melayu terus bersikap releks dan tidak berkerja keras utk memajukan diri,musuh Melayu akhirnya menjadi berani dan di tambah pula dgn ada gulungan Melayu yg sanggup mengenepikan bangsa dan ugama demi kuasa seperti Melayu Pas dan Melayu PKR,cacing pun berani naik ke mata.

    3.Setiap individu Melayu Islam kena bangkit,tapi mulakan langakah dgn memperbaiki diri sendiri.Di negara ini tidak ada alasan utk kita tidak maju,tidak berjaya dan tidak berpeluang kerana orang yg sebelumnya lebih terpinggir dari kita orang Melayu pun boleh jauh mendahlui kita,walau pun berada di bawah kerajaan yg sama dan negara yg sama.

    4.Bila bencana berlaku,kita menuding jari pada pemimpin dan kerajaan kerana kononnya kesalahan pemimpin dan kerajaanlah yg tidak mematuhi perentah Allah.Tapi sebenarnya lebih afdhal kalau kita katakan ianya merupakan peringatan utk kita orang Melayu Islam sendiri,kerana kesan akhinya nanti ialah pada bangsa dan ugama kita.Bayangkan kalau kerajaan yg ada tumbang,siapa yg merana?.Ertinya semua peringatan Allah adalah untuk kita semua,kerana rakyat lah akhirnya yg akan menerima musibah,bukan pemimpin dan bukan kerajaan,lagi pun perubahan pemimpin dan pertukaran kerajaan memang berlaku di mana-mana.Jadi rakyatlah yg lebih penting berubah dan bersedia.

    ReplyDelete
  4. Aku amat setuju dan menyokong penuh tulisan saudara.Idea gila 1malaysia adalah satu lambang dan kesungguhan najib untuk meliberalkan segala- galanya dalam negara ini.Beliau begitu rapat dengan adek nya nazir razak yang kini dilantik sebagai ceo khazanah yang mempunyai idea dan falsafah yang sama dengan abangnya .Najib mahu mencipta Brand sendiri yang luarbiasa dan tak terjangkau oleh pemikiran kita.Oleh sebab itu hingga kini najib tidak pernah menjelaskan apa difinasi sebenar 1Malaysia.Apabila konsep ini berjaya diterapkan maka hanya orang-orang melayu bangsawan dan mempunyai merit yang akan setaraf dgn bangsa lain dinegara ini.Tiada lagi hak istimewa orang melayu dan kini banyak tuntuttan golongan liberal seperti penghapusan ISA,ordinan Darurat dan bermacam lagi telah dilaksanakan oleh najib.Tak hairan najib akan mendapat banyak sokongan dari golongan liberal melayu dan bangsa asing selepas ini.Najib tidak memandang lagi kpd bangsanya tetapi ingin mencipta satu brand tersendiri dalam legasinya....

    ReplyDelete
  5. Bah. Pertama:

    Kerana itulah kita, BUMIPUTERA ISLAM/Melayu patut minta kuasa EKSEKUTIF DYMM Yang di-Pertuan Agong dan seluruh Kesultanan Melayu, diKEMBALIKAN mengikut Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara-Perkara 3(1), 37(1), 153 dsbnya - terutamanya kat negeri-negeri bawah pemerintahan RASIS-BUAS si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah kuasa DYMM YDPA/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri/K’jaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

    Dan lihat bagaimana YAB Ayahanda Tun sendiri telah MEMERTABATkan kuasa Mahkamah Syariah dlm. Perlembagaan Persekutuan, dari genggaman MUSUH ISLAM, yg. begitu galak menggunakan undg-undg sivil si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, utk.menjatuhkan KEDAULATAN ISLAM dan hak umatnya di NEGARA ISLAM ini - di
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm , Jangan usik perkara 121 Perlembagaan, Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR, 23/02/2012!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  6. Admin, tolong simpan amanat ini dipenjuru blog saudara..... kerana ianya mungkin bakal menjadi tatapan saki baki melayu yang masih ada selepas umno berkubur dan melayu dijajah sepenuhnya..... mungkin juga akan menjadi saksi bahawa tuan telah pun menjalankan amanah dgn memberi nasihat berguna kpd najib yang bakal menjadi ketua pembangkang blurrr dlm masa 3 tahun akan datang.

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...