DAP dan lain lain parti tidak berasaskan Islam tidak tertakluk. Mereka juga sudah tidak perlu menghormati Ramadhan atas nama dan kebebasan hak mereka.. Hak mereka tidak boleh disentuh, dicabar dan dilarang. Hak orang Islam boleh dipertikai dan disaman - inilah hasil sejak era Paklah dan dimakmurkan lagi oleh PAS.
Ini  bermakna kata-mengata, kritik-mengkritik dan tuduh-menuduh antara satu  parti politik dengan parti politik yang lain (parti lawan) perlu  dihentikan. Ini kerana Ramadan menghendaki mereka yang berpuasa  mendisiplinkan anggota tubuh badan mereka daripada melakukan  perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai lagha (tidak berfaedah atau  tidak berguna). 
Kenapa pada bulan ramadhan sahaja? lain lain bulan semua tu jadi halal? 
Anggota mulut perlu digunakan  untuk bertasbih, bertahmid dan membaca ayat-ayat suci al-Quran bukan  untuk berceramah di pentas-pentas politik yang pasti melibatkan  kritikan, sindiran terhadap parti lawan kerana ini adalah asam-garam  ceramah politik.  Kalau tidak pendengar akan mengantuk dan tidak  bersemangat (tidak bertakbir atau ucapan-ucapan lain seperti hidup  satu-satu bangsa). 
Begitu  juga dengan anggota badan lain manusia seperti kaki, telinga, mata dan  tangan (malah hati pun) perlu turut didisiplinkan. Pergerakan semua  anggota badan manusia hanya untuk mengingatkan Allah Yang Maha Besar dan  Maha Agung.  
Apakah benar semasa puasa sebulan Ramadan, politik  mengambil cuti istirehat?
 
 
 
No comments:
Post a Comment