Saturday, July 2, 2011

Jika Demo di Kelantan - Halal atau haram...

Perhimpunan BERSIH yang tidak menajadi kenyataan pada 9hb atas tindakan polis demi keamanan dan keselamatan rakyat dan  negara wajar disokong walaupun sebenarnya situasi sebenar pada hari tersebut belum lagi menentu. Pengalaman yang lepas menunjukkan pasti tetap ada segelintir yang akan turun mencabar arahan polis dan kerajaan semata mata menunjukkan 'kedegilan' mereka.

Jika ini berlaku, pertembungan yang memungkinkan tangkap menangkap akan berlaku disusuli dengan tuduh menuduh selepas itu yang kemudiannya mahkamah menjadi tempat untuk 'mengadu dan mendapat keputusan'. Rentetan peristiwa itu sudah cukup menunjukkan rakyat dan polis membuang masa kerana kerenah segelintir pemimpin politik yang kononnya demi kesejahteraan rakyat tetapi sebenarnya menyusahkan rakyat dan banyak pihak lain.

Beberapa pemimpin Pembangkang sudah mula menunjukkan tipu  muslihat mereka untuk dilihat 'hero' di mata rakyat dengan sengaja melakukan provokasi untuk 'ditangkap' oleh pihak polis. Tindakan mereka semata mata publisiti untuk meyakinkan kepada penyokong bahawa mereka sanggup kedepan dan berkorban. 

Rakyat kena semak di kawasan mereka, adakah pemimpin2 yang kena tangkap hari ini adalah pemimpin yang sama turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasan mereka?? Sanggup memberi masa, turun naik pejabat untuk menyelesaikan masalah rakyat??  Jika mereka pemimpin yang di pihak kerajaan 4 negeri di kuasai pembangkang, adakah mereka mudah ditemui untuk mengadu?? Mereka lebih sebok dengan urusan parti, urusan peribadi atau urusan wakil rakyat??


Apakah ini Pembangkang yang mahu di sanjung? Apakah perhimpunan itu satu tindakan yang paling bijak dan sekadar itu yang mereka mampu lakukan? Walaupun menguasai 4 negeri, mereka masih menunjukkan ciri ciri pembangkang yang semata mata mahu dilihat hebat bergantung kepada 'isu' dan bukannya mereka lakukan sesuatu yang hebat dengan idea sendiri di 4 negeri yang mereka kuasai dan kemudiannya menunjukkan kepada rakyat itu kebolehan mereka memrintah?


Apa kehebatan Kelantan yang dikuasai PAS 21 tahun untuk dijadikan contoh terbaik? Pembangunannya? Akhlak rakyatnya? Islamnya? Kebajikannya? - yang tumbuh macam cendawan sekadar warung dan papan iklan "membangun bersama Isle". Pembangunan lain sekadar pembangunan biasa, rumah kedai, tesco, pusat membeli belah dan jalan2 bertampal. 

Agaknya apakah reaksi kerajaan Kelantan PAS jika esok2 rakyat Kelantan mahu berdemo di Kelantan memprotes tentang kemunduran dan pengabaian kerajaan PAS hampdir 21 tahun? Apakah demo sebegitu halal atau haram? Tuduhan yang pasti - UMNO adalah dalangnya.


Di Pulau Pinang dan Selangor pula, pembangunan jarang didengar, yang banyak ialah 'perobohan' milik rakyat yang marhaen, itukah kebajikan? Jika tidak kerana bantuan dan projek kerajaan Pusat, kedua dua negeri itu bukan kata bangunan, tiang pun belum tentu terpacak. 

Semua kelemahan2 mereka yang gagal menunaikan janji manifesto mahu ditgenggelam dan dikabui dengan provokasi seperti perhimpunan haram dan desakan serta fitnah semborono keatas pemerintah sekarang.


UMNO masih lupa daratan, PAS makin bercelaru, PKR perjuangan peribadi, DAP perkauman tebal, MCA hilang kepercayaan, MIC hilang perkataan - sedarkah mereka?


Rakyat - jom kita berfikir.

3 comments:

  1. Semua orang Melayu tulen dan beragama Islam harus sedar segera, keluar UMNO BARU dan sokong parti PAS. Anehnya PAS saja yang betul-betul parti Melayu tulen dan semua beragama Islam.

    Cuba bandingkan dengan UMNO BARU. Parti UMNO yang lama telah dicemari dengan ahli-ahli terdiri Melayu tulen, Melayu celup, Mamak, KIMMA dan kaum-kaum lain yang digelar bumiputera juga. Dan bukan semuanya beragama Islam. Kebanyakkan ahli-ahlinya nak projek dan habuan, tu lah sebab masuk UMNO BARU.

    Lama-kelamaan, UMNO BARU akan dipimpin oleh Melayu celup atau Mamak atau KIMMA dengan pertambahan ahli-ahli secara senyap-senyap dan mungkin bertukar nama kepada Majapahit, Sri Vijaya atau KIMMA.

    Tak kan tak nampak?




    Melayu dah Matang

    ReplyDelete
  2. Anon: Keahlian PAS terbuka kepada semdua kaum yang berugama Islam dan bukan hanya kepada Melayu sahaja.

    ReplyDelete
  3. Melayu dah lama matang,

    kamu menuduh sebahagian ahli UMNO adalah kafir bila kamu mengatakan "bukan semua beragama Islam." Padahal, di pihak kami, kami menganggap sesiapa pun yg masuk islam, sama ada dia keling paria, cina bengong atau lain-lain akan kami anggap dia saudara kami `orang melayu' juga dan kami terima mereka seadanya. Sungguh benarlah, kamu ni pengikut pas taksub dan buta mata hati, kamu menganggap hanya pas yg menjamin orang melayu masuk syurga.

    ReplyDelete

Hidup ini keras

  https://youtube.com/shorts/hnHsWU3gQzE?si=7I5K3DnWYTyDoJMG