TUMPAT  23hb Julai 2011 - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam mencemar duli mengutip  sampah bagi menunjukkan contoh kepada rakyat di negeri ini supaya  mementingkan kebersihan persekitaran. Baginda yang kelihatan selesa  mengenakan baju T, berseluar trek dan topi tanpa segan silu bersama-sama  dengan 1,000 orang rakyat mengutip sampah sarap selama dua jam di  Pantai Sri Tujoh di sini.
"Beta dapati masjid tidak dibersihkan, tandas tidak dicuci, ini tidak sepatutnya berlaku sebab kebersihan adalah sebahagian daripada iman,'' titah baginda kepada pemberita selepas majlis anjuran Pertubuhan Kerabat D'Raja Al-Muhammadi itu berakhir. Program itu adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pihak istana dengan matlamat untuk merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat. (sumber Kosmo)

Nik Aziz sebok kempen bersih di tempat lain, tempat sendiri pengotor...  

No comments:
Post a Comment