Saturday, July 30, 2011

Ku Li dah tak ada mulut sendiri...

Bolehkah persepsi Ahmad Maslan di anggap suara rasmi UMNO?  Bagaimana kalau Ku Li kata ya? UMNO nak letak muka kat mana?




Atau Ahmad sengaja 'pancing' dan 'punching' untuk Ku Li menjawab?

Umno nafi Ku Li dipelawa ketuai Pakatan Rakyat

July 30, 2011
KUALA LUMPUR, 30 Julai – Umno menafikan dakwaan bahawa pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah telah dipelawa menjadi ketua pembangkang jika Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, selaku Ketua Umno Gua Musang dan juga Ahli Parlimen kawasan itu yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional, Tengku Razaleigh tidak boleh berbuat demikian.
Sebaliknya dipetik Bernama Online, Ahmad menyindir orang yang paling layak menggantikan Anwar di Parlimen ialah Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Ini pula kata Ibrahim Ali,  bekas anak murid Ku Li:


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menerima pelawaan pembangkang untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pakatan tersebut.


Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai seorang negarawan yang bijak, Tengku Razaleigh tidak akan terperangkap dengan permainan politik pembangkang.

No comments:

Post a Comment