Thursday, July 7, 2011

91 individu masih sempat saman PDRM kalau nak juga ke perhimpunan...

Kemaskini: 5.30pm

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabru ini.


 Tajuk asal: PDRM harap teruskan tanpa gentar...

Sebagai seoranmg warganegara dan rakyat Malaysia saya merakam setinggi penghargaan, terima kasih dan syabas kepada PDRM kerana terus menjalankan tugas memantau, menyiasat, menjejak dan seterusnya membuat tangkapan dan dakwaan kepada mana mana pihak jika ada unsur unsur jenayah yang mungkin boleh mengganggu ketenteraman dan keamanan awam dan negara yang hubungkait dengan pertubuhan haram berciri rusuhan provokasi yang memperakui diri sebagai bersih.

Sebagai bekas Presiden Persatuan Peguam dan berkelulusan undang2 tetapi kini membelakangkan undang2 negara, Ambiga memang hilang maruah, rendah moral dan sengaja jahil sekadar menjadi alat kepada beberapa pihak lain.

Saya berharap Ketua Polis Negara tanpa gentar, takut dan tunduk serta terus berpendirian tetap dan berprinsip menjunjung perintah hanya kepada Raja Berpelembagaan dan bukannya atas kepentingan mana2 individu atau parti.

Sesuatu yang lebih berani dan bijaksana dengan tidak memberi permit kepada mana mana pihak untuk berhimpun samada terbuka atau tertutup dalam tempoh yang terdekat sangat-sangat dituntut.

Najib dan kerajaan yang berulangkali menyerahkan soal-soal ini kepada polis jangan lagi membuat keputusan dan kenyataan overuled dan mendahului nasihat dan pandangan PDRM.

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...