Sunday, July 3, 2011

Rakyat majoriti mendesak....

Rakyat majoriti yang akur atas titah DYMM Yang Di Pertuan Agung berhubung sewajarnya pembatalan BERSIH 2.0 9hb Julai mendesak polis mengambil tindakan yang lebih drastik terhadap mana mana individu yang bukan sahaja telah melakukan tetapi juga yang berpotensi untuk melakukan apa sahaja bentuk hasutan dan cubaan hasutan serta provokasi di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969. 

Majoriti rakyat tidak mahu tindakan hanya di ambil ketika keadaan sudah menjadi buruk dan hilang kawalan. Langkah2 pencegahan juga mesti di ambil seawal mungkin 6hb hingga 12hb Julai memastikan tidak ada apa apa perhimpunan lain yang berpotensi untuk disalahguna oleh prokomunis ini.

Pengawasan, pemantauan dan pengawalan juga kena dibuat terhadap semua rumah ibadat yang ada kemungkinan sabotaj dilakukan di sana untuk mencetuskan pertikaian ugama dan kaum ke arah huruhara.


Nama2 besar dalam BERSIH, parti politik, NGO dan orang perseorangan perlu diletakkan di bawah pengurungan di rumah atau tempat khas dalam tempoh tersebut jua.


Malaysia yang berbilang kaum hanya memerlukan api kecil untuk membakar menjadi besar seterusnya mencetus dan meletup yang sudah tidak terkawal lagi. Langkah pencegahan yang tegas perlu di ambil.


Rakyat majoriti merayu kepada pihak berkuasa untuk bertindak sekarang. Tidak wajar ada pengecualian, kompromi pada mana2 pihak demi keselamatan dan keamanan.


BERSIH 2.0 sebenarnya satu permulaan dan cubaan puak tertentu untuk melihat sejauhmana ketahanan rakyat dan negara. Sudah pasti akan ada lagi yang serupa untuk terus mengancam negara dari dalang dalam dan luar negara.

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...