Saturday, July 23, 2011

Najib ala-lembek Paklah... Ku Li terbaeeeeekkkkk

Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) ilham Ku Li Bagi membolehkannya menjadi Presiden dan didukong Timbalan2 dan Naib2 yang berlatabelakang tokoh2 politik yang sudah dibuang masa sudah cukup menggambarkan halatuju mereka sekurang kurangnya untuk mengimbangi Perkasa yang dilihat banyak menyokong UMNO.


AMANAH juga mahu mengimbangi Najib yang terlalu banyak menonjolkan Alahyarham Tun Razak dan menenggelamkan lain2 PM sebelum ini termasuk TAR yang diambil kesempatan oleh Ku Li melihatkan perkembangan semasa di mana Anwar makin dihimpit dan tenggelam dan di kalangan PAS pula tidak ada tokoh yang benar2 mampu menerajui negara senadainya pembangkang menang di PRU13. 

Seperti biasa Ku Li yang memang gemar 'menunggu bola golek ke kaki' mengharapkan nasib dan keajaiban menyebelahinya. Tokoh seperti TAR juga sangat mudah ditgerima di kalangan pemimpin cina kerana tanpa TAR, mereka tidak ujud di Malaysia hari ini. Apa salah mereka balas budi TAR dengan memberi sokongan kepada Ku Li yang lebih bersih dari Anwar.


Tidak wajar ada kejutan selepas ini jika AMANAH lebih menyokong pembangkang dan langkah pertama ialah tentunya menyokong BERSIH.

Politik semasa akan melihat, halatuju kini akan bertumpu kepada Ku Li untuk dilihat sebagai potensi PM berdasarkan kemelayuannya dan keintelektualannya dan kurang kontroversi. Bagi yang kecewa dengan Najib ala lembek Paklah dan dibayangi Rosmah - Ku Li adalah pilihan yang terbaeeeeekkk.

Mengenepikan Najib adalah sekaligus bererti mengecewakan legasi Paklah dan Mahathir secara tidak langsung dan peluang ini tidak wajar Ku Li biarkan berlalu begitu sahaja bagi menebus kehampaannya masa lalu.

3 comments:

  1. macam pelik, selalunya saya perhati kluangman ni anti dan benci ku li, dan sering menyebelahi tun M? hehehhe

    ReplyDelete
  2. mungkin ini kluangdiamond berbeza dgn kluangman?

    ReplyDelete
  3. Ialah, kluangdiamond hanya nampak diamond saja...itu baginya adalah peluang...

    ReplyDelete