Thursday, August 18, 2011

Rakyat dah o.k..... KDN wajar dimansuh...



 

Toleransi rakyat cukup baik, berkesefahaman dan tinggi hingga lewat kebelakangan ini sesuatu yang sensitif 10 tahun dahulu kini boleh ditelan oleh rakyat dengan rasa gembira. Tidak mungkin Malaysia akan mengalami peristiwa 13Mei 1969 walau apapun jolokan yang dibuat.


Malaysia sudah tidak memerlukan Menteri dan Kementerian Dalam Negeri memandangkan keadaan isu perkauman dan keugamaan bukan lagi menjadi keutamaan atau sensitif di Malaysia.

Konsep Mencegah Sebelum Parah sudah tidak sesuai digunakan di Malaysia sekarang ini termasuklah pemansuhan ISA yang tidak berperikemanusiaan segera dihapuskan. 

Konsep Dengar, Dengar, Dengar dan Biar, Biar. Biar adalah konsep baru yang relevan.

Soal Islam dihina, soal melanggar perlembagaan negara, soal hak dan keitimewaan Melayu dipertikaikan sudah menjadi tajuk lazim dan bebas dipersoalkan, cuma soal hak pendatang, hak2 mereka jangan sesekali diperungkitkan, itu perkauman namanya.

Malaysia hanya memerlukan loceng2 kecemasan robot (tanpa perasaan dan emosi) yang perlu dipasang di beberapa tempat strategik untuk memantau dan memberi khidmat nasihat keadaan negara jika ada isu2 yang masih sensitif. Perancangan ini jika dilaksanakan akan menjimatkan jutaan perbelanjaan termasuk kakitangan KDN diserapkan ke jabatan lain dan posisisi Menteri, Timbalan Menteri boleh dihapuskan.


Loceng2 kecemasan ini boleh dipantau di bawah Jabatan Kaji Cuaca.

Jabatan di bawah KDN seperti PDRM dan Imigresen juga wajar dikaji semula jika kurang brfaedah kepada rakyat.


Di masa hadapan, jika isu2 ugama dan kaum kembali menjadi sensitif, rakyat berperang sesama sendiri, keadaan negara tidak dapat dikawal, ekonomi menjunam, politik tidak stabil barulah Kementerian ini perlu diujudkan semula.

Itupun dengan fungsi yang sama, sekadar memberi pesanan dan khidmat nasihat percuma.








No comments:

Post a Comment

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...