Macamana orang Melayu PP akan bersemangat dan bangkit untuk menentang DAP kalau pemimpin UMNO sendiri malu dan takut untuk menyatakan kebenaran dan kemahuan.
Pedulilah kalau cina MCA atau cina dan india Gerakan tidak mahu menyokong UMNO semata mata atas isu KM dari UMNO. Menang atau kalah bukanlah isu, biar kalah bermaruah dari  tunjuk dan lagak pondan sebelum berlawan.
Kalau UMNO PP kecut dengan MCA dan Gerakan, lebih baik diam dan biarlah DAP memerintah, tidak banyak bezanya cina MCA, cina Gerakan atau cina DAP
KEPALA BATAS 1 Ogos – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menyifatkan  tuduhan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa Pengerusi Badan Perhubungan  UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman mahukan jawatannya jika BN menang  pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.
Zainal Abidin yang juga Timbalan Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang  berkata, kenyataan Guan Eng itu dilihat cuba untuk menimbulkan kemarahan  dan kebencian antara kaum.
"Dia (Guan Eng) kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu  lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang  jika BN menang di negeri ini.
"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan  BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya,”  katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjuan mesra bersama  pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas di sini hari ini.
Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai  kenyataan Guan Eng yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri  Pulau  Pinang jika BN menang di negeri ini.
Katanya, beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi   pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri  ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri. – Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
- 
Kita pun tidak pasti samada ada atau tidak media politik setan online dan talibarut online di Malaysia. Oh ye, nak tanya juga d...
 
 
 
No comments:
Post a Comment