Tiada gunanya kewujudan  Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seakiranya jabatan tersebut tidak  dapat melaksanakan tanggung jawabnya mencegah umat Islam di negeri  Selangor daripada melakukan perkara bertentangan dengan ajaran agama  Islam.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyokong sekiranya tindakan  JAIS menyerbu gereja di Damansara Utama berdasarkan peraturan dan  undang-undang Islam kerana JAIS berhak bertindak sedemikian. 
Sebelum berlaku insiden tidak diingini, tindakan itu adalah pencegahan  awal sepatutnya dilakukan. Kegiatan berkaitan dengan agama Islam adalah  di bawah jabatan agama itu sendiri, dan jikalau JAIS tidak dapat  bertindak di atas maklumat yang diberikan orang ramai. 
Maka tidak ada guna adanya jabatan berkenaan...!!? Jais bertindak  mestilah mendapat maklumat orang ramai, itu adalah peringkat pertama  dalam usaha pencegahan. Hendak mendapatkan maklumat daripada polis, itu  bukan kerja polis,” katanya. 
Umat Islam sepatutnya memilih berada di masjid atau surau untuk  bertarawih dan mengerjakan amalan dituntut Allah. Mereka sepatutnya  berada di rumah, masjid atau surau. Bukan di rumah ibadat orang bukan  Islam kerana itu boleh mendatangkan kecurigaan dan keraguan katanya. 
Walaupun diizinkan berbilang agama tetapi sudah termaktub dalam  Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam sebagai: agama rasmi. Ada  pihak tidak faham makna kebebasan beragama, sebab itu mengeluarkan  kenyataan tidak sepatutnya.  
Dalam pada itu, beliau juga menyokong tindakan dan kenyataan Exco Hal  Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung isu itu kerana  beliau berhak berbuat demikian.
http://klboyzwangsa.blogspot.com/2011/08/ulama-pas-menyokong-tindakan-jais.html
Dengan pendirian PAS (Parti Alah Sokmo) seperti yang dikatakan oleh Dr.Mashitah, sekurang kurangnya dengan pendirian sesaat dan seseorang seperti di atas,  PAS (Parti Alah Semua) tidaklah kalah sokmo dan kalah semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terkini dan kini
P ENGUMUMAN RASMI 30 Oktober 2025 Ahli Yang Dihargai, Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan kecekapan, kete...
- 
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
- 
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
- 
Kita pun tidak pasti samada ada atau tidak media politik setan online dan talibarut online di Malaysia. Oh ye, nak tanya juga d...

 
 
 
No comments:
Post a Comment