Friday, August 26, 2011

Anwar memilih untuk berbohong di mahkamah?!

Jawapan di bawah dari seorang peguam yang berwibawa sesungguhnya sangat tepat dan menjawab keseluruhan persaolan kenapa Anwar memilih pembelaan diri tanpa bersumpah.

Pro pembangkang yang sebelum ini menyatakan itu adalah pilihan Anwar yang bijak dengan menjerat musuhnya (UMNO) jelas terkantoi-kantoi.

Nasib Anwar kini bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana kredibiliti saksi yang dibawanya, samada sekuat temberangnya...

 

Tak perlu cakap benar apabila beri kenyataan tidak bersumpah – Peguam

# ( orang gila kalau bercakap sorang2 ada ke orang nak percaya )

- Aug 26, 2011 12:00:43.
Kenyataan tanpa bersumpah tidak memerlukan seseora
ng tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh, kata peguam terkemuka Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.
Beliau mengulas cara ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri di mahkamah pada 22 Ogos lalu.
Menurut beliau, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.
“Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya.
“Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh,” katanya.
Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba ‘menyelamatkan’ dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.
Selain itu, Shafie turut menyifatkan Anwar telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila ‘menyerang’ Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.
Katanya, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.
“Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.
“Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan.
Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...