Thursday, August 11, 2011

Terlanjur...

Apakah kita, rakyat Malaysia sedar atau tidak bahawa kita sudah terlanjur jauh dalam usaha memusnahkan negara ini atas slogan yang dibawa oleh pemimpin masing2. Tajuk atau kulit slogan ialah kepada kecermerlangan, bersih, keadilan, rakyat didahulukan dan pelbagai lagi tetapi isinya tidak dikupas dengan tepat atas 'kehendak rakyat kepada pemimpin' dan bukannya sekadar 'harapan pemimpin kepada rakyat'


Apakah kita lupa Malaysia di asaskan dengan pelbagai kaum dan ugama? Suka atau tidak kita akan terus hidup sebegitu? Kalau kita pernah hidup umumnya secara harmoni sebelum ini kenapa semakin maju dan kehadapan kita tidak mahu mempertingkatkan lagi keharmonian itu. What's wrong with us??? 


Apa seronok dan untungnya untuk mengundur ke belakang dan bergaduh atas isu yang sudah kita persetujui bersama. Jika pun perlu ada pindaan kerana keadaan semasa, perlukah dilakukan secara kotor dan bermuslihat ? apakah rakyat dan pemimpin Malaysia tidak cukup intelektual untuk duduk semeja????




Hari ini saya berpeluang bertemu seorang rakan seperniagaan berketurunan cina yang sering kami berdiskusi setiap masa bila bertemu. Banyak isu sensistif disentuh dalam perbincangan itu, tetapi kami sering mulakan dengan " sorry to say.... bla bla bla " sebagai lapik bahasa sebelum sesuatu yang sensitif disentuh.


Dengan cara ini banyak perkara dapat diperbincangkan tanpa prejudis kerana apa yang dibincangkan ialah 'apa yang diharapkan oleh majoriti rakyat' ke atas kepimpinan dan negara. Perbincangan menjurus kepada tidak ada siapa yang menang atau kalah kerana setiap pemimpin yang disentuh ada kelemahan dan kelebihan.

Orang Melayu kena duduk sebagai seorang Cina untuk memahami pandangan dan situasi mereka? Orang Cina kena duduk sebagai seorang Melayu untuk memahami pandangan, realiti dan keperluan sebenar dalam mencari penyelesaian?


Secara jujur marilah kita menilai pemimpin masing2, bukan menilai pemimpin yang kita tidak gemar. Sejauh mana mereka jujur kepada kita sebagai penyokong mereka, sejauh mana mereka bercakap benar kepada rakyat? Mereka bercakap secara rasional? adil? atau tetap bercakap atas dasar kepentingan politik mereka (mencari undi dan pengaruh). Pernahkah mereka membela 'kesalahan atau yang tidak mengikut undang2' sekadar mahu menyebelahi penyokong mereka?


Ada atau tidak di kalangan pemimpin yang anda sokong,  pernah mengaku kesilapannya secara jujur dan memohon maaf?...Jika pun ada, apakah benar itu satu pengakuan jujur atau sekadar udang di sebalik batu..untuk menyelamatkan diri sendiri atau menyelamatkan rakyat dan negara? 

Apapun bagi pemimpin yang berani mengaku kesilapan, kita wajar berprasangka baik asalkan ia membawa unsur2 positif kepada rakyat.




Banyak kesilapan diletakkan pada Najib bukan kerana dia Najib tetapi kerana dia adalah PM Malaysia sekarang ini dan setiap yang berlaku memang ada kaitan dengannya secara langsung atau tidak sebagai tanggungjawab. 

Rakyat menilai tentang kemampuannya mengetuai kerajaan Malaysia.  Menilai hasil kerja kabinet dan dirinya, bukan menilai apa yang dia cakap dan janjikan sahaja?


Untuk banyak memperkatakan tentang pemimpin lain selain Najib tidak banyak berguna kerana mereka bukanlah penentu dan pembuat dasar secara langsung. Mereka sekadar jadi bahan rujukan, odit sukarela untuk pemerintah bercermin diri sendiri dan membuat pembetulan.


PM menjadi penentu kepada semua perkara dan yang rakyat harapkan ialah dia memperbetulkan keadaan untuk seluruh rakyat Malaysia secara bijaksana sebagai seorang pentadbir melebihi sebagai seorang politikus 


Paling penting justifikasinya kepada keharmonian dan keadilan dan menghentikan segala bentuk yang merosakkan negara baik dari segi ekonomi, politik dan kesejahteraan rakyat yang datangnya dari kawan atau lawan. Semua adalah rakyatnya sebagai PM?


Contoh: 

(Pilihan Pertama) Tangkap dan ISA-kan beberapa pemimpin yang membuat provokasi sensitif keugamaan dan bangsa merupakan satu tindakan yang boleh menerima kritikan hebat, di anggap tidak tepat, salah dan tidak adil.

(Pilihan Kedua) Tetapi membiarkan mereka terus bebas menghasut dan berlanjutan menggunakan isu yang sama lebih di anggap tidak tepat, besar kesilapannya dan langsung tidak adil kepada rakyat biasa (majoriti).


Ertinya mengambil pilihan pertama juga salah tetapi mengambil pilihan kedua jauh lebih salah dan memburukkan keadaan. Inilah yang berlaku sekarang di mana saban hari media sajikan dua isu utama: Pertikaian Ugama dan Bangsa yang berterusan... Tiada satu titik berhenti.

Sikap tidak bijaksana kerajaan akan melahirkan ramai pemimpin yang buruk laku, tidak ada kualiti tanggungjawab, perkauman terus bebas malahan disanjung dan menjadi idola sebahagian rakyat? apa untungnya untuk negara?


Pemimpin yang tidak ada kualiti, ketot, kemecut, perkauman, sempit, nyanyuk, serabut serabai pun terus menjadi 'laku' sekadar membuat kenyataan popular walaupun kadangkala dangkal dan tanpa ilmu.


Banyak lagi yang kami sentuh dan akan saya jadikan bahan untuk tulisan saya selepas ini. Terima kasih.








No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...