Tuesday, August 16, 2011

Nazri sertai DAP...

Nazri: Saya tak pelawa DAP - Apakah DAP ada pelawa Nazri???

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menafikan yang beliau ada mempelawa DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan pengundi Cina kepada perikatan kerajaan pusat itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Nazri (gambar) berkata, beliau hanya memberi respons kepada satu soalan mengenai kemerosotan sokongan kaum Cina kepada BN.

“Tidak, itu tidak benar. Saya tidak mempelawa DAP,” katanya sambil menambah, “MCA mesti bekerja keras” apabila ditanya bagaimana BN akan mendapatkan balik sokongan pengundi Cina.

Jawapan Nazri mengundang kepada persepsi dia mempelawa DAP untuk menyertai BN juga sekaligus mengundang pula kepada persepsi Nazri kini tertarik dengan DAP yang berjaya mengaut undi dan sokongan kaum Cina dan faktor ini tidak ada pada MCA.

Jawapan sengaja Nazri yang teknikal dan taktikal itu membayangkan dalam politik segala keberangkalian boleh berlaku, tidak terkecuali kepada Nazri.

Atas faktor ini adalah lebih baik Nazri yang menyertai DAP dan kemudiannya boleh cuba membawa DAP untuk menyertai BN adalah jalan yang lebih praktikal. 
Malahan dalam ketika pembangkang sedang ketandusan pemimpin peneraju menggantikan Anwar, Nazri dilihat mampu mengisi kekosongan itu dan memeriahkan lagi pertambahan sokongan Melayu kepada DAP + PAS + PKR  lewat kebelakangan ini.

Bukankah sebahagian ahli UMNO sudah lama mendesak Najib singkirkan Nazri kerana dilihat liabiliti kepada UMNO sebelum ini?






1 comment:

  1. salam bro;

    betulke kawan baik hang si Aspan tu dah masuk DAP..kalau betul, sukurle,

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...