Jawapan di bawah dari seorang peguam yang berwibawa sesungguhnya sangat tepat dan menjawab keseluruhan persaolan kenapa Anwar memilih pembelaan diri tanpa bersumpah.
Pro pembangkang yang sebelum ini menyatakan itu adalah pilihan Anwar yang bijak dengan menjerat musuhnya (UMNO) jelas terkantoi-kantoi.
Nasib Anwar kini bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana kredibiliti saksi yang dibawanya, samada sekuat temberangnya...
Tak perlu cakap benar apabila beri kenyataan tidak bersumpah – Peguam
# ( orang gila kalau bercakap sorang2 ada ke orang nak percaya )
- Aug 26, 2011 12:00:43. 				
ng tertuduh itu untuk bercakap  benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu  menyoal balas tertuduh, kata peguam terkemuka Datuk Seri Dr. Muhammad  Shafee Abdullah.
Beliau mengulas cara ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri di mahkamah pada 22 Ogos lalu.
Menurut beliau, setiap tertuduh  mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan  kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap  keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.
“Ia biasanya digunakan dalam kes-kes  tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu  mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi  pemeriksaan balas pendakwa raya.
“Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya  tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah  kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas  tertuduh,” katanya.
Anwar yang memilih untuk memberi  pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba  ‘menyelamatkan’ dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan  yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal  Abidin.
Selain itu, Shafie turut menyifatkan  Anwar telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya  semalam apabila ‘menyerang’ Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah  secara terang-terangan.
Katanya, selain memburukkan imej Mohamad  Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi  mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada  mendapat perbicaraan yang adil.
“Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal  32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan  institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para  pemerhati dan orang awam.
“Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam  bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang  memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan,”  katanya seperti yang dilaporkan Utusan.
Anwar dalam keterangan selama kira-kira  satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau  untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah  berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang  Pauh itu sebagai tertuduh.
 
 
 
No comments:
Post a Comment