Friday, July 10, 2015

Apa Kata Musa Hitam Tentang Cai..



"Mereka yang mengikrarkan sokongan ini adalah yang pertama akan angkat kaki apabila pemimpin mereka dilanda masalah," katanya mengimbau kembali kenangannya dalam parti - Tun Musa Hitam.


Siapa cai yang dimaksudkan..
Blongang
KBU
Said Keruak
Mohamad Hassan
Nazri
Ku Nan
Annuar Musa
Shahrir Samad
Zahid
Hishamuddin
Kj
Sharizat termasuk...
Muhyiddin
( ? )





“Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan
sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak.
Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.” – Kenyataan PM, 8 Julai 2015

Kenyataan di atas mengundang persepsi bahawa Pasukan Petugas Khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib, selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini. Ini tidak betul dan tidak baik untuk usaha Najib membersihkan namanya.
Tuan Ibrahim Tuan ManTimbalan Presiden PAS9 Julai 2015


10 comments:

  1. PAS jgnlah jadi batu api....

    Kenapa tak pertahan pemimpin kerajaan Islam dari di fitnah??

    Kenapa tak ikut jejak Mursyidulam PAS Dato Harun Din yang kata tuduhan tak logic...

    Jadilah pemimpin yang berwibawa dan mengunakan akal pemikiran yg bersih.

    Bukannya bercakap ikut nafsu dan ikut apa orang lain cakap.....NO class punya pemimpin macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kewibawaan haron din di kacamata ahli PAS sendiri sudah teruk, pandangannya dan sokongannya kepada Najib cakap orang politik dan orang bisnes...

      Hanya pecacai dalam umno yang dulu kutuk haron din menjulangnya semula semata mata dia sokong najib.

      Ertinya pandangan haron din semata mata pandangan peribadi dan kepentingan diri.

      Delete
    2. Salam, saya setju dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Timbalan Presiden Pas, itu yang sepatutnya dilakukan oleh Najib, (kebiasaan pada peminpin dunia lain Akan meletak jawatan atau bercuti, sehingga kena selesai). Itu paling terbaik.! Wasalam.

      Delete
    3. Salam, saya setju dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Timbalan Presiden Pas, itu yang sepatutnya dilakukan oleh Najib, (kebiasaan pada peminpin dunia lain Akan meletak jawatan atau bercuti, sehingga kena selesai). Itu paling terbaik.! Wasalam.

      Delete
  2. Najib kalau ikhlas...ko cuti arr...jgn bodohkn diri dan org lain...

    ReplyDelete
  3. Cai cai cai cai.......caaiiiiiihoooooooo

    Ted manoff fak u.....

    ReplyDelete
  4. Rosmah dalam account tahun ini saja seposit RM 2 juta mana duit mai tak tau , bukan aku habaq tapi lawyer Rosmah confirm kelmarin , hoi aji gor aka bugis boleh JV dak , aku pun mau juga , barua , takkan hampa saja nak sapu .

    ReplyDelete
  5. KD..cai dah kemaluan sbb mati2 defend kak Ros dia orang pasal akaun tu..mcm2 lar alasan dia org bg..kunun ic x valid lar..apa lar..mngkn SR tak begitu well verse dengan sistem IC kita..atau mngkn typo..sbb ada A kat pangkal tu..tp..skrg..tuan punya lalu loyar dia dah ngaku akaun tu akaun dia...so..nak ckp apa lg? masuk dlm kain lar kepala..korang x synchronise dgn kak Ros ke nak spin ni?
    Tp..kak Ros pun divert gak dah tu..nak suh BNM cari sapa yg dedah akaun tu..tp..persoalan pokok ttp x jawab..dr mana duit 2juta tu datang..untuk kegunaan apa? mngkn kak Ros dapat dividen ASB pelaburan dia..mngkn besan bagi untuk belanja kawin anak dia..apa2 hal pun mintak lar Kak Ros share dgn surirumah2 lain camner nak dpt RM2 juta tu kan....dgn kos sara hidup yang semakin menyesakkan nafas...mngkn surirumah lain pun leh wat income dtp 2juta tu untuk membantu suami..sharing is caring Kak Ros..

    ReplyDelete
  6. Pelaburan 1MDB sebanyak RM 15.4 bilion di dalam Brazen Sky, GIL Funds, dan Aabar Deposit itu dalam bidang apa? Pelacuran? Perusahaan Membuat Alatan Seks? Perusahaan Ubat Kuat Seks? Dadah? Ceti Haram? Berniaga Burger? Jual Nasi Lemak? Perusahaan Belacan? Perusahaan Tanaman Hidroponik Kangkung? Pengedaran Kapcai? Kelab Malam? Dangdut? Kabaret? Pub? Disko? Karaoke? Agensi Membekal Chinadoll ke Kelab Malam? Sila nyatakan dalam bidang apakah pelaburan tersebut? Jumlahnya bukan kecil, sebanyak RM 15.4 bilion.

    Kepada macai Najib serta terutama kepada Najib sendiri, sila jawab perkara ini. Ini adalah melibatkan wang negara, bukannya wang Najib atau wang Ketua Bahagian UMNO atau wang ahli-ahli UMNO, kalau wang korang, korang nak melingkup pun, itu korang punya pasal, tapi ini wang negara, wang untuk bina jalanraya untuk rakyat, wang untuk bina hospital untuk rakyat, wang untuk bina sekolah untuk rakyat, ini sebablah rakyat begitu marah dengan perbuatan terkutuk sebegini. Harapnya Najib dan para macainya faham, jangan putar tak tentu hala lagi.

    Sudah-sudahlah polemik ini, orang hanya tanya, malahan apa yang ditanya itu dibuat oleh korang, korang jawablah, takkan korang tak tau nak jawab apa yang korang buat? Melainkan korang buat perkara salah dan takut nak jawab sebab takut kena penjara, itu adalah sebab kerana korang tak nak jawab kan?

    Berani kerana benar, takut kerana salah, kalau tak nak jawab tu faham atau putar belit jawab macam keldai, faham-fahamlah semua mainan kotor puak-puak penyamun ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kini ramai dah meluat dengan UMNO walaupun sebelum ini mereka menyokong UMNO, bukannya kerana UMNO tak bagus, tetapi pemimpin UMNO keparat merompak harta negara, malahan ada ahli dan pemimpin UMNO dengan sombongnya mengatakan orang yang bukan ahli UMNO jangan desak Najib sebab Najib adalah pemimpin UMNO, kalau rakyat biasa yang bukan ahli UMNO yang mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13 yang lalu kerana sokong UMNO dan Barisan Nasional, tetapi hanya ahli UMNO tak boleh nak tegur pemimpin keparat perompak penyamun, maka nanti korang ahli-ahli UMNO sekalian jangan datang merayu undi kepada para pengundi yang bukan ahli UMNO, korang berpakatlah sesama korang supaya ahli korang lebih kurang 3 juta itu dapat mengundi dan menangkan calon korang dalam PRU sedangkan pengundi berdaftar sekarang ini lebih kurang 12 juta orang, korang fikir sendirilah macam mana nak menang di DUN dan Dewan Rakyat dengan hanya undi ahli korang yang 3 juta orang yang ada juga yang masih belum mendaftar sebagai pengundi pun.

      Kepada ahli-ahli UMNO dan pemimpin UMNO kalau korang nak terasa hati dengan komen saya ini, lantaklah, sebab saya undi calon UMNO dalam PRU 13 yang lalu, tapi inilah balasan yang saya dapat, saya tegur pemimpin secara baik dalam facebook beliau, beliau degil, malahan pemimpin UMNO dan ahli UMNO pun boleh junjung pemimpin korup korang tu tinggi-tinggi, nanti yang jatuh adalah UMNO, pemimpin datang dan pergi, tapi parti kalau hancur, bukan senang nak dipulih, ingat ada pepatah mengatakan hendak membina kota ambil masa bertahun-tahun, tapi kalau nak memusnahkan kota hanya ambil masa sehari pun dah cukup. Semoga korang faham dengan sentimen rakyat sekarang ini.

      Delete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...