Wednesday, July 29, 2015

KETENANGAN MUHYIDDIN BANYAK MEMBERI KEGUSARAN

Sesetengah berharap ia akan berlaku kekecohan penyokong dan Muhyiddin sendiri akan membuat ucapan
berapi api seperti suasana Anwar dipecat.

Jika ini berlaku mudahlah pelbagai tuduhan dibuat ke atas Muhyiddin dan penyokongnya.

Ketenangan Muhyiddin dan vedio pengakuannya tentang pengakuan Najib menerima sejumlah wang memberi satu kejutan kepada semua pihak dan kesan jangkapanjang.

Adakah itu semua menyebabkan beberapa perjumpaan UMNO dibatalkan tanpa tarikh baru dan potensi Muhyiddin digugurkan sebagai Timbalan Presiden terbantut.

Kehadiran Mukhriz ke kediaman Muhyiddin sangat gentleman dan bertanggungjawab atas kapasiti lawatan politik.

Kenyataan UMNO Perak dan Johor untuk menerima Muhyiddin untuk perasmian Bahagian juga satu tamparan kerana rakyat Johor dan Istananya penyokong kuat UMNO setakat ini.

Lagipun Mahathir belum bersuara panjang.Peluru yang belum dimuntahkan mempunyai 1001 kemungkinan.

Ketenangan Muhyiddin janganlah dipandang sebelah mata dan jangan dilayan seperi habis madu sepah dibuang.

Timbalan Speaker UMNO Malaysia mengingatkan jika UMNO hancur selepas ini, kita tahu siapa yang patut dipersalahkan.


KEMASKINI:

Bolehkah PM sekarang melantik Zahid untuk menggantikannya sebagai PM jika dia berhasrat berundur (?)


10 comments:

  1. Najib ingat dengan singkir muhyiddin dia boleh tido lena! Tapi najib dlm ketakutan sekarng,.tak boleh dengar org ckp tentang 1mdeebee,. Macai msih blm sedar, kebenaran akn muncul jua, jaga2 rakyt memerhati

    ReplyDelete
  2. Apa kata macai najib!!!???? Sudah2lah bagi anak bini makan duit haram!!!!!anak jadi lanun tahu x mkn duit haram!!!...sebab tu hantar anak belajar luar negara apadahal anak lagi bodo pada lembu!!!!!suruh anak Pak menteri masuk ipta tengok!!!!!

    ReplyDelete
  3. KD , sebelum ini seluruh rakyat terutama generasi yang akan menjadi pengundi majoriti iaitu antara 45 th ke 25 tn tertanya tanya akan jawapan apa yang sebenar berlaku dalam skandal 1MDB , tapi allah swt maha kuasa ,dengan pemecatan mantan peguam negara telah secara jelas menjawab segala persoalan tersebut , iaitu Najib telah berusaha untuk menutup segala penyelewengan dana dalam 1MDB , ini jelas sebelum ini telah berlaku beberapa tangkapan keatas individu terbabit dalam skandal ini dan rakyat percaya tangkapan ini tidak akan henti disitu saja kerana siasatan masih berjalan dan apabila tiba giliran untuk tangkapan pihak tertinggi dalam 1MDB yang juga kuncu kuncu rapat najib , mantan peguam negara di pecat dengan tergesa gesa tampa sebarang notis , kerana beliau tidak tahu berkenaan pemecatan nya .

    Begitu juga dengan rombakan kebinet tak ada langsung kaitan dengan memperkukuhkan kerajaan kerana orang yang dilantik pun tak ada kaliber malah ada yang recycle ,tapi yang nyata semua orang tahu sekarang tujuan untuk melumpuh atau melewatkan siasatan PAC yang sudah sampai waktu memanggil dua individu penting dalam 1MDB iaitu ceo sekarang dan bekas ceo , dan jangan lupa termasuk juga jho low , jadi dengan tindakan najib ini yang dikira bukan datang dari keputusan orang yang berfikiran panjang jauh sekali datang daripada keputusan kebinet , sangat jelas mungkin keputusan ini datang dari perempuan yang gelojoh dan bernafsu tinggi , kamu tahu siapa KD.(cuma andaian jgn ambil pot)

    ReplyDelete
  4. Kalau anwar aljuboori yg ckp najib masuk acc 2 billion rakyat tak percaya sbb anwar bapa pembohong no 1 Malaysia. ..mahyuddin ckp ramai rakyat percaya

    ReplyDelete
  5. Kalau betul Tan Sri Muhyiddin menipu mengenai USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank itu, maka Najib perlu menafikan bahawa dia pernah bukan dua akaun di AmBank beberapa bulan sebelum PRU 13 dan menutupnya beberapa bulan selepas PRU 13 dan dalam tempoh akaun itu wujud, terdapat beberapa transaksi melibatkan USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion itu ke dalam akaunnya itu, sila Najib nafikan hal ini, sila Najib nafikan hal ini, bukannya menggunakan pecacai tak guna seperti blogger MYKMU.net ini untuk merapu tak tentu hala.

    Persoalannya hingga kini Najib tidak menafikan dia pernah buka dua buah akaun di AmBank dan ada wang berjumlah USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion ke dalam akaun tersebut, hingga kini Najib tak berani nafikan secara terbuka secara rasmi melalui kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri ataupun melalui Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration).

    Malahan ketakutan Najib mengenai isu RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu telah menyebabkan Najib menjadi tak keruan hingga menyuruh Shaberi Chik yang sebelum ini adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia supaya menyekat akses Sarawak Report yang mendedahkan perkara ini kepada umum. Malahan Najib makin gelabah bila The Wall Street Journal yang turut menerbitkan artikel mengenai isu tersebut di dalam akhbar mereka hingga menyebabkan Najib menghantar surat bodoh yang menjadi bahan lawak jenaka media antarabangsa dan peguam di seluruh dunia di mana kuncu-kuncu Najib menyatakan Najib dah memulakan tindakan saman terhadap Wall Street Journal, sedangkan surat bodoh yang bertanya apakah The Wall Street Journal yakin dengan apa yang mereka tulis dalam akhbar mereka itu, betapa bodohnya tindakan Najib dan para peguamnya dan kuncu-kuncunya itu.

    Malahan Najib dan para kuncunya menuduh The Edge berbohong dan fitnah Najib berdasarkan kes USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion itu, tetapi Najib tak berani saman The Edge, malahan Najib telah menggunkan Zahid Hamidi untuk menggantung permit media The Edge selama 3 bulan, sedangkan The Edge dah memberikan kerjasama untuk menyiasat kes ini dengan memberikan salinan-salinan dokumen yang mereka ada mengenai kes tersebut, malahan salinan-salinan e-mel yang mereka ada mengenai kes tersebut, dan cakera keras yang mereka ada yang mengandungi segala penyelewengan dan penipuan serta penyonglapan oleh Najib.

    Hasilnya Zahid Hamidi diberi habuan jawatan Timbalan Perdana Menteri, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sanggup untuk bersekongkol dengan kejahatan yang dibuat oleh Najib telah dipecat dari kabinet, dia dipecat dari semua jawatan oleh Najib.

    Rakyat sekalian nilailah apa yang berlaku sebenarnya

    ReplyDelete
  6. Kalau Rahman Dahalan dah baca dokumen itu hingga faham selama tiga hari tiga malam, maka sila jelaskan apakah jenis pelaburan dan di lokasi manakah pelaburan melibatkan RM 15.4 bilion yang kononnya dilaburkan oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, Aabar Deposit, dan GIL Funds itu, sila nyatakan bidang pelaburan dan di manakah pelaburan itu dibuat.

    Hanya setakat ini sahajalah dulu saya nak tanya, sebab lepas ni ada lagi soal tanah di TRX, soal tanah di Bandar Malaysia, soal pembelian IPP dengan harga yang tidak munasabah, kemudian joint venture melibatkan USD 700 juta yang dibatalkan hanya 6 bulan selepas majlis tandatangan joint venture antara 1MDB dan Petrosaudi itu sedangan wang pelaburan itu tak dikembalikan kepada 1MDB, tapi dijadikan murabahah jadah apa entah pula, kemudian isu pelaburan KWSP, KWAP, TNB, FELDA, FELCRA di dalam bon 1MDB serta projek pembanguna 1MDB melibatkan berbilion ringgit, malahan urusan jual beli tanah di TRX antara Tabung Haji dan 1MDB, isu stanby credit oleh kerajaan dengan jumlah RM 950 juta, dan banyak lagi.

    Sebenarnya Rahman Dahalan ini yang membohong, saya pernah tanya dia dalam facebook beliau mengenai pelaburan RM 15.4 bilion oleh 1MDB itu, tapi dia langsung tak dapat jawab, tak payah nak membohonglah, ingat apa yang saya tulis dalam facebook Dato’ tu, saya dah nasihatkan Dato’ bahawa tak guna jadi pecacai Najib untuk membela segala kemungkaran Najib kerana kemaruk nak jadi calon dalam PRU 14, sedangkan kalau dicalonkan pun, tetapi rakyat meluat sebab bersekongkol dengan penyamun seperti Najib ini, dan rakyat tak undi Dato’ hingga Dato’ kalah, tak ada gunanya, sia-sia sahaja, sila Dato’ baca balik apa yang saya tanya Dato’ mengenai pelaburan RM 15.4 bilio itu, hingga kini Dato’ tak dapat menjawabnya, kata faham sangat mengenai 1MDB, pundek Dato’ sahajalah, dasar pengampu yang hanya sayangkan jawatan hingga kemungkaran pun dibela sebagai kebenaran.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete
  7. Tak payah putar lagilah, Najib sendiri tak berani nak menafikan dia pernah buka dua akaun di AmBank beberapa bulan sebelum PRU 13 dan menutupnya beberapa bulan selepas PRU 13, malahan Najib tak berani menafikan USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion itu dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

    Bukan itu sahaja, The Wall Street Journal dan Sarawak Report yang Najib tuduh membuat cerita palsu pun Najib tak berani ambil tindakan saman, kalau kedua-dua media itu buat cerita palsu, maka samanlah, pasal apa hanya pergi hantar surat bodoh kepada The Wall Street Journal tanya pula apakah The Wall Street Journal yakin dengan apa yang mereka tulis itu, kalau The Wall Street Journal tak yakin dan tak ada bukti, maka mereka tak akan tulis dan siarkan bukti-bukti yang mereka ada, kononnya kalau tak jawab surat bodoh itu maka akan ambil tindakan undang-undang, tapi sampai sekarang haram tak ada apa yang dibuat, takutlah tu.

    Begitu juga dengan Sarawak Report, Najib tak berani pula nak ambil tindakan undang-undang saman, tetapi Najib gunakan Shaberi Chik yang sebelum ini adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk menyekat akses Sarawak Report pula, itu pun selepas Sarawak Report membalas video Lester Melanyi dengan mendedahkan e-mel-e-mel Melanyi dan lain-lain bukti mengenai penyelewengan Najib itu.

    Begitu juga dengan The Edge, Najib tuduh The Edge membuat cerita palsu juga, tapi sampai sekarang Najib tak berani saman The Edge, malahan Najib gunakan Zahid Hamidi yang hanya Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk gantung permit media The Edge selama 3 bulan, sedangkan pihak The Edge dah berikan bukti kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM berupa salinan dokumen-dokumen transaksi perbankan, salinan-salinan e-mel, malahan cakera keras yang dipercayai mengandungi banyak bukti penyelewengan oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Mengapakah Najib tak berani ambil tindakan saman? Sebab Najib di pihak salah, Najib tahu dia bersalah, dia tak mau ambil tindakan saman sebab takut bila di mahkamah, lagi banyak yang akan terbongkar dan Najib akan diheret ke muka pengadilan dan seterusnya dihumban ke penjara atas kesalahan jenayahnya itu.

    Lagi satu sekarang ni PAC dah tak boleh berfungsi, 4 orang dalam PAC termasuk pengerusi PAC sendiri dah dijadikan Timbalan Menteri dan Menteri. Persoalannya mengapakah sekarang baru Najib nak buat begini? Mengapakah Najib tak tunggu siasatan selesai baru lantik mereka jadi Menteri dan timbalan menteri? Sebabnya Najib memang nak tangguhkan prosiding PAC itu kerana denagn kehadiran Arul Kanda dan Shahrol Halmi CEO dan mantan CEO 1MDB akan mendedahkan segala salah laku Najib dan kuncu-kuncunya di dalam 1MDB itu sendir.

    Najib dah gelabah, sanggup buat apa sahaja untuk lepaskan diri, dia ingat rakyat tak faham ke apa yang dia sekarang ini, rakyat tahu sangat apa yang dia buat sekarang ini adalah untuk menutup jejak penyelewengannya di dalam 1MDB dan isu RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu.

    Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah, Najib jadi takut sebab dia di pihak yang salah.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete
  8. Kabinet sudah- kini masuk fasa Menteri-Menteri Besar - Jaga dan perhatikanlah - Adun-Adun Kedah dan Perak. Kalau Ketua Perhubungan negeri di tukar kepada Najib sendiri atau orang kepercayaannya maka habislah. Anda MB pun tak guna kalau anda bukan Ketua Pehubungan Negeri. (melainkan ada pengaruh istana - yang mana tidak mustahil kerana NAJIB lagaknya macam Presiden Malaysia terlupa Malaysia ini monarchy- i.e Najib ada kuasa menasihati YDPA untuk perlantikan AG tapi tidak hak di bawah Perlembagaan untuk menasihati perletakkan jawatan pemecatan AG - harap pihak Istana Negara Maklum.. kalau Najib ada buka mulut pada YDPA dalam hal AG baru-baru ini)

    Kena tukar gelanggang. Persekutuan (Kabinet jabatan-jabatan kementerian) ialah gelanggang Najib- sudah tentu beliau ada advantage. Gelanggang UMNO sahaja yang boleh menggugat Najib kalaulah ahli UMNO masih waraslah tak gila jawatan dan hamba kepada DUA RM. Ketenangan Tan Sri amat di alu-alukan kerana tidak ada sebab untuk halau keluar Tan Sri dari gelanggang melainkan mereka buat gila - contohnya tuduhan jenayah/bankrupt.

    ReplyDelete
  9. kalau aku tak ambik tindakan seperti ini...aku kena gari...sebelum apa apa terbongkar baik aku buang muhyiddin..lepas tu naik kan pangkat ahli PAC...mereka ni bodo semua...nampak pangkat dan duit aje dah tertunduk2 salam dengan aku.

    ReplyDelete
  10. The question now is if Najib has to go, then who replaces him? Zahid Hamidi is the DPM now. But it is impossible for Zahid to replace Najib.
    .
    The replacement for Najib will be the Deputy President of UMNO. Which is still Muhyiddin Yassin. Haaaa haaaa. So if Najib is kicked out, it is Muhyiddin Yassin the Deputy President of UMNO who will come back as Prime Minister.
    .
    How long will Muhyiddin be Deputy President? Well the UMNO elections that were scheduled to be held in 2016 have been postponed to dont know until when. So thats how long Muhyiddin will remain Deputy President.
    .
    Folks, it is likely that Zahid Hamidi will be the shortest term DPM in our Malaysian history.
    When will this happen?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...