Tuesday, July 7, 2015

TIADA SIAPA BUAT TUDUHAN, MASIH LAGI BERTANYA...


KD..simple question...ragu2 gak dgn tindakan ni..AG repot pada siapa? Zety resport pd sapa? IGP report pd sapa? SPRM report pd sapa? Sng kata..selagi org tu tidak direhatkan..aku x percaya siasatan dpt dijlnkan dgn bebas..dan wo fear or favor..







25 comments:

  1. Alamak KD..ko quote aku punya pertanyaan ek...jd entri..power gak aku..hehehe

    ReplyDelete
  2. Bila sampai ke puncak gunung, semua dapat melihat bersama wajah bulan yang terang.
    Betul, KD dan anon 7.40 dan ramai lagi, sudah nampak , dengan,terang dan jelas hakikat yang sebenar.
    Syabas Anon dan terima kasih KD,power jugak KD.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  3. Selagi Najib tidak digantung tugas sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB serta Pengerusi Lembaga Penasihat Khazanah Nasional, maka siasatan yang dibuat oleh Pasukan Petugas Khas itu boleh dipertikaikan serta menjadi bahan lawak jenaka oleh pihak antarabangsa.

    Apa tidaknya, selagi Najib masih Perdana Menteri, dia mempunya kuasa terhadap agensi yang menjadi pasukan petugas khas itu, jadi siasatan boleh terganggung serta terancam dengan salah laku manipulasi hasil siasatan itu sendiri.

    Apa yang berlaku kini seolah-olah penghinaan terhadap kedaulatan undang-undang di mana pihak yang terlibat dengan siasatan masih mempunyai kuasa serta akses untuk menggangu siasatan tanpa digantung tugas, Malaysia dah jadi seperti negara dunia ketiga pula tahap integriti serta penguatkuasaan undang-undangnya.

    Kalau dua orang pegawai tinggi MARA yang mana disyaki terlibat dengan isu pembelian bangunan di Australia dan United Kingdom dengan harga melebihi pasaran pun digantung tugas untuk mengelakkan gangguan siasatan, apakah kerana Najib sebagai Perdana Menteri, maka dia mempunyai tahap kekebalan undang-undang yang sangat luar biasa di mana dia boleh ketepikan segala undang-undang begitu sahajakah?

    Seluruh dunia sedang memerhatikan gelagat kartun yang berlaku dalam penguatkuasaan dan siasatan terhadap isu 1MDB dan RM 2.63 bilion itu, juak-juak Najib boleh melalak itu dan ini, tetapi mereka sendiri hanya membiarkan konflik kepentingan dalam isu ini berleluasa dan mereka membela konflik kepentingan itu berterusan.

    Sungguh memalukan keadaan ini.

    ReplyDelete
  4. Kepada Najib, apakah anda mempunyai akaun di AmBank dan apakah benar wang dalam jumlah yang bersamaan RM 2.63 bilion disonglap dan dimasukkan ke akaun anda di AmBank sebagaimana laporan oleh Wall Street Journal?

    Jika tidak, mengapakah anda tidak menyaman pihak yang dituduh oleh anda sebagai mendalangi dan berkonspirasi memfitnah anda bagi menjatuhkan anda dari jawatan Perdana Menteri disebabkan pihak dalang utama itu tak berpuas hati kononnya permintaan peribadi untuk kepentingan diri yang dituduh oleh anda sebagai dalang utama itu tidak dipenuhi oleh anda, serta senaraikan apakah yang anda maksudkan permintaan peribadi untuk kepentingan peribadi dalan utama itu sebagaimana entri dalam facebook anda sebelum ini.

    Jika anda kata proses saman ambil masa yang panjang kononnya, mengapakah anda tidak membuat Pengakuan Berkanun (Statutory Declaration - SD) untuk menafikan secara undang-undang bahawa anda tidak terlibat dan tidak pernah menggunakan akaun anda di AmBank untuk menyonglap wang itu. Di dalam akaun anda perlu dinyatakan kenyataan berikut:

    "ini semua didalangi oleh Tun Dr. Mahathir yang bersekongkol dengan media barat (rujuk sebagai Wall Street Journal dan Sarawak Report) yang memfitnah dirinya (Najib) bagi tujuan menjatuhkan dirinya (Najib) dari jawatan Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir tidak berpuas hati ata kecewa kerana permintaan Tun Dr. Mahathir tidak dipenuhi oleh Najib"

    Lepas tu sila senaraikan apakah permintaan yang dikatan permintaan untuk kepentingan diri Tun Dr. Mahathir yang dituduh oleh Najib itu sebagaimana dalam entri Najib di dalam facebook beliau sebelum ni.

    Saya hanya bertanya, harapnya Najib atau juak-juaknya boleh tolong jawabkan mengenai isu ini, kerana rakyat ketika ini tertanya-tanya soalan yang saya tanyakan ini.

    Selamat menjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari kita pakat makan ramai-ramai di siang hari sebab semua orang bercakap macam orang yang tak berposa. Dapat lapar dan dahaga semua ho ho ho ......

      Delete
    2. “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

      Delete
    3. Orang yang menjual agama untuk kepentingan diri adalah manusia yang rendah akhlak, rendah integriti, menggunakan agama untuk putar belit. Mempergunakan agama untuk memanipulasikan, sama macam PAS yang gunakan agama untuk pancing undi sahajalah.

      Dalam isu ini Najib perlu mengambil tindakan undang-undang samada saman atau buat SD dahulu, jika ini pun tak dibuat, di manakah kredebeliti Najib yang menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai dalang yang bersekongkol dengan WSJ dan SR kononnya untuk fitnah dan jatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir tak puas hati kepentingan dirinya tidak ditunaikan oleh Najib, patutnya Najib senaraikan apakah kepentingan diri Tun Dr. Mahathir yang dipinta oleh Tun Dr. Mahathir itu, jangan tuduh sembarangan sahajalah.

      Delete
  5. Nek Tempoyak masih tidur gamaknya, kalau tidak, tentu 'acara' maki hamun carut marut maraton bertaraf olimpik akan diulang berkali-kali olehnya.

    Tapi dalam beberapa entri KD sebelum ni, Nek Tempoyak langsung tak bagi komen, mungkin dia dah insaf kot.

    ReplyDelete
  6. Semalam ada...tpi aku henjut balik lah...cakap merapu xde point langsung...nenek kebayan x sedor diri...hehehe

    ReplyDelete
  7. Pondan bugis buat lawak dlm tv ari ni
    1) kita kena beli/jual dgn harga patut!!! Felda...
    2) utk cipta sejarah seseorang x boleh jadi pengecut!!!

    Hehehe...kelakarlah palawan pondan ni....

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. PENJAJAHAN MINDA oleh pihak Barat masih lagi berlaku..... terutamanya dalam kalangan penyokong tegar Pembangkang. Mereka amat melaungkan kebebasan tetapi tidak sedar minda mereka masih dijajah oleh barat, kerana mudah sangat menerima apa yang datang dari barat..... BETUL TAK KD, ( se[erto amda KD)... hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan Nampak sebelah pembangkang saja..
      sebelah kerajaan ahjib aww pun kena tengok juga

      Minda penjajah dalam diri pembangkang sebenarnya boleh di basuh.
      Tapi kalau minda penjajah ada dalam diri menteri2 kerajaan??? apa bahananya??

      Bercakap lebat suruh rakyat sedar kita adalah merdeka, tapi mereka buka ruang luas untuk pemusnah barat masuk dalam bahagian2 penting system pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan Negara.

      Lihat betapa ramai warga Israel dalam pengurusan kerajaan dan semi gov.
      lihat hubungan baik berpeluk cium dgn pemerintah US sedang zaman Tun dulu, US tak berani angkat muka.
      Lihat apa peranan Malaysia dalam OIC. Just "Look And See"..Just "Ohhh I See.."
      Lihat Apa tindakkan kerajaan kp cabaran orang cina tentang agama dan bangsa. Yillekk!
      Lihat kerajaan menyeru rakyat supaya bercuti dalam Negara, tp yang menyeru itu sendiri bercuti luar Negara.
      Banyak lagi kalau nak dikorek. Belum lagi masuk kepada gaya hidup dan perangai menteri.
      Nak kelasifikasikan rakyat kita masih berminda penjajah, siapa yang menyebabkan rakyat masih ditahap begini?
      Menegur anak menghisap rokok, sedang ayah sendiri merokok bagai nak gila!

      Kerajaan mesti ada daya idea untuk merealisasikan "Rakyat merdeka" dalam ertikata sebenar.
      Apa yang kerajaan bawah pimpinan ahjib aww sekarang, bukan saja menjadikan rakyat bodoh pak turut, tapi lebih meng"kuno"kan sebahgian besar rakyat.
      Negara sudah lebih bergantung kp kuasa2 besar.
      Nak bercakap dlm isu besar lagi, rasanya tak perlu.
      Kita lihat saja yang kecik2 dlm kehidupan.
      Menteri pakai Merc, rakyat disaran beli kereta nasional.
      Kerajaan pakai penasihat barat, syarikat tempatan pakai penasihat warganegara.
      Malah kalau dilihat kain baju, alatan keperluan harian pun masih diimport dari luar!
      Nampak tak berdayanya kerajaan ini.

      Mengapa suara kebebasan itu diluahkan sedemikian rupa oleh pembangkang?
      Pembangkang sedar pimpinan kerajaan amat lemah, takde daya pemikiran untuk atasi masalah, dan terbaru ahjib aww sungguh pandai mencipta masalah.
      Jadi mereka ambik peluang ini untuk menekan dengan guna apa saja medium yang ada.
      Sudah menjadi tugas pembangkang untuk membangkang, dan apabila mereka membangkang maka nampaklah "minda barat dan idea barat" mereka.
      Tapi jangan lupa, kerajaan punya kuasa untuk mengubah segalanya.

      Namun sayang, kerajaan sedia ada sekarang lebih kepada berminda keuntungan sendiri.

      Delete
  12. Sikit2 nak kait dgn pembangkang..pada hal dikalangan penyokong UMNO pun mmg dah menyampah dgn ah jib gor...lama seblm WSJ kuar artikel ttg najib gor..so camner yg kata menerima apa shj dr barat? Yg menerima apa shj dr arab tu camner pulak..smpi kena kelentong dgn arab? Bagus ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

      Delete
    2. Orang yang menjual agama untuk kepentingan diri adalah manusia yang rendah akhlak, rendah integriti, menggunakan agama untuk putar belit. Mempergunakan agama untuk memanipulasikan, sama macam PAS yang gunakan agama untuk pancing undi sahajalah.

      Dalam isu ini Najib perlu mengambil tindakan undang-undang samada saman atau buat SD dahulu, jika ini pun tak dibuat, di manakah kredebeliti Najib yang menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai dalang yang bersekongkol dengan WSJ dan SR kononnya untuk fitnah dan jatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir tak puas hati kepentingan dirinya tidak ditunaikan oleh Najib, patutnya Najib senaraikan apakah kepentingan diri Tun Dr. Mahathir yang dipinta oleh Tun Dr. Mahathir itu, jangan tuduh sembarangan sahajalah.

      Delete
  13. terkini najib sudah memulakan langkah menyaman wsj. lepas ni kena carik isu lain, tak payah babitkan 'telur' sebab takut nak saman.

    ReplyDelete
  14. AnonymousTuesday, July 07, 2015 6:54:00 PM:

    Bagsulah kalau dia dah memulakan langkah...kalau boleh biar cepat sikit naik mahkamah..lagi cepat semua terlondeh nnt...tp betul ker tu surat saman? Mcm surat mohon penjelasan jer..lagi satu..bukan ke lawyer tu lawyer yang selalu kalah dan mengalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg perlu chepat2? Yang perlu adalah keteraturan tindakan susulan..chepat2 nak ke mana?

      Delete
  15. Najib serba salah.
    Tapi kena teruskan jua.

    Tapi rasanya dia ada kuasa.
    Kuasa untuk menjadikan yang haram akan nampak halal.

    ReplyDelete
  16. Hahaha.....Maharajalawak musim ke 5 da start!!!
    "Betul ke apa yg u repot? Cer cek mkin salah taip ke? Mkin salah nama ke? Mkn terover ke? Mkin tersonglap ke....oops sorry tu perkataan utk palawan i...ok i bg u lua mgu utk cek blk ya!!! Klu nak lbh pun blh..2 bulan, 2 thn, 2 abad, 2 kali mati idup balik...smua blh...

    Hehehe

    ReplyDelete
  17. Berdasarkan kenyataan oleh Ketua Polis Negara yang disiarkan oleh Utusan Online, pihak polis akan menyiasat pihak yang menjual maklumat perbankan dalam isu 1MDB ini.

    Hmmm, maksudnya apa yang disiarkan oleh Wall Street Journal itu ada kebenarannyalah jika dilihat kepada kenyataan oleh Ketua Polis Negara tu.

    Penyiasatan terhadap Najib yang mana dipercayai RM 2.63 bilion itu disonglap masukkan ke akaunnya apa cerita?

    Malahan ada juga desas desus yang menyatakan Nik Faisal Ariff Bin Nik Othman Ariff Kamil pula mengaku semua akaun itu adalah akaun miliknya. Kaya betul Nik Faisal ni, sampai berbilion-bilion wang dalam akaunnya, malahan apakah justifikasi wang itu disalurkan oleh pihak-pihak seperti Falcon, Ihsan Perdana, serta SRC ke akaun Nik Faisal? Kalau dikatakan untuk tujuan CSR sebagaimana yang tercatat dalam rekod urusniaga pemindahan wang itu, maka CSR jadah apakah yang dibuat?

    Akan ada kambing hitam yang akan dikorbankan untuk menutup isu ini, tetapi kalau benda jahat tu, kau tutuplah macam mana pun akan terbongkar juga, macam sebelum ni Xavier Andre Justo dikambing hitamkan, tup tup terbongkar pasal kes RM 2.63 bilion ini pula.

    Ketelusan pihak berkuasa yang terlibat dalam penyiasatan ini adalah amat diragui kerana orang yang disiasat masih lagi berkuasa penuh terhadap agensi pihak yang menyiasat itu, kerana dia memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Pengerusi Lembaga Penasihat Khazanah Nasional yang mana manipulasi adalah terbuka untuk dibuat bagi menutup jejak kes ini.

    Negara kita sedang menjadi tumpuan dunia kerana kes ini, malulah sama, jika dalam isu kes pembelian bangunan oleh pihak MARA, dua orang pegawai tinggi MARA digantung tugas kerana tidak mahu sebarang gangguan pada siasatan, tetapi dalam kes 1MDB, kes RM 2.63 bilion ini, orang yang sedang disiasat tidak digantung tugas, atau pun kerana tak ada orang yang boleh gantung tugasnya, patutnya dia 'bercuti' dari jawatannya dan jawatannya dipangku oleh timbalannya untuk memastikan tiada gangguan dan ancaman terhadap ketelusan dan integriti siasatan yang sedang dijalankan.

    Kita tidak mahu kes 1MDB dan RM 2.63 bilion ini akan menjadi kes yang tidak selesai-selesai seperti misi pencarian MH370 di mana banyak sangat putar belit dan penyelewengan maklumat hingga menyebabkan polemik ini berterusan.

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...