Sunday, July 5, 2015

TERINGIN JUGA NAK SOKONG NAJIB..

Apa jua isu yang timbul selepas PRU13 dengan menamakan tsunami cina, ahli umno dan penyokong UMNO sudahpun bersedia untuk menyokong Najib..

Harapan pertama ialah masih memberinya peluang walaupun selepas mengambilalih dari Paklah, Najib mengecewakan.

2 faktor Kemenangan besar UMNO di PRU13  adalah atas sokongan Mahathir dan kebimbangan Anwar menjadi PM serta menolak PAS yang menjadi keledaian DAP pada masa itu.

Selepas PRU13 harapan pengundi yang menyokong UMNO sangat besar kepada Najib tetapi timbul pelbagai isu seperti pemansuhan ISA, Islam dan Raja Melayu dihina dan tiada langsung fokus sebenar kepada pembangunan Melayu dari segi pendidikan dan perniagaan.

Program lebih bersifat retorik rasaksasa dan janji-janji manis dengan angka.

Pada masa yang sama Najib sendiri lambat dalan tindakan dan keputusan ditambah lagi dengan jawapan bodoh dari Menteri Pandai dan cap ayam.

Pada masa itu Tun sudah memberi teguran tentang pemborosan kerajaan, perlaksanaan merasuah dan memalaskan rakyat melalui BRIM, GST dan termasuk 1MDB...
Kerajaan syok sendiri dan acuh tak acuh dengan teguran Tun.

Peringkat awal Tun menarik balik sokongan kepada Najib sebagai amaran - tidak dipedulikan oleh Najib, langsung tidak menjawab...

Awal kemuncak, Tun minta Najib berundur lebih kepada kegagalan menjawab dan tangani isu hutang negara yang PALING BESAR dan RISIKO YANG PALING TINGGI serta KETIDAKTELUSAN dengan KERAGUAN YANG MANASABAH.
Perkara itu benar kerana sehingga hari ini Najibvtidak menjawab, mengelak menjawab dan jawapan yang blur dengan 1001 alasan.

Sekarang isu kemasukan tunai ke akaun peribadi Najib  berada dalam kesukaran dan boleh melumpuhkan segala kepercayaan rakyat kepada PM, Negara dan akhirnya parti lah yang sengsara.

Tetapi percayalah, masih ada kejutan dari masa ke semasa.

Bercuti adalah peluang terbaik untuk Najib membersihkan diri kecuali dia sudah tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri dan kerajaannya.

Bercuti bukan tanda bersalah. Bercuti mengembalikan keinginan rakyat untuk percaya dan sokong Najib.

29 comments:

  1. Jika adik sendiri pun dah menyindir dia buat derk, no komenlah banyak2x.
    Buang masa melayan.
    Lebih baik buat kerja kita masing2x, kumpul duit byk2x simpan bawah bantal (ye) buat bekalan di hari gelap.
    Masa tu nanti, saper naik pun dah x guna jadik PM sebb utang bertongkol2x. Kecuali org tu gila power jadik PM & kerjanya asik nk sumbatkan rakyat dalam penjara, bleh la dipersilakan naik, tapi sabau jerlah hari2x kena kutuk dgn rakyat, kena demontrasi, pecah cermin sana sini.


    ReplyDelete
  2. TAK APALAH KD...BUATLAH APA PUN SELAGI DI IZINKAN ALLAH TAALA...LAGIPUN APALAH SANGAT JASA NAJIB PADA ANDA . BUAT KAMILAH TIADA YG DAPAT KAMI BANTU NAJIB MELAINKAN SEMOGA TUHAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA PM DAN MELONDEHKAN KEBEJATAN GOLONGAN -GOLONGAN YG KHIANAT INI.

    ReplyDelete
  3. KD sapa kata Ah jib gor tak jawab??? Satg ada macai dia tlg jawabkan kih kih kih

    ReplyDelete
  4. Betulah teori rahman tu, ahjib pm terakhir umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sekadar teori, sekarang ni keutamaan adalah untuk menumbangkan Najib demi menyelamatkan kedudukan UMNO dan Barisan Nasional dalam arena politik negara.

      Delete
    2. Kata Najib penyamon wang rakyat! Rupanya ada pulak penyamun yang menyamun nama "Ted Manoff" @11.06 di atas...kemudian lakukan benda Shirik dengan percaya theory kaitan nama dengan jawatan Perdana Menteri..kalau nak masuk nuraka jahannam jangan seret orang ramai..pi sorang2 baru macho

      Delete
    3. aku rasa kau sendiri yang klonkan nama kau.
      Kalau aku, pun naik muntah dengan nic-name kau tu apa lagi nak guna unt menyamar atau menyamun atau merompak atau bersenggama atau apa saja

      Delete
    4. SUDAH LAH TAK YAH MERAPU LA , KD SEKARANG YANG RELEVAN DENGAN KEADAAN SEMASA IALAH ;
      1 NAJIB HADAPI PENDAKWAAN DI MAKAMAH .
      2.NAJIB LETAK JAWATAN .
      3.DIA TERPAKSA HADAPI LEBIH BANYAK DAKWAAN DAN AKAN MEMBURUKAKAN LAGI IMEJ KERAJAAN PARTI DAN KEADAAN .

      JADI PM BUGIS INI KENA PILIH LAH DIA DAH TERJERAT , TU LA TUN M DAH NASIHAT SEJAK 3 TAHUN DULU JANGAN BERMAIN MAIN DENGAN AGEN YAHUDI TAPI DAH LA BODOH SOMBONG TAK MAU DENGAQ SEKARANG TANGGUNG LA PADAN MUKA.

      Delete
    5. Hari ini sedap santap jiwa berbuka puasa di bulan ramadhan ... semoga segala amalan kita diterima Allah SWT pada tahun...mungkinkah kita masih sempat habiskan ramadhan tahun ni?

      Delete
  5. Doa rakyat yg di zalimi pondan bacul penipu mesia dan gangnya...."semoga Allah memberikan balasan hebat kepada mereka ini di dunia dan akhirat" amin......

    Tiap malam kami sunnat tahajud dan berdoa kpd mu ya Allah!!! Tunjukkan lah kekuasaan mu kepada pemimpin2 penipu dan zalim di negara ini!!! Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. riaknya kamu. baru buat sunat tahajud dah war2kan satu malaya satu dunia. ibadah kpd Allah, biarkan Allah yang nilai. bila dah dikepohkan, mana nilainya ibadah itu? itu pasal la doa kamu tak makbul. riak campur hati tak bersih.

      Delete
    2. 1;26...

      Aku sembahyang hak aku dgn Allah...Apa yg aku minta darinya adalah dari hati aku...xde temberang, xde riak, xde menipu...

      Hang ada sembahyang ke? Ustad mana yg belaja tak boleh berdoa secara terbuka?

      Hang ni DAJAL agama kot?

      Delete
  6. Kita bukan tak nak sokong Ah jib gor...tapi kerana kebodohan dan kebangangan Ah jib gor semakin terserlah dan semakin kronik...kalau kena dekat dia sorang tak pa...tapi ni dengan Umno2 pun diheret sekali...mana lah rakyat tak meluat dengan Umno...ditambah cybertroop Ah jib gor pulak lagi lah orang bertambah2 meluat dengan Umno sebab Angkuh bodoh dan sombong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jelas dan ketara kebodohan kau. Ini fakta yg tertulis dalam WSJ....

      1. Petrosaudi dikatakan syarikata Abudhabi dalam WSJ. Sedangkan hakikatnya Petrosaudi milik org Arab Saudi dan tiada kena mengena dengan Abu Dhabi.

      2. Tiada 1 pun kesalahan 1mdb dikesan oleh audit bebas seperti deloitte dan enrst&young. Kesalahan 1mdb hanya pada andaian2 oleh SR dan pakar2 ekonomi kedai kopi. Yang bertauliah.....tak seorang pun berbunyi baik dari dalam negara dan juga luar negara.

      3. Selain dari semua itu.....apa ayat yg berfaedah keluar dari mulut kau?


      Cermin lah diri tu wahai anjing upahan dap.

      Delete
    2. Masalahnya sekarang ini, apakah AmBank dah buat kenyataan rasmi untuk menafikan penyonglapan wang tersebut ke akaun Najib kerana penyonglapan itu berlaku terhadap akaun Najib di AmBank. Mengapakah AmBank hingga kini tak mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut?

      Malahan macam yang saya cakap sebelum ni,kalau Najib kata dia perlu ambil masa untuk kaji tindakan undang-undang yang sesuai, OK, saya terima, tetapi sekarang ni, Najib kenalah buat kenyataan berkanun dengan menafikan tuduhan terhadapnya itu dan nyatakan sekali dalam pengakuan berkanun itu akan kenyataan Najib yang menuduh Tun Dr. Mahathir adalah dalang utama dan bersekongkol dengan Wall Street Journal dan Sarawak Report untuk memfitnah bagi menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri sebab permintaan peribadi Tun Dr. Mahathir tak dipenuhi oleh Najib, ingat tu Najib.

      Bawa sekali CEO AmBank untuk buat pengakuan berkanun untuk menafikan bahawa tiada sebarang transaksi melibatkan RM 2.63 bilion atau suatu jumlah yang lain yang bersamaan dengan jumlah itu dalam matawang yang lain yang di masukkan ke akaun Najib itu. Lepas tu suruh CEO AmBank buat kenyataan rasmi secara bertulis dan diedarkan kepada semua media serta kepada Bank Negara dan SPRM untuk menafikan semua tuduhan itu.

      Jangan sembang saja kencang, tapi tindakan macam siput babi pula gayanya. Kalau tak salah, maka akan berani bertindaklah, macam Y.B. Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, dia yakin dia difitnah oleh Lim Guan Eng, maka Datuk Jahara telah failkan saman di mahkamah, dan kerana dia dipihak benar dan dia ada bukti untuk pertahankan tindakannya itu, maka Datuk Jahara menang kes itu dan Lim Guan Eng diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM 500,000.00 kepda Datuk Jahara.

      Tindakan seperti Datuk Jahara itulah yang perlu dibuat, berani, tegas sebab dia yakin di pihak yang benar.

      Delete
    3. Tengok kebodohan Keris berayon memang sangat ketara....dia kata tiada 1 pun kesalahan semasa audit...tapi dia lupa...Ah jib gor sendiri mengaku 1Mdb tu berMASALAH!!!! DAN MINTA DIBERI MASA UNTUK SELESAIKAN!!! KERIS BERAYON MUDAH LUPA WAKAKkaka

      Delete
    4. TARAF KERIS BERAYON NI KERJA DIA MELALABEL ORANG YANG TAK SEKEPALA DENGAN AH JIB GOR SEBAGAI ANJING DAP TAPI MEH NAK HABAQ LA ORANG DAP NI MANA BOLEH CAKAP KEDAH MACAM AKU AKU BUKAN ANJING MACAM KERIS BERAYON TERPAKSA MEMPERTAHANKAN BOS DIA YANG BERMASALAH! HAHAHAHA ALHAMDULILLAH AKU DILAHIRKAN DALAM KELUARGA UMNO TAPI AKU BUKAN BABI MACAM KERIS BERAYON YANG SOKONG SECARA MEMBABI BUTA.

      Delete
  7. Sepatutnya Najib dan AmBank perlu menjelaskan kepada masyarakat apakah mereka ini terlibat atau sebaliknya dalam penyonglapan wang sebanyak RM 2.63 bilion yang dipercayai wang hutang 1MDB ke dalam akaun Najib di AmBank itu.

    Kalau Najib kata dia perlu ambil masa untuk kaji tindakan undang-undang yang sesuai, OK, saya terima, tetapi sekarang ni, Najib kenalah buat kenyataan berkanun dengan menafikan tuduhan terhadapnya itu dan nyatakan sekali dalam pengakuan berkanun itu akan kenyataan Najib yang menuduh Tun Dr. Mahathir adalah dalang utama dan bersekongkol dengan Wall Street Journal dan Sarawak Report untuk memfitnah bagi menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri sebab permintaan peribadi Tun Dr. Mahathir tak dipenuhi oleh Najib, ingat tu Najib.

    Bawa sekali CEO AmBank untuk buat pengakuan berkanun untuk menafikan bahawa tiada sebarang transaksi melibatkan RM 2.63 bilion atau suatu jumlah yang lain yang bersamaan dengan jumlah itu dalam matawang yang lain yang di masukkan ke akaun Najib itu. Lepas tu suruh CEO AmBank buat kenyataan rasmi secara bertulis dan diedarkan kepada semua media serta kepada Bank Negara dan SPRM untuk menafikan semua tuduhan itu.

    Jangan sembang saja kencang, tapi tindakan macam sipu babi pula gayanya. Kalau tak salah, maka akan berani bertindaklah, macam Y.B. Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, dia yakin dia difitnah oleh Lim Guan Eng, maka Datuk Jahara telah failkan saman di mahkamah, dan kerana dia dipihak benar dan dia ada bukti untuk pertahankan tindakannya itu, maka Datuk Jahara menang kes itu dan Lim Guan Eng diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM 500,000.00 kepda Datuk Jahara.

    Tindakan seperti Datuk Jahara itulah yang perlu dibuat, berani, tegas sebab dia yakin di pihak yang benar.

    ReplyDelete
  8. Tetapi dalam isu penyelewengan terbaharu di mana sebanyak RM 2.63 bilion wang yang dipercayai wang hutang 1MDB yang mana hutang tersebut dijamin oleh kerajaan telah dipercayai disonglap ke akaun Najib, apakah juak-juak Najib tak mau tolong bawa Najib ke Pesuruhjaya Sumpah untuk supaya Najib dapat membuat pengakuan berkanun menafikan tuduhan tersebut? Mungkin Najib tak tau kot di mana pejabat Pesuruhjaya Sumpah, oleh itu juak-juak Najib patut tolong bawakan Najib ke sana, itu pun kalau Najib berani buat pengakuan berkanun yang mana akan digunakan di mahkamah kelak pengakuan itu selepas Najib menyaman Wall Street Journal dan Sarawak Report yang Najib tuduh bersekongkol dengan Tun Dr. Mahathir yang dituduh oleh Najib sebagai dalang utama untuk memfitnah Najib bagi menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri.

    Bawa Najib naik kapcai, jimat minyak sikit, kalau naik mercedes guna minyak banyak, kos tinggi, sebagaimana ucapan Najib pada hari Peladang, Penternak dan Nelayan tahun lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kau ni ada otak.....kan elok. Masa kes suami shahrizat, tak banyak pun duit yg terbabit. Cuma dalam jumlah yg sikit berbanding kes rm2.6billion ni.

      Maksud aku, kalaulah suami shahrizat boleh kantoi...inikan pula najib. Takkan tak ada org yg perasan? Kalau lah betul...najib boleh jadi pm paling bodoh letak duit berbillion atas nama sendiri.

      Yang pastinya....siapa yg percaya....hanya percaya sebab perasaan benci dan dengki khianat pada najib dan keluarganya. Bukan sebab bukti mahupun fakta.

      Delete
    2. Masalahnya sekarang ini, apakah AmBank dah buat kenyataan rasmi untuk menafikan penyonglapan wang tersebut ke akaun Najib kerana penyonglapan itu berlaku terhadap akaun Najib di AmBank. Mengapakah AmBank hingga kini tak mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut?

      Malahan macam yang saya cakap sebelum ni,kalau Najib kata dia perlu ambil masa untuk kaji tindakan undang-undang yang sesuai, OK, saya terima, tetapi sekarang ni, Najib kenalah buat kenyataan berkanun dengan menafikan tuduhan terhadapnya itu dan nyatakan sekali dalam pengakuan berkanun itu akan kenyataan Najib yang menuduh Tun Dr. Mahathir adalah dalang utama dan bersekongkol dengan Wall Street Journal dan Sarawak Report untuk memfitnah bagi menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri sebab permintaan peribadi Tun Dr. Mahathir tak dipenuhi oleh Najib, ingat tu Najib.

      Bawa sekali CEO AmBank untuk buat pengakuan berkanun untuk menafikan bahawa tiada sebarang transaksi melibatkan RM 2.63 bilion atau suatu jumlah yang lain yang bersamaan dengan jumlah itu dalam matawang yang lain yang di masukkan ke akaun Najib itu. Lepas tu suruh CEO AmBank buat kenyataan rasmi secara bertulis dan diedarkan kepada semua media serta kepada Bank Negara dan SPRM untuk menafikan semua tuduhan itu.

      Jangan sembang saja kencang, tapi tindakan macam siput babi pula gayanya. Kalau tak salah, maka akan berani bertindaklah, macam Y.B. Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, dia yakin dia difitnah oleh Lim Guan Eng, maka Datuk Jahara telah failkan saman di mahkamah, dan kerana dia dipihak benar dan dia ada bukti untuk pertahankan tindakannya itu, maka Datuk Jahara menang kes itu dan Lim Guan Eng diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM 500,000.00 kepda Datuk Jahara.

      Tindakan seperti Datuk Jahara itulah yang perlu dibuat, berani, tegas sebab dia yakin di pihak yang benar.

      Delete
    3. Salam,

      Utk kekawan semua, cuba kita tanya diri sendiri apa akan kita buat atau strategi kita untuk 'MENGHILANGKAN DUIT?' (Put yourself in his shoe) Tanya dan jawab secara jujur dan anda akan dapat jawapannya samada alasan2 yg diberi pee em logik atau tak.

      Sebenarnya da banyak alasan/jawapan dari pengomen di blog ni dan blog2 yg lain yg menjawap kemungkinan2 kpd soalan ini tapi tiada lagi yg nampak bercakap berkenaan "apa yg patut dilakukan utk menyonglap!!!'

      Apa?
      Siapa?
      Bagaimana?
      Bila?
      Di mana?
      Kenapa?

      Ini semua adalah soalan asas utk melakukan sesuatu perkara agar ianya berjaya.

      Cuba selami apa yg anon dibawah katakan...

      Salam semua,

      Ada ustad dan lain2 ragu2 kata kenapa x pakai secret account?

      Saya ada beberapa soalan untuk ditanyakan:-

      No.1...ustad percaya ke kalau buka akaun atas nama org lain mahupun keluarga sendiri? Ada kemungkinan tak kalau pakai nama org lain duit boleh lesap? Penat2 buat keje pastu org lain sapu...
      No.2...sykt kewangan mana nak bagi buka akaun "tak bernama" atau atas nama "secret"?
      No.3...adakah tarikh2 pemindahan tu berjarak jauh antara 1 sama lain? Apa jenis bisnes yg buat pemindahan begitu cepat diantara mereka dan kenapa?
      No.4...Kenapa perlu bberapa syarikat untuk pemindahan itu kalau hujung2nya berhenti di 1 akaun? Kenapa tidak terus kpd penerima?
      No.5...Perlu atau tidak mengikut akta BAFIA pemindahan wang sebegini banyak harus di maklumkan kepada pihak berkenaan? Jika ya apa yg pihak berkenaan sudah buat utk pastikan kesahihan transaksi tersebut? Jika tidak kenapa pihak berkenaan mendiamkan diri? Patutkah soalan ini ditanya juga kpd pemilik sykt kewangan berkenaan serta pihak yg ditugaskan memantau keseluruhan sistem kewangan?
      No.6...Adakah kemungkinan pihak yg ingin menyiasat akan mengalami kesukaran kerana banyak syarikat perlu di teliti maklumatnya berbanding dgn hanya 1 sykt (maknanya dari a pembayar terus ke b penerima)? Adakah ini strategi yg baik utk mengelirukan mereka?
      No.7...Kenapa tidak 1 pun pihak terlibat mengeluarkan kenyataan bertulis bersama bukti dalam masa 24jam memandangkan ia melibatkan integriti beliau, institusi kewangan, negara dan seluruh rakyatnya?
      No.8...Patut ke ustad buang masa utk bincang2 dgn peguam bilamana ustad sendiri tahu yg dokumen tersebut memang palsu?
      No.9...Adakah ustad dlm keadaan tertekan skrg akan cuba memohon bantuan walaupun dr negara yahudi? Adakah ustad akan terima shj apa syarat2 mereka utk bantuan yg akan mereka berikan?

      LK

      Delete
  9. copy paste merata-rata blog ajelah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kisahlah, yang penting kalau Najib rasa dirinya difitnah, maka samanlah pihak yang dituduh memfitnah dirinya itu.

      Kalau perlukan masa kononnya untuk cari bukti, maka buat dahulu pengakuan berkanun, malahan minta AmBank keluarkan kenyataan rasmi dan buat pengakuan berkanun bahawa semua itu adalah fitnah.

      Dalam pengakuan berkanun Najib itu jangan lupa nyatakan dengan terperinci bahawa semua itu adalah fitnah yang didalangi oleh Tun Dr. Mahathir yang bersekongkol dengan Sarawak Report dan Wall Street Journal yang mahu menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri disebabkan Tun Dr. Mahathir tak puas hati permintaan peribadi Tun Dr. Mahathir tak dipenuhi oleh Najib, dan nyatakan apakah permintaan peribadi itu sekali.

      Kalau saman mungkinlah ambil masa sikit, nak draf writ saman dan sebagainya, tapi kalau nak buat kenyataan berkanun ni, tak perlu teknikal sangat seperti nak buat saman, jadi sila Najib buat pengakuan berkanun dan minta AmBank buat pernyataan berkanun juga mengenai isu tersebut. Itu pun kalau Najib yakin dirinya tak bersalah.

      Jangan terus biarkan polemik ini berterusan dengan tindakan Najib yang seperti sengaja nak membiarkan polemik ini berterusan dengan hanya menafikan tanpa bukti konkrit, tapi tak mau saman, malahan kalau dia kata saman ambil masa, maka paling kurang buatlah pengakuan berkanun itu terlebih dahulu.

      Delete
  10. Merepek Gila ni????

    Awal kemuncak, Tun minta Najib berundur lebih kepada kegagalan menjawab dan tangani isu hutang negara yang PALING BESAR dan RISIKO YANG PALING TINGGI serta KETIDAKTELUSAN dengan KERAGUAN YANG MANASABAH.
    Perkara itu benar kerana sehingga hari ini Najibvtidak menjawab, mengelak menjawab dan jawapan yang blur dengan 1001 alasan.

    Jawapan :

    PEKAN, 4 Julai (Bernama) -- Pengumuman agensi antarabangsa Fitch Ratings Inc. yang memberi prospek stabil kepada Malaysia berbanding negatif sebelum ini membantu meningkatkan pendapatan negara sekaligus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mungkin rakyat tidak menyedari kesan penarafan tersebut kepada mereka dan ekonomi negara khasnya.

    "Kesannya ialah apabila penarafannya baik, ekonomi juga akan lebih kukuh, hasil serta pendapatan negara juga bertambah.

    "Apabila ia bertambah maka lebih mudah untuk kerajaan melaksanakan projek pembangunan dengan lebih pesat dan menyeluruh ke setiap pelusuk negara," katanya.

    Najib berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada warga emas di Masjid Kg Merchong, di sini Sabtu.

    Fitch Ratings pada Rabu lalu menyemak naik unjuran Malaysia kepada stabil, menyuntik kelegaan kepada pasaran tempatan, sekaligus melenyapkan kebimbangan tentang kegawatan ekonomi negara sebelum ini.

    Najib berkata, pengiktirafan itu menunjukkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional berjaya membawa ekonomi negara di landasan yang betul.

    Katanya penarafan itu tidak akan diperoleh jika urus tadbir negara lemah.

    Najib kemudian turut menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti solat sunat hajat mendoakan kesejahteraan kepimpinan Perdana Menteri, bersama lebih 500 penduduk Kampung Merchong.

    Terdahulu pada sebelah petang, Najib meluangkan masa bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengacau bubur lambuk di kediaman beliau di Seri Kenangan, di sini untuk diagih-agihkan kepada penduduk di kawasan sekitar.

    -- BERNAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jwpn ada dlm kawah bubur lambuk, nak , pegi cedok sendiri.

      Delete
  11. Boring ah banyak copy paste. Mmg tak logic n bodoh sgt kalo najib masukkan duit byk tu dlm akaun nama dia , TETAPI, perkara bodoh yg dudakwa tu lah yg paling mudah dijawab dan tunjukkan bukti....kalo x jawab tapi dok buang masa alih isu ke lain tu...., hmm paham2 je la, bertengkar pun tak guna

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...