Friday, July 10, 2015

MENTERI TAMBAHAN



Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. 

Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi. 

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’

Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara. 

Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London. Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”. 

Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, samada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. 

Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir. Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. 

Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’bagi negara ini ketika beliau menjadi Perdana Menteri. 


Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. 

Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. 

Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. 

Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. 

Demikianlah semua manusia.Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. 

Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. 

Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu! 

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya..

Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Ini adalah tulisan seorang Mufti bertarikh 15/7/2010

Kesimpulannya: Jika jaga tingkah laku dan bersikap mulia tidak ada sesiapa yang suka-suka kritik dan tidaklah perlu hari ini untuk menjawab berjela-jela membela diri.

Tentang diri sendiri, keji atau puji biarlah orang lain yang memperkatakannya.

# Kalau anda ada isteri, suruhlah dia baca dengan insaf kalau benar-benar dah insaf,  dan bukannya bertambah berang dan hantar askar upahan untuk menyerang.

13 comments:

  1. Setuju..antara kualiti kepimpinan Tun M adalah krn di belakangnya ada seorang wanita yg terpelajar lagi bijak membawa diri di mata rakyat.
    Penting apatah lg di zaman ini seorang lelaki biar la menikahi perempuan yg berpendidikan agar maruah senantiasa di jaga rapi..
    Toh Puan Dr. Siti Hasmah adalah contoh terbaik dan menjadi kebanggaan rakyat..
    Semoga bonda senantiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T.

    p/s: yg tak setuju tak paya lar mencarut carut..

    ReplyDelete
  2. Toh Puan dari keluarga ternama "bin/binti Ali" namun tidak kedengaran beliau campurtangan malah merendah diri. Begitu juga dgn Datin Seri Endon, Tun Suhaila, Tun Rahah dan Toh Puan Sharifah Rodziah.

    (Have i missed mentioning anyone there?)

    ReplyDelete
  3. Ko tak tau abg siti hasmah ni kaki judi kat kasino las vegas. Bukan fitnah, tp kenyataan. Jgan pulak lupa, zaman mahathir, org target anak2 mahathir yg kaya raya tu, mokhzani, mirzan dan semua m tu. Zaman pak lah org target menantu dia khairi. Skrg zaman najib org target rosmah la sbb tu target paling senang. Padahal rosmah dah mmg hobi dia shopping sejak dari muda.. Dia pun bukan teruk sgt pun secara personally. Byk sgt fitnah yg dia kena tanggung tp ttp cool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ader duit berjuta juta memang lar ' ttp cool ', shopping sana sini sinun memang lar 'ttp cool', berjalan ke hulu ke hilir naik jet memang lar ' ttp cool'..macai kiri kanan atas bawah tolong pakaikan kasut memang lar ' ttp cool' ..aku kalo macam rosmah..pun ' ttp cool '..

      Delete
    2. AnonymousFriday, July 10, 2015 9:12:00 AM, juak-juak Najib dah mula buat serangan peribadi, dulu mereka kata Tun Dr. Mahathir serang peribadi keluarga Najib, sedangkan apa yang Tun Dr. Mahathir dedahkan itu melibatkan wang negara, bukannya wang Najib.

      Pasal abang Tun Siti Hasmah kaki judi tu aku tak tau nak komenlah, aku pun tak ada maklumat. Tetapi macam isu anak-anak Tun Dr. Mahathir, mereka memang berniaga dari muda lagi, tak hairanlah mereka boleh kaya, malahan kekayaan mereka bukanlah mendadak. Malahan tak ada pun pun kes macam 1MDBD ini di zaman Tun Dr. Mahathir, malahan tak ada pun wang berjuta-juta dimasukkan ke dalam Tun Siti Hasmah.

      Kalau adik beradik seseorang itu melakukan perkara buruk, kita tak boleh menuduh disebabkan adik beradiknya buat perkara buruk, maka orang itu pula kesalahan adik beradiknya itu.

      Kalau macam tu apa kes dengan Noh Omar, adiknya ditangkap kerana terlibat dengan perbuatan jenayah di Sabah baru-baru ini, kes bunuh lagi, apakah kerana perbuatan adik Noh Omar maka kita akan tuduh Noh Omar dengan macam-macam tuduhan pula?

      Guna otaklah bila nak berbicara, tengok pada isu, bukannya perkara lain yang tak ada kena mengena.

      Delete
  4. Bro KD, sila ulas berita terbaru melalui press release dr pihak guaman Rosmah Mansor..beliau mengaku sememangnya account di'whistleblower'kan adalah milik beliau...
    Adehhh!!..malu la cai cai ah jib gor yg berhempas pulas mengatakan bahawa account tersebut tak wujud/di reka..ujung ujung tuan punya badan mengaku la pulak...adehhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, berdasarkan kenyataan peguam Rosmah, memang akaun iitu akaun Rosmah. Begitu juga berdasarkan pasukan penyiasat khas, Najib pernah ada dua akaun di AmBank, tetapi telah ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, memanglah akaun Najib tak dibekukan, sebab dah ditutup, sekarang pihak penyiasat sedang menyiasat hubungan dokumen yang diperolehi itu dengan akaun Najib yang dah ditutup itu.

      Lagi satu, pasal pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion oleh 1MDB dalam Brazen Sky, GIL Funds, dan Aabar Deposit, pelaburan dalam bidang apa? Perjudian? Dadah? Video Lucah? Kelab Malam? Pub? Disko? Ceti Haram? Kabaret? Dangdut? Agensi Pekerja Asing? Jual Nasi Lemak? Jual Burger? Pelacuran? Perusahaan Membuat Alatan Rangsangan Seks? Perusahaan Ubat Kuat Seks? Pelaburan dalam bidang apa? Hingga kini tak dapat didedahkan, malahan Pengerusi PAC dan Ketua Audit Negara sendiri tak mampu nak beritahu sebab mereka pun tak tahu sebab 1MDB banyak sorokkan dokumen tak mau bagi untuk disiasat.

      Tapi tak tahulah kalau juak-juak Najib ni tahu, kalau tahu sila beritahu kepada rakyat, itu pun bukannya kategori OSA, sekadar bidang pelaburan, bukannya melibatkan keselamatan negara pun.

      Sila beritahu, itu pun kalau banyak sangat tahu pasal 1MDB lah.

      Delete
  5. Hehehehe...yang ni aku setuju dengan kau kd....

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  6. Toh puan mukanya berseri....muka keibuan...muka yang bawa sejuk bila hati panas...muka melayu jati...lemah lembut tapi bijak...muka yang tak menyusahkan...jenis muka dan perangai begini ramai lelaki didunia cari dan mahukan...

    Bertuah Tun....terimakasih tun dan toh puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt2..sejuk mata mmandang tun siti hasmah

      Delete
  7. Bila orang suka kat kita, kita buat apa pun butul ,bila orang tak suka kat kita, buat apa pun salah...dah depa tak suka, buat macam mana pun depa misti tak suka juga...semua dah termakan....

    ReplyDelete
  8. Patriotisme bukan bererti mempertahankan pemimpin yang merosakkan dan menjahanamkan negara, hanya kerana dia adalah seorang pemimpin. Patriotisme adalah mempertahankan negara dari perosak negara samada perosak itu adalah dari dalam negara yang merompak khazanah anak2 warisan atau perosak dari luar yang mahu menguasai khazanah negara.

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...