Thursday, July 23, 2015

Badan Penyiasatan Khas Perlu Lebih Bijak Dari Lanun Dan Perompak...

Rakyat seharusnya sedang mengalu-ngalukan sebarang bentuk siasatan kepada semua pihak oleh pihak berkuasa terutama dalam tiga isu:
Pemalsuan dokumen
Penyaluran wang masuk ke akaun peribadi dalam jumlah yang begitu besar
Penyelewengan 1MDB

Di mana sahaja ianya bermula sudah pasti ia akan berakhir kepada siasatan terhadap Perdana Menteri sebagai pemusatan kuasa atau pengesahan sesuatu perkara.

Mahkamah akan jadi penentu dan biarlah yang ariff dengan undang-undang menyelesaikannya dalam ertikata keadilan yang semampu mungkin.

Dalam masa yang sama parti dan pemimpin politik perlu berhadapan dengan mahkamah rakyat melalui pilihanraya. Masa inilah kita dapat menyaksikan paling ramai pemimpin hipokrik dan penipu rakyat yang turun padang.

Letakanlah mereka ditempat sewajarnya.

Kepada Badan Penyiasatan Khas, kita berharap mereka boleh pekakan telinga dalam pelbagai bentuk cemuhan dan pujian tetapi jangan butakan mata menyaksikan kebenaran yang perlu ditegakan kerana itulah kepuasan amanah yang perlu didahului.

Mereka perlu lebih bijak dari seorang lanun dan perompak.
Mereka perlu lebih hebat dari SR, The Edge dan SWJ.
Mereka perlu lebih bebas dari belengu politik ampu dan bodek.
Jangan jual diri pada orang politik.
Cash Is Not Always King.
Mereka perlu bersih dan nampak bersih.

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. mana semua orang ni???
    Masih beraya la kot ya...

    KD cara analisis engkau tentang badan penyiasatan memang teruk.Kau ingat bila ikut rakyat maka bebas kalau lawan rakyat maka bangang ya?

    Bukan gitu la.Cth 1MDB...audit negara ambil masa kerana itulah SOP nya
    Kalau ikut rakyat yg bodoh cara bekerja audit negara minta hari ini buat kerja 2 hari selesai...

    ReplyDelete
  3. Itu sebab penyalakx tak dapat jatuhkan Najib sampai la ni.....fakta haru biru,nak cepat aja,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai hati KD pi padam komen gue 3 perkataan "uurrpp..uwekk. .uwekk"..Hu Hu hu

      Delete
  4. KD dah makin kelam. maka, timbullah nasihat itu ini bagai kepada badan penyiasat. selama ini badan penyiasat bertindak bodohkah? yang sembrono itulah yang bodoh kerana lebih percayakan nafsu berbanding akal. dalam pengakuan terkini xavier justo, ada pihak menjanjikan jutaan ringgit sebagai tukaran kepada dokumen2 yang dia curi daripada majikan lamanya petrosaudi. tak kiralah pengakuan ini benar, diwar-warkan supaya kelihatan benar, saya percaya kebenaran akan terbit jua. samada najib benar2 penipu, perompak dan pembohong atau satu pihak lagi memang ada konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan. saya sabar menunggu, tidak sembrono menjatuhkan hukuman....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la hakikatnya bila mana WSJ dan SR dijadikan buku suci.
      Aku pelik la apsal la Tun M,KD ang the gang boleh angkat Tony Pua dan Rafizi sbg pakar ekonomi 1MDB.

      Malu la wei dah lah kantoi 42 billion la ni lagi malu main tikam belakang..Sorry la kalau nak figth anak jantan la tak payah la main tipu dan tikam belakang.

      Kepada kwan kau Din turle tak payah nak ulas siapa mengelabah la ni semua geng2 fitnah akan diangkut pakai jala la..cuma KD hang terselamat psal apa? Malaysia takda undang2 fitnah jadi apa nak buat KD? Fitnah terus la ..tunggu berita CNN pula..

      Delete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...