Sunday, July 5, 2015

JANGAN SERET RAKYAT DALAM ISU PERIBADI...

Pergeseran peribadi Tun Dr Mahathir dan DS Najib kini sudah sampai ke puncak atas sebab sebab yang mereka sendiri tahu.

Walaupun ia masih di sekitar kepentingan parti dan negara tetapi kedegilan masing-masing akan meranapkan negara.

Justifikasi sudah diberi kenapa Mahathir perlu menegur dan justifikasi juga Najib telah berikan kenapa dia enggan berundur.

Malangnya Majlis Tertinggi UMNO gagal mencari titik penyelesaian sebaliknya bersikap menyebelahi atau sokong yang membawa rebah.

Masa belum terlewat untuk Majlis Tertinggi menasihatkan Najib selesaikan isu peribadinya di luar dengan bercuti semua jawatan mengikut formaliti lazim apabila ada pertikaian.

Perakuan mesti dijamin Najib akan kembali selepas semua isunya sesuai.

Jika Najib enggan, tindakan drastik perlu di ambil. UMNO akan hancur jika perkara ini dilengahkan atau mengikut citarasa Najib sahaja.

Najib jangan umpama yang dikendong keciciran, yang dikejar tak dapat.

Rakyat mahu isu peribadinya jangan dibawa sampai melibatkan kepentingan negara. Rakyat tidak mahu diseret untuk menyelesaikan kes peribadinya.

Konspirasi, dizalimi atau apa saja slogan yang mahu dicipta, rakyat tidak akan terpedaya.

12 comments:

  1. Meminjam kata kata blogger the flying kick..
    Najib ..ketahian apakah ini?!!!..

    ReplyDelete
  2. Betullah tuh! Pergilah bercuti dan biarkan pehak berwajib jalankan siasatan. Kalau dibawa kes ke mahkamah tunggu selesai pengadilan. Kalau berpehak kepada Najib barulah saman mereka mereka yang terlibat dengan tuduhan. Peganglah semula jawatanya. Sekarang nampaknya Najib sudah mendahului pengadilan dengan ura ura samanya terhadap WSJ.

    ReplyDelete
  3. bila dah pegang kuasa dan semua orang pakat dok angguk2, tunduk2, cium tangan, letak kepala untuk ahjibgor pijak agar kasut ahjibgor tak kotor, susah la nak lepas jawatan. betul2 susah. bukan senang nak dapat. tdm pegang 22 tahun, ahjibgor campur bapanya, tak sampaipun 22 tahun. bapaknya banyak jasa, jasa anaknya, ahjibgor, lebihkan bangsa lain dan jahanamkan parti sendiri.

    ReplyDelete
  4. Walau apa dugaan datang jangan lah sesekali ikut kemahuan peribadi ketua mafia 22 tahun, Hanya untuk kepetingan peribadi keluatga mafia, Sudah sampai masa tolak rule by proxy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemahuan peribadi ketua bapok bapok juga wajar di tolak dan disanggah!!!..6 tahun mentadbir (baca..bini dia) ..berbeliyon hutang dia buat, rakyat di mangsakan dgn gst, minyak naik, tol naik, tambang bas naik..ketua bapok bapok pulak naik jet!!..sudah sampai masa tolak proxy by bapok!!

      Delete
  5. Assalamuaalaikum KD

    Rileks brader bertahun serang Najib akhirnya kecundang.Isu 1mdb berakhir dengan cukup memalukan.Dokumen yg dikatakan diperolehi dari penjawat awam yg masih setia dgn Tun M rupa2nya kena kelentong.Tun M rupa2nya cukup baik dengan CEO Sarawak Report.

    KD tak payah buat lawak la Bila Najib saman dikatakan rakyat tidak menyokong manakala Tun M kalentong bertahun2 dikatakan rakyat bersama-sama. Aku harap engkorang sedar la Tun M takda dokumen la semua diperolehi dari barat yg musuh umat islam. Isu 42 billion lesap kalentong la.Isu malaysia bankrap kalentong gak.

    Cuma Najib nak gunakan undang2 terhadap Tun M itu betul la.Rakyat menyokong Najib melaksanakan perlaksanaan hukuman mengikut undang2.
    Bulan 8 nanti Tun M meringkuk dalam penjara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr...rakyat maner yg menyokong najib bapok tu?..kalo tun m takder dokumen/bukti ngko dgn bapok tu tak paya lar risauuu cai..rakyat yg menilai...tak paya lar citer psl penjara..TSMY pun dia tak berani nak jentik..macai dgn bapok kalo sembang...kencangggg!!

      Delete
    2. Ha ha ha....peminat najib makin hilang akal....semua auta.... kami tak perlu document dari barat untuk tahu yang 1mdb ni bermasaalah besar .......

      Delete
  6. Kesian KD masih mengharapkan MT UMNO bertindak.

    KD aku cadangkan buat permulaan bubar sahaja cawangan UMNO kat kampung engkau.Ada berani?KD kau jawatan tinggi ke kat UMNO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiankan sajer ah jib gor kau tu..tak paya la tggu MT umno bertindak..MT dgn najib sama jer..takder 'telo'..

      Aper tak kau cadangkan ah jib gor yg kau sanjung sangat tu...jadi lar ANAK JANTAN terlebih dulu!!..

      Delete
  7. Salam semua,

    Ada ustad dan lain2 ragu2 kata kenapa x pakai secret account?

    Saya ada beberapa soalan untuk ditanyakan:-

    No.1...ustad percaya ke kalau buka akaun atas nama org lain mahupun keluarga sendiri? Ada kemungkinan tak kalau pakai nama org lain duit boleh lesap? Penat2 buat keje pastu org lain sapu...
    No.2...sykt kewangan mana nak bagi buka akaun "tak bernama" atau atas nama "secret"?
    No.3...adakah tarikh2 pemindahan tu berjarak jauh antara 1 sama lain? Apa jenis bisnes yg buat pemindahan begitu cepat diantara mereka dan kenapa?
    No.4...Kenapa perlu bberapa syarikat untuk pemindahan itu kalau hujung2nya berhenti di 1 akaun? Kenapa tidak terus kpd penerima?
    No.5...Perlu atau tidak mengikut akta BAFIA pemindahan wang sebegini banyak harus di maklumkan kepada pihak berkenaan? Jika ya apa yg pihak berkenaan sudah buat utk pastikan kesahihan transaksi tersebut? Jika tidak kenapa pihak berkenaan mendiamkan diri? Patutkah soalan ini ditanya juga kpd pemilik sykt kewangan berkenaan serta pihak yg ditugaskan memantau keseluruhan sistem kewangan?
    No.6...Adakah kemungkinan pihak yg ingin menyiasat akan mengalami kesukaran kerana banyak syarikat perlu di teliti maklumatnya berbanding dgn hanya 1 sykt (maknanya dari a pembayar terus ke b penerima)? Adakah ini strategi yg baik utk mengelirukan mereka?
    No.7...Kenapa tidak 1 pun pihak terlibat mengeluarkan kenyataan bertulis bersama bukti dalam masa 24jam memandangkan ia melibatkan integriti beliau, institusi kewangan, negara dan seluruh rakyatnya?

    LK

    ReplyDelete
  8. Saya nak tanya sikit....undang2 negara ada perubahan ya?

    Betul ke sebelum ini jika ada laporan, mereka yg dituduh akan ditangkap dulu dan kemudian waktu dalam tahanan mereka akan mencari segala bukti utk di bawa ke mahkamah dan jika bukti tak lengkap pihak dituduh dibebaskan?

    Ada ke perubahan undang2 baru ya?

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...