Tuesday, November 14, 2017

APSAL MAHFUDZ KATA Ketua PEMUDA UMNO KEDAH MAT REMPANG..




Istilah mat rempang kalau di kedah ertinya lebih kurang tiga suku. Tentu dia ada kelayakan sendiri, kena dengar...

Mat rempang ni juga saran MB Kedah letak jawatan Presiden Kedah Football Assocation selepas asyik kena booooo...dengan penyokong bolasepak Kedah acapkali dia turun ke stadium..

Kalau di awalnya kena boooo atas faktor dia merampas jawatan MB dari Mukhriz tetapi kalau boooo........itu masih berterusan hingga ke final Piala Malaysia baru baru ini, sudah tentu malang itu dibawa oleh badannya sendiri..

Politik umno Kedah juga tidak senang, rimas dan dah tak larat mempertahankan imej MB di kaca mata rakyat lebih lebih lagi penyokong Mukhriz sedang menggasak..

Semasa merampas Kedah dari PAS kononmya yang bekerja kuat adalah mad bashah dan mukhriz hanya berpeluk tubuh..kini kenapa mat rempang gelisah..

Apakah sudah ada percaturan calon baru untuk MB Kedah jika mampu menang lagi!!!!
Adalah wajar muka baru ditampilkan dengan imej baru sebelum PRU untuk rakyat yakin kepada umno semula...

Percuma letrik pengunaan RM10 ke bawah seperti yang diwarkan oleh kerajaan negeri sangat menghina rakyat Kedah, serupa tak bagi...Adakah di zaman ini masih ada lagi yang guna letrik RM10 ke bawah?? Langsung tidak realistik...

Baik bajet persekutuan mahupun bajet negeri² di bawah BN semuanya berlumba lumba meniru ala bajet Selangor dan PP, sunguh bangkrap idea mereka ini dalam mengurus kerajaan.

Kerana bolasepak, umno kedah berputih mata..

33 comments:

  1. Salam Bro. OTAK Dia orang dah bengap sebab terlalu.banyak sumbat dedak. Tersumbat semua.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro. OTAK Dia orang dah bengap sebab terlalu.banyak sumbat dedak. Tersumbat semua.

    ReplyDelete
  3. Bengap adalah antara satu tindak-balas akibat pengambilan dedak segala grade...sama ada yang hampas atau yang A9...

    Antara lain side-effects dedak...membuat dungu dungUMNO jadi

    - BANGANG
    - BEBAL
    - BODOH
    - BINGAI
    - BAGHAL
    - BANGSAT

    OK setakat nih dulu penerangan....

    ReplyDelete
  4. Sokong tuan Admin 200 peratus.

    ReplyDelete
  5. Pembangkang di negeri Selangor bertanya kenapa peruntukan kerajaan persekutuan berjumlah RM2.95 bilion kepada negeri Selangor tidak dinyatakan dalam buku Belanjawan Anggaran Selangor dari tahun 2012 hingga 2017.

    Pembangkang memperincikan dengan menyebut Kerajaan Selangor menerima sejumlah RM416,971,395 pada 2012; RM498,033,994 (2013);RM523,486,773 (2014); RM468,774,527 (2015), RM496,900,998 (2016) dan; RM546,591,098 (2017).

    Betul ke?

    ReplyDelete
  6. Ucapan Najib membongkar penipuan macai-macai.

    Dalam kes Pulau Pinang, pakej penstrukturan semula air pada tahun 2010 melibatkan bantuan kepada kerajaan negeri bagi mengurangkan hutang mereka sebanyak RM655 juta, sambil memberi mereka geran tambahan RM1.2 bilion untuk membesarkan lagi empangan. Ini membolehkan Kerajaan Negeri DAP bermegah bahawa kononnya mereka telah mengurangkan hutang negeri mereka sebanyak 95%, padahal ini sebenarnya disebabkan oleh usaha Kerajaan Persekutuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usah kelentong ler....

      - Awal scandal 1MDB lanun-bugis menipu sehabis mungkin 2.6 billion ada masyuk account dia...42 million orang belum tanya lagi waktu itu...

      - Dah kantoi terburai...temberang siang malam pagi petang dari wang 'sedekah' yang hingga sekarang tak nampak batang hidung atau cheque transaction...simple jer...tunjuk bukti perjalanan wang habis cerita...tapi kan kalau dasar temberang memang tak habis air liur lagi....

      - terbaru awal 2017 lanun-bugis menyembur air liur lagi DAP akan Menguasai Kerajaan walaupun PPBM, PKR, AMANAH ada bersama....andai dungUMNO-BN jatuh tergolek dari tampok kuasa...hmmm....

      - selang akhir akhir tahun 2017 minggu lepas depan cinabeng cinabeng MCA lanun-bugis buat kelakar-sumbang DAP tidak akan dapat membentuk kerajaan walaupun Putrajaya ditawan PH sehingga bodoh-bangang sendiri terserlah 'kepala bapak kau' dalam masa 24 saja setelah 'BERLAGAK' baik dan alim yang sebagai lanun-bugis dia tidak akan merendahkan diri dia seburuk itu bermain bicara politik....

      Tipu dan tipu lah lagi selagi boleh tipu hanya untuk menipu sehingga tipu menjadi lali dan tipu tak menjadi kepada orang orang yang tidak rela di tipu kemudian tipu itu memakan diri si lanun-bugis sendiri.....

      ...cukup sampai di sini kepada keldai keldai yang dah kena tipu dengan PBP aka PWER BANK PASIR...uhh....

      Delete
    2. Duit tu bukan kepala bapak persekutuan punya larr...semua orang ada hak pada duit...dah jadi tanggungjawab untuk pulangkan balik tu semua untuk kesejahteraan rakyat..masa kenakan GST kemain sembang sana sini kata nak kembalikan duit kepada faedah rakyat..tp sekarang ni buat macam duit tu kepala bapak dia punya pulak...

      Delete
    3. Isu ape yg macai macai bengap PH ada? Takde ape ape pun.. Macai macai bingai ni akn putar la berbagai bagai cerita tahyul fitnah bla bla bla.. Tp diakhir sketsa merapu tu akn disudahi dgn memfitnah 1mdb.. Perasan tak?

      Macai macai bengap ni dh takde isu yg relevan pun. 1mdb hanya kekal menjadi fitnah dn tuduhan jahat je bertahun tahun tanpa dpt dibuktikn walaupun macai macai sering bergegak gempita dh punyai bukti kukuh. Bukti kukuh celah mana tu? Dh dakwa ke? DOJ yg bersiri tu ape cerita cai? Nk tunggu siri keberapa pulak? Cakap lawa konon.. Macai bengap PH ni sebenarnya bkn ada bukti kukuh pun.. Macai cuma ada auta dn fitnah yg kukuh kt hati dn kepala otak mereka yg dh semakin tak berfungsi pun dlm 2-3 tahun ni sejak isu 1mdb difitnah...

      Ape yg macai ada? Yilek.. Semua cerita macai akn berpusing pusing utk menuju sasaran memfitnah 1mdb.

      Geli hati la bila melihat macai tunjuk bodoh membahalolkn diri dgn ayat "dh ada bukti kukuh" tp sampai la ni yg macai bengap ada cuma cerita auta yg tak pernah laku kt mana mana mahkamah didunia ni pun...

      Delete
    4. Perjanjian Pertukaran Aset-Liabiliti 1MDB Bersama IPIC:

      ASET 1MDB:

      1. Pada 2012 deposit pertama ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD1.400 bilion.
      2. Pada 2012-2014 deposit kedua ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD2.100 bilion.
      3. Unit dana Brazen Sky yang dijamin oleh Aabar Investment PJS (anak syarikat IPIC), USD0.940 bilion.
      4. Unit dana GIL yang dijamin oleh Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD1.560 bilion.

      Liabiliti 1MDB yang dijamin oleh IPIC:

      1. Pada 2012, 1MDB menerbitkan dua bon bernilai USD3.5 bilion.
      2. Faedah ke atas dua bon tersebut yang berjumlah USD1.500 bilion.
      3. Untuk mengimbangkan pertukaran nilai aset dan liabiliti dengan 1MDB, IPIC bersetuju membayar 1MDB USD1.0 bilion pada Jun 2015.

      Pada 11 April 2016, IPIC tiba-tiba menafikan Aabar-BVI adalah anak syarikatnya dan membatalkan perjanjian pertukaran aset-liabiliti dengan 1MDB.

      Pada 12 April 2016, 1MDB membantah kenyataan IPIC dan mengemukakan dokumen yang mengesahkan Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC.

      Pada Jun 2016, IPIC memfailkan tuntutan ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London UK.

      Pada 24 April 2017, IPIC dan 1MDB telah mencapai satu persetujuan untuk satu penyelesaian ke atas kes yang dibicarakan di Mahkamah Timbang Tara.

      Terma-terma penyelesaian:

      1. Berikutan pembatalan perjanjian pertukaran aset-liabiliti dengan 1MDB oleh IPIC, 1MDB perlu memulangkan wang yang telah dibayar oleh IPIC pada Jun 2015 berserta kadar faedahnya sekali sebanyak USD1.2 bilion. Pemulangan wang tersebut dibuat dalam 2 kali pembayaran:

      a. USD0.6 bilion pada 31 Julai 2017 (telah dilangsaikan pada 12 Ogos 2017 dan 31 Ogos 2017),

      b. USD0.6 bilion pada 31 Disember 2017.

      2. Mengadakan perbincangan mengenai deposit USD3.5 bilion yang dimasukkan 1MDB ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC) sepanjang 2012-2014. Perbincangan akan dimulakan pada awal 2018 dan mesti diselesaikankan sebelum atau pada akhir 2020.

      3. Kedua-dua pihak memberi persetujuan untuk menghormati keputusan perbincangan tersebut.

      Pada 2022, deposit USD3.5 bilion dan kadar faedah RM1.5 bilion akan dipulangkan oleh IPIC kepada 1MDB setelah dua bon tersebut mencapai tempoh matang.

      Delete
    5. Menuduh tanpa bukti atau dengan bukti palsu dan rekaan tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Malah ia menjadi satu manifestasi bahawa si penuduh mempunyai agenda jahat atau berada di dalam keadaan yang amat terdesak.

      Saman sivil DoJ yang pertama diumumkan pada 20 Julai 2016 selepas prosiding ke atas 1MDB tamat. Ia diumumkan oleh Loretta, bekas Peguam Negara AS yang ditamatkan perkhidmatannya oleh Presiden Trump pada 20 Jan 2017. Kes saman itu menemui jalan mati dengan berakhirnya perkhidmatan Loretta.

      Saman sivil DoJ yang kedua diumumkan pada 15 Jun 2017 oleh Sandra R. Brown. Dia adalah seorang Pemangku Peguam AS bagi Wilayah Tengah California. Tanda-tanda saman tersebut bakal menemui titik noktahnya seperti yang pertama tanpa membuahkan apa-apa hasil sudah kelihatan jelas; apatah lagi Sandra berkemungkinan besar tidak akan disambung perkhidmatannya selepas 20 Jan 2018 nanti. Saman sivil ini dipercayai dibuat berdasarkan kesimpulan macai-macai sendiri yang PRU-14 akan dilangsungkan pada September 2017 tetapi ternyata ianya tersasar.

      Cubalah lagi macai-macai dengan saman sivil DoJ yang ketiga pula!

      Kini yang memburu sudah menjadi binatang buruan. Jejak wang yang digubah tetap menuding ke arah IPIC yang mengadu kehilangan wang. Tunggu saja hasil siasatan jenayah DoJ yang akan mendedahkan siapa sebenarnya dalang-dalang yang menyamun wang IPIC tetapi cuba menyalahkan Najib dan 1MDB.

      Ini ditambah pula dengan perkembangan-perkembangan mutakhir ini yang memihak kepada Najib. Yang benar dan tenang akhirnya akan menang. InsyaAllah.

      Begitu juga aduan-aduan yang dibuat di beberapa negara lain seperti United Kingdom, Switzerland, Singapura dll ke atas Najib dan 1MDB, satu pun tidak berhasil membuktikan Najib terlibat. Malah sebaliknya ia membuktikan Najib tidak bersalah dan fitnah tersebut hanyalah satu percubaan untuk menjatuhkan beliau.

      Delete
    6. Susah benor berbicara dgn keldai...kalau lanun-bugis difitnah apasal forum Arul di-pegang-telur

      -1MDB tak dibuka ie. Open Q & A

      -Audit FY 1MDB tak selesai selesai selang berapa tahum dah...

      -Audit FY 1MDB dibatalkan sebelum nih...

      -1MDB Audit General Report OSA tapi dah bocor 2 perkara besar...

      1-7 Billion US$ unaccounted for...

      2-Good Star milik Jho Lo cuba di gelapkan hassan carimakan?

      -soalan berkenaan 1MDB di haramkan walaupun di Parliament...

      -tidak bersabit salah TPM TP-UMNO di singkirkan...

      -juga tidak ada tuduhan dan jatuh-
      salah MB Kedah muda di tukarkan kepada yang expired...

      -3 juta ahli dungUMNO terus terusan menyokong membabi buta penyamun penyangak perompak si lanun-bugis nih...

      -Ghani Patail kena cantas...

      -Task Force kena salai...

      Ok ler takat nih dulu jer lawan keldai-kopi-paste mat bangla-oxford...

      Delete
    7. Walaupun difitnah bankrap dan sebagainya, 1MDB telah dan sedang membuktikan sebaliknya yang menggusarkan pakatan pembangkang.

      1. 2016, hutang 1MDB sebanyak RM50.000 bilion berbanding asetnya RM53.000 bilion.

      2. 2017, semua hutang jangka pendek dan hutang bank sudah dilangsaikan. Hutang 1MDB berbaki RM37.220 bilion iaitu:

      a. Pemulangan wang IPIC sebanyak RM2.520 bilion pada 31 Disember 2017, dan

      b. 4 hutang jangka panjang yang perlu dibayar pada 2022, 2023, 2024 dan 2039. Kesemua hutang-hutang ini telah dipadankan dengan aset-aset 1MDB yang bernilai tinggi dengan lebihan tunai RM3.000 bilion.

      3. 2017-2024, dengan perkembangan terbaru di mana ada syarikat yang tersenarai dalam ‘Global Fortune 500 companies’ yang berminat untuk menjadi rakan kongsi 1MDB dalam pembangunan Bandar Malaysia dengan nilai dana sebanyak RM44.100 bilion; jika persetujuan dicapai, 1MDB boleh melangsaikan kesemua hutang jangka panjangnya lebih awal dan akan mempunyai lebihan tunai yang lebih banyak iaitu RM9.880 bilion ditambah lagi dengan aset-asetnya yang bernilai tinggi.

      4. 2022, deposit USD3.5 bilion dan kadar faedah RM1.5 bilion akan dipulangkan oleh IPIC kepada 1MDB setelah 2 bon yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2012 mencapai tempoh matangnya.

      Delete
    8. Anon 8:03...." KEPALA BAPAK KAU, STUPID....", tuh naijb yang kata ahhh...

      Boleh si lanun-penyangak kata Forest City (FREEHOLD orang cina-CHINA semua beli pun OK) bukan tanah Johor....'reclaim land kata dia...punya ler bodoh tahap lanun-penipu dengan segala keldai keldai ngok nyer...baca maritime laws, International dan local (inconjunction)...tapi kan kalau dah bodoh stupid nak buat macam mana?

      OK bagi sikit jer...kalau pun tanah reclaim atas laut....wilayah tuh Tanah Melayu, didalam wilayah Johor...panjang panjang cerita pun keldai lanun-bugis tak masuk nyer kepala bapak dorang....

      Delete
    9. Najib berjaya mengemudi 1MDB untuk menjana keuntungan untuk negara. Dijangkakan pada 2024 nanti, 1MDB mempunyai dana sebanyak hampir RM30 bilion.

      Orang tua itu walaupun dengan tak tahu dan mudah lupanya berjaya menyebabkan BNM kerugian lebih RM30 bilion dalam forex pada 1994.

      Itu antara perbezaan pemimpin yang bersih, cekap dan amanah dengan tidak.

      Delete
  7. Anon 1201 1203, kerajaan persekutuan mwmpunyai SPRM dan odit negara untuk memantau ketulusan Selangor dan PP.

    Mereka juga menguasai Peguam Negara.

    Rakyat biasa tidak wajar terpengaruh dengan statement politik murahan.

    ReplyDelete
  8. Mahfuz kan Mr Bean, nak buat lawak tapi tapi fakta longkang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aoa yg longkang? Apa yg tiada fakta? Tengok vedio pun tidak?

      Pemalas, kaki mkn dedak mcm tu le, nak buat kerja senang, copy paste,
      Ciiiit

      Delete
  9. Kerajaan negeri p.pinang dan selangor beri bonus tahunan 2-3 bulan, najib beri berapa bulan?

    Bayangkan jika PH memerintah, sudah pasti pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan lebih baik berbanding najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku carut karang kau marah. punya la bengap. kakitangan awam kerajaan2 negeri yg ko sebut tu sampai berjuta ke? memang la mampu nak bagi 2-3 bulan bonus. kakitangan awam persekutuan dah berjuta beb. kalau bagi bonus sampai 2-3 bulan, mau ada jambatan kampung yang tak siap buat nanti. susah2 kau pegi tanya la kat tun mahathir. dia banyak pengalaman dalam bajet2 persekutuan ni. kalau bagi bonus sampai 2-3 bulan pada kakitangan awam, apa implikasinya. harap2 dia dpt jawab la, jangan pulak dia kata "saya tak ingat" sudah....

      peringatan: jangan kau fikir yang dinamakan rakyat malaysia ni bukan semuanya kakitangan awam. kau fikir duit kerajaan ni hanya untuk kakitangan awam? brim ayah kau atau sedara mara kau tu nak transfer kasi ke kakitangan awam ke hape?
      (dah la brim aku tak dpt, lagi mau bakar ka kasi org gomen bonus berganda...)

      Delete
    2. 9.12
      aku pun nak carut kau nanti kau marah..mmg le kakitangan awam malaysia ramai..ini bukan masalah ramai ke sikit.ini masalah ada keupayaan untuk membayar bonus berbulan2..kalau tak ramai tak de duit, tak dapat bayar jugak.

      sejak akhir2 ni kan kerajaan pimpinan raja klep selalu cakap ekonomi negara semakin berkembang. ekonomi malaysia di landasan yang baik. kalau dah ekonomi baik, kasi le bonus banyak2. hargai peranan kakitangan awam. tambah dengan duit kutipan GST lebih kurang 40b

      Sokong pun biar le berpaksi pada realiti. bukan pada kertas. atas kertas semuanya baik. kan? Boleh aku carut kat ko ke?

      Delete
    3. Pembangkang di negeri Selangor bertanya kenapa peruntukan kerajaan persekutuan berjumlah RM2.95 bilion kepada negeri Selangor tidak dinyatakan dalam buku Belanjawan Anggaran Selangor dari tahun 2012 hingga 2017. Sudahkah persoalan ini terjawab?

      Adakah bonus tiga bulan yang berjumlah RM94.650 juta kepada 17,000 penjawat awam di Selangor bersumberkan wang peruntukan ini?

      Delete
    4. Jangan lupa kerajaan negeri juga perlu membayar cukai kepada persekutuan

      Delete
    5. Berapalah sangat yang kerajaan negeri pakatan pembangkang ini bayar kepada kerajaan pusat berbanding berapa banyak yang kerajaan pusat beri kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang?

      Kalau ada bayar, sudah pasti kecoh Adun-Adun dan ahli-ahli Parlimen pembangkang ini di dewan negeri dan dewan rakyat bak ibu ayam yang telor sebiji riuh sekampung.

      Delete
    6. Setiap rakyat dikenakan cukai gst dan cukai pendapatan, dua negeri yg menjana, memberi sumbangan cukai perolehan besar untuk federal adalah p.pinang dan selangor.

      Seterusnya cukai diperolehi oleh federal di samun pula oleh najib dan macai2 umno.

      Untuk menambahkan perisa hasil samun ini, najib beri habuan haram kepada macai seperti macai 2.46.

      Delete
    7. Tidak semua rakyat membayar cukai pendapatan, boleh lihat perangkaan. Jangan nak tipu.

      Selangor dan Pulau Pinang dibangunkan dan dimajukan oleh BN sebelum pembangkang ambil alih. Pembangkang hanya menikmati hasil usaha BN. Lembu punya susu, sapi dapat nama.

      Boleh lihat laporan berapa Pusat bagi dan berapa Negeri bagi. Jangan nak main auta saja.

      Delete
    8. Banyak rakyat mendapat manafaat daripada GST. Antaranya pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, penuntut-penuntut IPT, kakitangan-kakitangan awam seperti guru, jururawat, polis, tentera, bomba dsb.

      Delete
  10. Selangor: 6.29 Juta penduduk, 17000 penjawat 1:370
    Federal: Merangkum 30 Juta penduduk, 3 juta penjawat 1:10.
    1203,
    Siapa yg boros ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg boros adalah federal, setiap negeri dikenakan cukai beratus billion setiap tahun tetapi najib masih mengamalkan sikap boros dan bermewah mewah.

      Delete
    2. Auta terdesak macai-macai pembangkang hendak membela negeri juara penternak Aedes. Boleh rujuk kepada hansard Parlimen untuk tahu berapa jumlah sebenar bayaran tersebut.

      Kemana perginya RM2.95 bilion seperti yang dipersoalkan itu?

      Delete
    3. 251, spring sana soring sini, dah mcm ulat jentik langau.
      Yg betulnya apa yg ko tak puas hati bhai?
      PH bayar bonus byk, ko ckp, ph tk jaga ramai mcm federal. Bilabg nisbah, ko ckp hansard apa la.
      Keep it simple, jhn mess up tge taek in your head.
      Ko akui sj, PH tak boros vs BN kan senang.
      Sebab ada lebihan hasil utus tadbir betul,maka Penjawat dan Rakyat dpt lebih.
      Sebab tiada lebihan hasil utus tadbir terok,maka Penjawat dan Rakyat dpt kurang.

      HAKIKAT INI TAKKAN LA KO PENING?

      Delete
    4. Hakikatnya 3 bulan bonus untuk 17,000 kakitangan hanya berjumlah RM95 juta. Tetapi yang diberi Pusat kepada Negeri RM2,950 juta. Persoalan dibangkitkan kenapa tiada rekod?

      Adakah keuntungan daripada ternakan Aedes?

      Delete
  11. Dlm mesyuarat di Dewan Bahasa pagi tadi.
    Dahlan: Apa itu NGO?
    Mazlan: Non Government Organisation.
    Dahlan: Apa pulak itu NGO Kerajaan?
    Maslan: NGOK.
    Dahlan: NGOK?
    Maslan: Non Goverment Organisation Kerajaan, NON Government but Governnent, hmmm???
    Selepas 8 minit berfikir, Dahlan, Maslan mengarahkan Ketua Pengarah keluar beli sepapan Panadol Active Plus.
    Mesyuarat akan sambong minggu depan. Sebagai Kerajaan prihatin, UMNOBN akan keluar Direct Award PO utk kaji istilah ini, dgn restu PAS.

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...