Tuesday, November 21, 2017

BUNGA² KEBENARAN PERJUANGAN PH MULA DIAKUI UMNO

Perancangan kerajaan memantau dan mengkaji semula harga petrol merupakan sebahagian dari perjuangan PH.

Malah kajian semula harga perol kepada yang lebih berpatutan memang sudah dijanjikan oleh PH dalam tempoh 100 hari jika menjadi kerajaan baru.

Terkesan dengan janji tersebut dan menyedari ia menjejaskan undi BN, kerajaan mula merancang tambahan subsidi.

Malangnya kerajaan hanya berbuat demikian jika paras petrol RM2.50 seliter berterusan 3 bulan..

Dalam ertikata lain paras harga tersebut sudah berada dalam perancangan untuk memeras dan mencekik rakyat sebelum kerajaan jadi prihatin menjelangnya PRU.

Dalam menghadapi kezaliman seperti ini sewajarnya NGO dan Persatuan Pengguna seperti PPIM merancang pemboikotan petrol di kalangan rakyat.

Persatuan pengguna wajar bergabung dengan suara  rakyat bagi menunjukan bantahan dan boikot secara besar²an.

Sudah sampai masanya PPIM membela pengguna dalam scale yang lebih besar.

Sudah tidak syak lagi gabungan parti dalam PH mempunyai perjuangan dan missi yang relevan dan  rapat dengan rakyat.


Tongas

2 comments:

  1. Senjata Umno hanya keris karat.
    Komponen BN parti2 mmg Lahanat.
    Lobai Brahmin PAS penuh khianat.

    SUARA RAKYAT , SUARA KERAMAT
    Penyonglap , Pebgklepet, kita kasi sumbat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila masa parti MahaKUTTY Al-Munafiq peduli nasib Rakyat?

      Delete