Thursday, November 30, 2017

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل ِسيّدنا مُحَمَّد.






BIODATA RASULULLAH S.A.W


🖌 Nama : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

🖌 Tarikh lahir : _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

🖌 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).



 USIA 5 TAHUN

💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.



 USIA 6 TAHUN

💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.



 USIA 8 TAHUN

💓 _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.



 USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.



 USIA 20 TAHUN

💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.



USIA 25 TAHUN

💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



 USIA 35 TAHUN

💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.



 USIA 40 TAHUN

💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.



USIA 53 TAHUN

💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.



USIA 63 TAHUN

💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.



ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚Saudah Binti Zam'ah.
💚Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💚Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💚Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).



ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.💜 Qasim
2.💜Abdullah
3.💜 Ibrahim
4. 💜Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜Ummi Kalthum
7.💜Fatimah Al-Zahra '



ANAK TIRI RASULULLAH SAW

💙Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).



SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

_SAUDARA SUSUAN_
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza



BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia Paling Agung

 KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH

💓Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

💞 Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..

💞Aku melihat cahaya dari lidahnya.

💞 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.

💞 Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

💞Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

💞 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

💞 Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

💞 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

💞 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

💞 Wajahnya seperti bulan purnama.

💞 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

💞Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.

💞 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

💞 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.

💞Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.

💞Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

💞 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

💞Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

💞Janggutnya penuh dan tebal menawan.

💞Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

💞 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

💞Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

💞Rambutnya sedikit ikal.

💞 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

💞 Rambutnya terbelah di tengah.

💞Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.

💞Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.

💞Seimbang antara kedua bahunya.

💞Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.

💞Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

💞Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.

💞 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

💞Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

💞Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.

💞Warna putihnya lebih banyak.

💞Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

💞Warna kulitnya putih tapi sihat.

💞Kulitnya putih lagi bercahaya.

💞 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

💞 Badannya tidak gemuk.

💞Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.

💞 Perutnya tidak buncit.

💞 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.



 KESIMPULANNYA:
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.



Wallahua'alam.

24 comments:

  1. Salam Maulidur-rasul buat semua.

    Mari hayati lirik nasyid berikut yang melintasi 4 zaman. Zaman Nubuwwah, zaman khulafa al-rasyidin, zaman menggigit dan zaman fitnah. In shaa Allah zaman fitnah akan berlalu juga.

    Dengan menggilanya fitnah yang datangnya dari sang pemimpin ke atas rakyat, ia adalah tanda jelas bahawa zaman fitnah telah menghampiri klimaksnya. Saya amat yakin sekali bahawa pada 1 Muharram 1440H, zaman fitnah itu telah pun ditinggalkan dan menjadi sejarah.

    اللهم صلي على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

    Masih basah kenangan indah
    Zaman cemerlang era gemilang
    Ketika Rasul ada di sisi
    Para sahabat mentadbir bumi

    Zaman nubuwwah era khulafa'
    Islam laksana api yang menyala
    Menerangi teman dan juga sahabat
    Bahang panas yang membakar lawan

    Di celah itulah
    Kami mengatur langkah
    Membina sebuah thoifah

    Di sini bara
    Tak pernah padam
    Digenggam kukuh
    Sebuah azam

    Ayuhlah para mujahid
    Ayuhlah para mujahidah
    Kita tinggalkan zaman fitnah
    Agar tertegak kalimah Allah
    Agar terbangun
    Dunia Baru Islam

    Ulasan:-

    Sesungguhnya apabila datang kebenaran maka kebathilan itu pasti akan lenyap. Yakinlah janji Allah dan khabar Rasulullah itu pasti benar-benar akan terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah lama sy x komen di kluangdiamond.

      Delete
  2. Salam Maulidur-Rasul buat semua.


    اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل ِسيّدنا مُحَمَّد.

    Mari renungkan sebuah hadith sahih yang masyhur tetang perkhabaran Nabi tentang peristiwa di akhir zaman. Saya mengatakan ia hadith yg sahih disebabkan saya sendiri bertemu hadith ini di dalam kitab sahih yang ada di dalam simpanan saya.

    حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك

    Terjemahan:

    Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?

    Rasulullah menjawab: Ya.

    Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?

    Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu akan terdapat kekurangan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan itu?

    Rasulullah menjawab : Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan berjalan bukan seperti jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.

    Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?

    Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.

    Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.

    Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah yang berkulit seperti kita dan berlisan seperti lisan kita. (Saya memahaminya sebagai orang yang 'mengaku Islam').

    Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?

    Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

    Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah dan juga tidak ada pemimpin?

    Rasulullah menjawab: Hendaklah kamu memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tetaplah kamu dengan pendirianmu itu sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian".

    Ulasan:-

    Saya melihat hadith ini ada dua bahagian tentang kejadian di hujung zaman fitnah. Bahagian pertama telah pun berlaku. Kini saya menunggu berlakunya bahagian kedua. Apabila ia berlaku tidak syak lagi zaman fitnah telah berada di hujung.

    Sekiranya ia telah berlaku in shaa Allah saya akan kongsikan pengamatan saya.

    Tidak seperti hadith2 mengenai fiqh atau aqidah, hadith2 tentang peristiwa akhir zaman memang tidak boleh diketahui dengan pasti apa dan golongan mana yang dimaksudkan sehinggalah ia benar-benar berlaku.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. KD

      You have initiated an uplifting title... a call for Selawat dan Salam kepada Rasullullah s.a.w

      John Doe

      You have triggered a healthy discussion and educational inputs...semoga kita semua dapat menafaat nya...

      The questions as posed by KD...is/ valid and as much as it is perpetual...why?

      Bro 2:29 has given the general consensus albeit individualistic yet appeal to the mass ie. Melayu Muslim and Islam..., however depressing!

      To consolidate KD's question...

      - the latest case of 'Religious Teacher' in Malaysia (I refuse to refer these people as Ustadz) convicted of abusing his students...

      - if that is not bad enough, those abused were young boys...

      - but, that was local level...I share with you links at the international levels...

      .....http://www.dailymail.co.uk/news/article-3470043/Islamic-studies-tutor-31-raped-pupil-nine-teaching-Koran-jailed-19-years-delayed-abortion-prove-father.html

      .....http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/law-and-order/10707279/Koran-teacher-who-abused-girl-is-spared-jail-to-help-his-family.html

      See sometimes Outsyedthebox's ranting and malay-muslim bashing maybe jolting as much as it is a factual....whether in Malaysia atau di luar negara...

      Sama sama lah kita buat yang terbaik mendidik anak anak kita dahulu sama ada di Malaysia atau di luar negara and with that John Doe has put out some hadith for us to ponder and adhere.

      At a personal level, my take is because the root cause for these deterioration in muslims and malays are the neglect that has happened within the nucleus ie. FAMILY henced, the problem/s at the MICRO level certainly contributed to the larger MACRO dysfunction/s...

      Anyway...terima kasih KD, John Doe and the rest (less the donkeys) for a lively debate...

      Salam dari North America,

      Delete
  4. Melayu Muslim dan Islam

    I woke up early this morning thinking about my race, my muslim brothers and sisters and my religion Islam viz my life approaching 61 years of age. I have travelled within Malaysia and overseas.

    My brief views are as follows:

    1. Melayu clearly dah hilang maruah, dibangsatkan oleh pemimpin melayu sendiri dengan wang ringgit, kuasa dan ditanam semangat tamak haloba. Jelas jalan yang pintas diambil melalui rasuah dan salahguna kuasa. Rasa malu dan rasa bersalah bukan ciri2 yang ada pada bangsa melayu, tak seperti dahulu. Inilah negaraku sebenar

    2. Melayu muslim di negara kita hanya beretorik sepanjang masa. Luaran lebih hebat dari dalaman. Agamawan bukan lagi ustax yang mengajar kita ke jalan Allah tapi mengajar kita jadi pekak, bisu dan buta, berauta, berkepalsuan dan berfantasi. Semua isu kulit dari isi sebenar dan kebenaran. Inilah negaraku yang kononnya meletak islam sebagai agama rasmi persekutuan. Muslim yang MENGOTORKAN NAMA ISLAM di negaraku sekarang

    3. Namun Islam agama yang tak pernah berubah....suci sejak dikembangkan oleh nabi muhammad saw. Namun melayu muslims have departed from the true teachings, blaming almost everybody for our own failure.

    Malays and muslims in my country Malaysia live in superficiality and full of hypocrisy.......wallahuaklam


    ReplyDelete
  5. Salam. Perbanyakkan bersalawat keatas Baginda. Allahhumma solliala saidina muhammad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah lama juga sy tidak berkomentar di laman tuan cahaya almajid.
      "orang yg berpegang pada agamanya di akhir zaman seumpama memegang bara api di tgnnya"

      Delete
  6. Siri 1/2

    اللهم صل على سيدنا محمد

    Mohon izin untuk menjawab persoalan bros KD dan anon. Jawapannya ada di dalam hadith sahih berikut.

    عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

    Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan”. (HR Bukhari No: 98) 

    Saya melihat hadith di atas membawa maksud pada zaman fitnah ini orang yang benar layak bergelar ulamak sudah tidak ada. Malah slogan 'kepimpinan Ulamak' juga amat kontra dengan hadith di atas yg menyebut akan sampai zaman di mana ulamak sudah tiada. Yang ada hanyalah orang bodoh yang disangka Ulamak, dan kerana sangkaan ini mereka diangkat menjadi pemimpin (kalimah ruus dalam hadith). Apabila dirujuk silang dengan hadith lain, maka akan difahami bahawa maksud Nabi saw di dalam hadith itu merujuk kepada zaman fitnah iaitulah zaman kita ini. Sebab itulah pada zaman ini kita melihat kekeliruan masyarakat disebabkan menyangka orang bodoh sbg Ulamak dan diterima saja fatwa orang bodoh ini sehingga habis sesat masyarakat.

    Mentafsirkan kelayakan seorang Ulamak selain dari keilmuan adalah juga pada zaman. Pasti ada cut-off datenya. Ini bukan rekaan saya, tetapi diqiaskan kepada tafsiran para ulama dulukala siapakah 'ulamak salaf'.

    Diqiaskan kepada Ulamak salaf yang hanya diiktiraf 300 tahun selepas hijrah berdasarkan hadith 'sebaik2 kurun adalah kurunku dan kemudian selepasnya dan kemudian selepasnya', maka para ahli tafsir dan ahli fiqh mengatakan hanya 300 tahun hijrah sahaja yang layak bergelar 'salaf' dan demikian kontra dengan kaum wahabi yang turut menggelar diri mereka salafi padahal kewujudan mereka di luar zaman salaf. Ambil perhatian bahawa kesemua 4 imam mazhab fiqh dan 2 mazhab aqidah lahir di dalam tempoh 300 tahun ini. Maka kerana itulah para ulamak yang benar-benar ulamak tetapi tidak lahir di zaman salaf ini hanya mengikuti panduan dan usul fiqh dari mereka ini. Tidak ada mazhab baru yang diasaskan mana-mana selepas 300 tahun zaman salaf.

    Pun begitu, kewujudan 'ulamak' masih ada hinggalah ke zaman fitnah.

    ReplyDelete
  7. Siri 2/2.

    اللهم صل على سيدنا محمد

    Sekiranya semua ulamak di zaman khilafah telah mengiktiraf hanya 300 tahun saja layak bergelar 'ulamak salaf' maka di manakah cut off date kewujudan 'ulamak' berdasarkan hadith di atas?

    Pada pandangan saya, iaitu hanya orang-orang yang lahir ketika zaman khilafah masih wujud sahaja yang ilmu mereka melayakkan mereka bergelar Ulamak. Sesiapa yang lahir selepas tamatnya zaman khilafah tidak layak bergelar Ulamak. Paling tinggi pun digelar ilmuan Islam ataupun agamawan. Sehebat mana pun keilmuan seseorang di kaca mata masyarakat pada zaman fitnah ini, ilmunya itu masih belum melayakkan ia bergelar Ulamak. Silap haribulan ia jatuh di dalam kategori hadith di atas iaitu 'orang bodoh yang disangka Ulamak. Keluar fatwa menyesatkan orang ramai termasuk dirinya sendiri'.

    Sekiranya ada Persatuan Ulamak ataupun Dewan Ulamak yang jumlah ahlinya bertambah saban tahun maka itu juga bertentangan dengan hadith di atas. 'Ulamak' sebenar sepatutnya makin berkurangan dan akhirnya habis dan bukannya makin bertambah saban tahun.

    Apakah perkara baru di dalam umat selepas tamatnya zaman khilafah? Iaitulah demokrasi dan parti politik. Dua perkara ini sepatutnya dinilai dari kaca mata ulamak zaman khilafah tetapi hari ini ramai yang 'disangka ulamak' melihatnya seolah2 ia adalah sebahagian dari agama. Masuk parti ditakrifkan sbg masuk Islam, dan bermacam-macam lagilah yang pelik2.

    Ada pula cut off date ini saya letakkan berdasarkan hadith Nabi yang menyebut zaman nubuwwah, zaman khulafa' ar-rasyidin, zaman menggigit, zaman fitnah dan kemudian kembali ke zaman khalifah.

    Zaman menggigit jika dilihat kpd sejarah tiada keraguan lagi ialah zaman di mana khilafah adalah diwarisi dan sebab itu ia disebut 'menggigit' sebab orang luar tiada peluang. 3 keturunan telah memegangnya iaitu Umayyah, Abbasiayah dan Uthmaniyah. Maka apabila tamat zaman ini ketika itulah bermulanya zaman fitnah.

    Bilakah khilafah tamat? Ada dua tarikh di situ pertama ialah apabila empayar Uthmaniyyah tumbang pada tahun 1918 dan kedua apabila kerusi khalifah dimansuhkan pada tahun 1922.

    Di dalam satu hadith yang masyhur Nabi saw bersabda bahawa pada setiap kurun Allah akan mengirim seorang mujadid (orang yang memperbaharui agama).

    Mengambil kira kegilaan dan kekeliruan zaman ini dan hadith yang mengatakan ulamak sudah habis saya mengira satu-satunya mujadid yang diperlukan umat ini bukanlah seorang ulamak, tapi seorang khalifah yang boleh memutuskan saja sesuatu pertikaian.

    Di situlah saya mempunyai keyakinan bahawa zaman fitnah akan tamat pada tahun 2018 disebabkan ia genap 100 tahun daripada empayar Uthmaniyyah tumbang.

    Sekiranya ia tidak berlaku pada 2018 ia pasti berlaku sebelum 2022 sekiranya kejatuhan khilafah diambil kira dari tahun pemansuhan kerusi ini.

    Maka berdasarkan hadith dan penerangan ringkas di atas, saya yakin dan percaya apa yang berlaku hari ini hanyalah semata-mata apa yang telah dikhabarkan Nabi saw lebih 1400 tahun dahulu; orang-orang yang tidak layak disangka sebagai 'ulamak'.

    Itu belum dilihat hadith orang-orang yang memperdayakan kaum Muslimin dengan berpakaian seperti kambing tapi memiliki hati serigala. Kalau dilihat hadith ini ia akan merujuk kepada golongan penjual agama untuk kesenangan dunia disebabkan hanya penyalahgunaan agama saja yang boleh memperdayakan masyarakat Muslim di sebalik pakaian kambing tetapi hati serigala.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  8. Pembetulan,

    Kerusi khalifah dimansuhkan pada tahun 1924 dan bukan 1922. Tetapi kejatuhan empayar Uthmaniyyah memang benar pada tahun 1918. Lebih tepat lagi 31 Oktober 1918.

    Maka kesimpulannya zaman fitnah pasti berakhir di antara 2018 ke 2024.

    Melihat arah klimaks yang sedang berlaku di Malaysia di bawah PM Najib yang jahat, Raja Salman sebagai anak Raja Saud yang terakhir, Erdogan sebagai lambang kesatuan semula bangsa Turki seperti semasa di bawah Uthmaniyyah, maka sesungguhnya zaman fitnah memang sedang menghampiri klimaksnya dan saya lebih cenderung mengambil tarikh kejatuhan empayar iaitu 31.10.1918 sebagai tarikh bermulanya zaman fitnah. Sebab tahun 2017 sudah kelihatan extreme bagi Malaysia, Turki dan Arab Saudi.

    Kalau bacaan saya ini betul, Najib tidak mungkin akan bertahan sebagai PM Malaysia melebihi tarikh 31.10.2018.

    Kalau bacaan saya ini salah sekalipun dan tahun 1924 adalah cut off datenya, Najib yang jahat tetap akan tumbang sebelum 1924. (Kepada Allah saya memohon agar cut off date sebenarnya ialah 31.10.2018 dan bukan 2024 disebabkan kerosakan dibuat Najib sudah hampir tidak tertanggung oleh Malaysia).

    Najib dan macai-macai termasuklah macai A9 boleh berbuat apa saja yang mereka menyangka akan memanjangkan hayat mereka lagi 5 tahun, tapi bacaannya tidak begitu.

    Tak percaya pun tak apa, kerana orang yang tidak percaya lebih mudah untuk di-zaaaas..

    Sama2lah kita nantikan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suatu pagi semasa sy ke pjbt (sblum @ slps pru 13, sy x ingt) sy terpndg muka njib pd surat kbr, tetiba hti sy bercakap dan merenung mukanya, "hanya sepenggal je"...

      Delete
  9. Sinar islam, forum perdana, sambutan maal hijrah, sambutan awal muharam dsbgnya adalah Kulit atau luaran yang coba ditonjolkan oleh agamawan zaman sekarang bawah kerajaan sekarang.
    Realitinya, cakap tak serupa bikin. Jauh dari berealiti, berkebenaran dan sentiasa berauta dalam apa jua bidang.

    Berselawat keatas nabi konon cinta nabi, ajaran nabi diketepikan. Seminar ini seminar itu namun otak dibrainwash satu hala. Tidak boleh dipertikai, dikritik, dipersoal dan declare untuk bangsa dan agama...Inilah hipokrisi of the highest level....

    Nabo bercakap benar tak pernah menipu, tak pernah rompak harta rakyatnya, tak pernah bersubahat membunuh orang lain, mengkayakan isteri dan anak2nya...

    To me politik melatu pembunuh cara umat islam berfikir dan bertindak sehingga fakta jadi auta demi kepentingan kuasa...wallahuaklam

    ReplyDelete
  10. RCI forex sengaja dibentang last minit, tak dapat debat. Adoi sgt predictable jijik.
    Dgn tak sengaja, satu lagi episod berlaku diparlimen. Sekumpulan pasu bunga telah berguling2 dalam dewan. Angin tak ada,aircond ok jer.. Rupa2nya YB2 PASu berguling sebab 355 yg dah booking tajuk, disisih macam tu saja.
    PASu2 yg buta ni, sembang kencang alim, rupa HAARPRAK tahap TAEK.
    PRU nnt tendang semua ,ya tak ya pun PASu berkecuali, ada tak ada sama..isah tanding lagi baik. Islam hapanya sok9ng mungkar? Taek halal?
    Ya Allah, bantulah kami musnahkan puak zalim UMNOBNPASu ni semua. Dan engkau angkatlah bangsa melayu yg masih Slow learner ...Aamin

    ReplyDelete
  11. Cmne le bangsa lain dn ugama lain akan menghormati Islam andainya orang yg mengaku Islam itu sendiri memperlekehkn agamawan dan ulamanya hingga sampai mentafsirkn bahawa tiada satu agamawan dn ulama pun dizaman ini.. Jd dimana lg panduan utk kita dapatkn arahnya andai berada dipersimpangan?? Siapakah anda yg berani menilai dn menanda araskn keupayaan seorang ulama? Adakah anda lebih tinggi taraf ilmunya sehingga berani memperlekehkn agamawan dn ulama..

    Tanpa perlu agama lain memperlekehkn Islam dn menghina para ilmuan Islam pun mwreka telah menang di Malaysia ini bila orang Islam itu sendiri yg memperlekehkn agamanya dan ulamanya sendiri..

    Sepintas cuba berfikir?? Pernah kah kita terdengar org yg beragama selain Islam dibumi Malaysia ini menghina agama mereka, paderi paderi mereka atau para sami sami mereka??? Hanya kita umat yg mengaku Islam dgn nas dn hadith yg berjela jela ini yg rela dan sedar utk "skrew" agama Islam kita dan para ulama kita sendiri..

    Renung renungkan la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la tu . Penjual agama tu cuba utk menghalalkn kesesatannya berjamaah, berpelukkn dan bersatu dgn puak kianat Islam.. Apa ada hal bgnya yg mmg selalu mempermainkn nas dn hadis dgn meletskknnya ditempat mengikut citarasanya sendiri. Sikapnya adalah politik berpuak..bukan utk Islam pun.. Dia gunakn Islam utk niat jahatnya berpolitik. Aku akn selalu dedahkn kebejatannya. Aku janji akn sentiasa dedahknnya. Hingga setiap saat dia akn terus angaukn aku..

      Penjual agama yg boDoe tu ingat semua org boDoe mcm dia. Si boDoe tu ingat taraf dia lebih tinggi hingga sanggup memperlekeh dgn menghina dh takde satu agamawan dn ulama pun dizaman ini. Si boDoe tu nk hasut kita utk percaya kata kata dustanya dr mempercayai agamawan dn ulama.

      Anda boleh lihat dn nilai sendiri siapa yg serigala sebenarnya dlm kawanan kambing..

      Tak payah la nk berjela jela bgtau dgn ape yg si boDoe itu sendiri tak nk turuti. Perangai dn jubah kambing kau semakin ditelanjangkn utk membuktikn keserigalaan kau wahai boDoe..


      Delete
    2. Virgo telah muncul di 11:43 konon untuk menyokong 9:00 dan menjawab tulisan saya.

      Tetapi seperti biasa tulisan Virgo langsung tidak menyangkal. Sama seperti anon 9:00 yang juga tidak menyangkal.

      Cuma beza anon 9:00 dengan Virgo di 11:43 ialah sama juga seperti setiap kali Virgo muncul konon untuk menjawab tulisan saya, tulisannya hanya dipenuhi oleh kata-kata cerca dan nista. Isinya kosong atau kalau ada isi pun ia menampakkan ciri-ciri orang yang derhaka kepada Allah dan Rasul.

      Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, tidak mempercayai hujah dan dalil yang saya bawakan pun tidak apa kerana orang yang engkar lebih mudah untuk di-zaaaas..

      Virgo mengatakan saya telah menghina ulamak apabila mengatakan 'ulamak' yang sebenar sudah tidak wujud lagi di akhir zaman fitnah ini. Lihatlah bagaimana seorang yang jahil lagi sombong lagi engkar cuba menyangkal tetapi hakikatnya ia bukan menyangkal saya tetapi menyangkal hadith sahih yang saya bawakan bahawa akan tiba satu zaman di mana ulamak benar-benar tidak berbaki lagi.

      Kita hanya berbaki kurang dari 10tahun sebelum genapnya 100 tahun tumbangnya khilafah dan di dalam definisi 'bid'iy sinin' (10 tahun dan ke bawah, sila baca tafsir surah Rum) perkara berita Nabi saw ini sudah tentu telah berlaku.

      Malah saya berani mengatakan bahawa tidak satu pun agamawan di akhir zaman ini yang ilmunya boleh menepati definisi 'ulamak' yg sebenar. Sekiranya seorang agamawan itu benar-benar jujur dengan ilmunya ia akan mengakui perkara ini. Ada pula sekiranya ia mahukan gelaran 'ulamak' untuk dirinya sudah tentu ia akan menafikannya kerana kalau tidak bagaimana ia mahu dirinya digelar ulamak.

      Hanya sahaja mereka digelar ulamak secara relatif daripada pandangan orang awam. Hakikatnya keilmuan mereka tidak sampai tahap ulamak sebenar. Siapa di kalangan mereka yang menghafal seluruh AlQuran dan memahami setiap makna kalimah di dalamnya dan i'rab bahasa bagi setiap kalimah itu, menghafal paling kurang 100ribu hadith dengan matan dan sanadnya sekali, mengetahui sebab turun ayat bagi setiap ayat AlQuran dan sebab wurud hadith bagi setiap hadith Nabi? Siapa di akhir zaman ini yang memiliki kesemua ilmu itu? Itu belum dikira lagu ilmu nasikh mansukh dan berbagai cabang yang perlu dimaster sebelum seseorang itu layak bergelar ulamak.

      Virgo bukan saja pernah mencerca Allah, mencerca ayat-ayat hukum, menambah kalam yang tiada pada ayat-ayat Allah yang suci, kini ia mencerca pula khabar yang dibawa baginda Nabi saw tentang peristiwa di akhir zaman. Tidak ada seorang pun ahli A9 yang mempunyai tahap engkar dan durhaka kepada Tuhannya sama seperti Virgo.

      Sebagai orang yang beriman kepada hadith2 baginda Rasulullah saw susah tentu saya akan berkata : ya saya percaya dengan khabar itu dan percaya ia telah pun berlaku.

      Virgo pula telah menyangkal khabar itu sekalipun ia adalah hadith sahih hanya disebabkan khabar itu datang melalui saya. Inilah ciri pembenci kebenaran.

      In shaa Allah 9:00 akan melihat kebenaran dan sempat berpatah balik dari dunia dedak sebelum terlewat iaitu sebelum Najib dan konco-konco tumbang menyembah bumi.

      Ada pula Virgo ia telah punya ketetapannya sendiri. Apakah ketetapan itu? Allah, sampai masanya nanti Virgo dan 9:00 akan sama-sama melihatnya, in shaa Allah.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Sokong john doe 100%! Ulama yg benar benar berjuang atas kebenaran dan membuang kebathilan mungkin kita tidak jumpa lagi, sebaliknya ustaz dan agamawan boleh kita jumpa di kaca tv, di media, internet dan dan pelbagai majlis.

      Semua ustaz dan agamawan hanya tertumpu kepada rating dan popular!

      Rating dan popular adalah kunci kepada kebahagian duniawi dan akhirat ustaz dan agamawan ini.

      Lihat pucuk pimpinan lebai2 PAS memilih jalan lebih singkat dengan menerima imbuhan dan habuan dari najib, kepala bapak kepada penyamun se malaysia.

      Delete
  12. Betul kah tidak ada percanggahan dalam mana2 agama?
    Bukankah sudahpun berlaku pelbagai sect2, dalam semua agama?
    Bukankah sudah nyata terbukti berlaku sehingga berbunuhan,mahupun dikalangan Khalifah2?
    Betulkah umat Islam seharus terus taat tunduk, semacam ternakan didepan mungkar yg nyata?
    Bila saluran musyawarah sudah tertutup,penyampaian tinggal sehala. Maka bukan kah screw itu susah jadi lumrah, malah mungkin wajib?
    Bukankah usul 9.00 sudah memjadi emotional ,religious blackmail agar musyawarah boleh bantutkan pengunaan akal?
    Bukankah Akal juga anugerah yg Allah mahu manusia gunakan?
    Bukankah ada peringatan, akan ada ulamak berbulu kambing?
    Masih hendak wajibkan ketaatan , walaupun palsu penuh kyusuk
    retorik?

    RENUNG2KAN LAH BETUL2 9.00, dan jawap balik. Berilah pencerahan dan bukan gelapkan keadaan.

    ReplyDelete
  13. Ulama tulin tak pekak, bisu dan buta. Mereka bersuara ke atas yang haq dan yang batil. Tiada pilih kasih. Skrg ini diberi pangkat kuada wang ringgit, semua tak beramanah. If u read the speeches by raja nazrin of perak...u wud certainly see the truth of what i say abt today's self proclaimed agamawan.....

    Wallahuaklam

    ReplyDelete
  14. peganglah ingatan Rasullah betul2... HANYA IKUT SATU KUMPULAN, IAITU AL JAMAAH (al-Asy’ariyyun (para pengikut Imam Abu al-Hasan Asy’ari) dan al-Maturidiyyun (para pengikut Imam Abu Manshur al-Maturidi).
    JGN MEMBINASAKAN DIRI DAN TERJERUMUS DENGAN KUMPULAN2 LAIN. JANGAN JUGA MENGIKUT SEBUAH PERTUBUHAN YANG MENGAKU ASWJ, TAPI KEPALANYA PUN TAK BETUL , DUNIAWI2.
    DI TANAH MELAYU, ORANG MELAYU DIBERI PILIHAN OLEH ILUMINATI SAMADA HENDAK PILIH UMNO @ PAS. KEMUDIAN MUNCUL PULA PBBM DLL. BAGI SAYA SELEPAS MENGIKUTI PERKEMBANGAN AKHIR ZAMAN, KE TIGA TIGA KUMPULAN (PARTI INI ATAU LAIN LAIN) TIDAKBOLEH DIPAKAI. KESEMUANYA DICIPTA BAGI MEMECAHKAN BELAHKAN UGAMA DAN BANGSA. JIKA ANDA KAJI BETUL2, SEMUA PARTI POLITIK INI DIBELAKANGNYA ADA MASTER MIND YANG LEBIH BERKUASA DARI RAJA/SULTAN/PM.
    MAKA JALAN SELAMAT YANG SAYA AMBIL, JANGAN MENYOKONG KESEMUANYA KERANA TIDAK MAHU TERLIBAT DENGAN FITNAH AKHIR ZAMAN SEBAB MEREKA BUKAN KUMPULAN YANG "SATU" RASULLAH SEBUT-SEBUTKAN.
    BAWAKLAH HATI DAN DIRI KALIAN DENGAN SEBENAR BENAR DIRI MENGHAMBAKAN KEPADA ALLAH DAN BERSERAHLAH KERANA DIA SEBAIK BAIK PERANCANG.
    Tetapi jika anda masih "memegang dunia", anda akan jadi hambanya dan tidak nampak apa apa yang tersirat lagi tersirat maupun TIPU MUSLIHAT di dalamnya.
    DAN JANGAN PERCAYA KEPADA ORANG POLITIK YANG MENGGELARKAN ORANG TERTENTU SEBAGAI MEREKA ITU ULAMA ATAU ORANG ITU SENDIRI MENGGELAR MEREKA DENGAN PAKAIAN ULAMA. MEREKA INI SEMUA ULAMA PALSU SEBAB ITU BANYAK ULAMA PASLU DAN JAHAT MUNCUL (MEREKA MEMECAHKAN BELAHKAN UMAT DAN PERSATUAN) SEDANGKAN ULAMA YANG DIREDHAI ALLAH, SATU PERSATU TELAH MATI (TANPA KITA MENGENAL MEREKA) KERANA ITU KITA SEMUA BINGUNG "DENGAN ULAMA" DEPAN TV ATAU YOUTUBE DAN SURAT KABAR. MEREKA JUGA SEPERTI KITA, ADALAH MAINAN ATAU BONEKA BAGI MEMPERHIASKAN DUNIA SERBA PALSU INI.

    ReplyDelete
  15. dan solatlah kamu kerana sebab tunduk merendah diri kepada ALLAH, bukan kerana nawaitu syurga sebab syurga dan neraka itu juga makhluk ALLAH. Perbetulkan ini betul2 semasa kita solat dan ajarlah kepada anak kita apa itu maksud solat ini "HANYA SEMATA MATA MENRENDAHKAN DIRI KEPADA ALLAH". Cakap kat anak kita, x lama pun solat, paling lama pun selama 10-15 minit je tapi ingat, jaga nawaitumu....
    Apakah amalan yang ingin dilaksanakan oleh orang yang telah mati tetapi jika ALLAH bagi peluang kita hidup semula?
    Semua orang mati cakap, "wahai tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi supaya aku dapat bersedekah" (SURAH AL MUNAFIQUN:10).

    Kenapa orang mati tu tak cakap, aku nak solat banyak2, nak puasa banyak2, nak naik haji banyak2 dan lain lain
    Jawapannya ada dalam kitab Ziarah ke alam barzakh (Al Imam Jalaluddin As Suyuti).

    1. "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana KEHEBATAN PAHALA SEDEKAH YANG TELAH DILIHATNYA SELEPAS KEMATIANNYA"

    2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

    3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

    4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

    5. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

    6. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

    7. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

    Sebab itu mak bapak kita dulu, suka tanam pokok buah buahan di belakang rumah sebab salah satu cara boleh sedekah kat jiran, kat anak anak dia bila balik kg, dan paling senang nak sedekah kat hewan -hewan. Nak sedekah duit, orang kampung manalah berduit sangat.

    Semoga anda faham maksud saya iaitu solat bukan jaminan masuk syurga, bahkan ada dihumban ke neraka, tetapi solat fardhu hendaklah dilaksanakan semata mata merendah diri mengharapkan KEREDHAAN ALLAH je bukan sebab nak kejar pahala 10000000 ganda.
    ALLAH nak campak kita ke neraka atau syurga, itu urusan Dialah, Dia punya sukalah sapa dia nak kasik.
    Kalau orang itu sedekah sebungkus air tetapi sangat mengenyangkan orang yang sedang dahaga tetapi tak berduit nak beli, mungkin itulah AMALAN yang KECIL pada mata kita (kebanyakan kita buat masa tu tak mengharap apa apa cuma merasa sayu dan kasihan) tetapi pada "pandangan/budi bicara" ALLAH adalah lain daripada pandangan manusia.

    Semoga kawan-kwanku di sini dapat memperhatikannya dengan sebaik2 baik tajam mata hatinya.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...