Wednesday, November 1, 2017

JADI HAMBA DUIT

Akhirnya duit sudah tidak boleh membeli segala galanya, 
Duit tidak dapat menghiburkan hati, 
Duit tidak boleh membeli tidor yang nyenyak, 
Duit tidak boleh mengganti ketenangan.
Duit tidak boleh membeli semua orang,
Duit tidak boleh menjual semua temberang,
Duit tidak dapat membuat semua orang sayang,
Duit tidak dapat meninggi integriti,
Duit tidak dapat meninggi harga diri,
Duit tidak dapat memaksa penghargaan,
Duit tidak dapat memaksa kepercayaan,
Duit tidak dapat memanggil penghormatan,

Akhirnya duit menjerumus kehinaan,
Rezeki bukan semata duit,
Taqwa bukan atas banyak duit,
Berbohong kerana duit,
Menipu kerana duit,
Melanun kerana duit,
Buruk akhlak kerana duit,
Pecah amanah gelap mata tengok duit,
Tamak haloba macam tak pernah tengok duit,
Akhirnya jadi hamba duit.

Mati pun kerana duit.

2 comments:

  1. Salam Bro. HANYA "duit Cina mati' je Najib dan KLEPTROKASI tak nak.

    ReplyDelete
  2. Salah besar ko KD.

    Dgn duit boleh buat film the wolf of wall street
    Dgn duit boleh bli apartment kt amerika.
    Dgn duit boleh beli lukisan mahal2.
    Dgn duit bleh minum2 dgn paris hilton.
    Dgn duit bleh shopping sakan di hawaii disaat negara dilanda musibah banjir besar.
    Dgn duit boleh beli bersiri handbag hermes berkin dan permata.
    Dgn duit boleh beli parti agama.
    Dgn duit boleh jdk kleptokrat yg disanjung.
    Dgn duit boleh tukar anak tiri menjadi putera mahkota.
    Dgn duit boleh tukar cina bukan islam menjadi imam kpd abata.

    Apa lg yg duit xboleh buat?

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...