Google+ Followers

Friday, May 26, 2017

TULIS BUKU DAP BAHAYA, SELESAIKAH MASALAH MELAYU DAN ISLAM (?)

Ramadhan Pertama


Nak tanya sikit,  di mana patriotiknya  negara ini diuruskan oleh umno dengan cara kekal,

pertahankan dan tingkatkan kepentingan Melayu dan Islam.
(Jawab dengan hujah,  bagi fakta sikit.)


Bukan sahaja cara baru,  pendekatan baru tetapi jiwa baru Melayu dan Islam pun tidak kelihatan,  masih ditakok lama,  sekadar mewarisi apa yang sudah dilakukan terdahulu.
(Tak payah sebut le kalau benda tu hanya ditokok tambah dari apa yang pernah dibuat sebelum ini) 

Peluk pak arab walau 7 kali dalam masa sebulan pun  bukan tanda Islamik.. 


Cukup ke riuh rendah RUU355 yang sekadar dapat dibentang menjadi kebanggaan (?) dan cukup ke sekadar tulis buku, DAP Bahaya dapat mempertingkatkan Melayu dan Islam.. 


Setakat tu saja ke (?)
Jangan emo,  cer citer dengan fakta.. 




# Sewajarnya DAP mengambil tindakan undang2 terhadap penulis dan puak2 tertentu.. 
Bagaimana nanti kalaulah seorang cina tulis pula buku BAHAYA UMNO DAN LOBAI? 

Kenapa sesuatu yang menggugat perpaduan dan isu perkauman lagi sensitif seolah sengaja dibenarkan, apa motif? 

Thursday, May 25, 2017

ANDA TANYA #NAJIB JAWAB# ELOK BUAT

Bukan sahaja pada bulan Ramadhan, tetapi setiap bulan,  setiap tahun dan selama hayat dikandung badan kena buat benda baik yang disuruh Allah dan tinggalkan segala kemungkaran. 

Kalau bahasa ayat tersebut di arabkan sikit baru nampak Islamik,  begitulah kita dikelirukan oleh sesetengah pihak sedangkan maksudnya sama.. 

Berbalik kepada keutamaan Ramadhan, tetap tidak dapat menghalang cakap dan politik berterusan malah kemungkinan lebih hebat lagi. 

Antara perkara mengelakan fitnah berterusan terhadap PM tercinta dan kerajaan adalah mengadakan dialog terbuka secara langsung, telus dan santai antara rakyat dengan PM dan Menteri. 


Seharusnya pemimpin pembangkang terutama yang bukan ahli parlimen,  ngo dan individu turut dijemput hadir untuk berdialog dalam keadaan sopan dan terkawal.  Sudah tentu majlis ini perlukan moderator team yang tested dan berpengalaman. 

Ala rosyam nor,  ala mat over,  ala david teoh wajar ditiadakan. 

Jika keberanian dan keterbukaan ini dapat dilaksanakan,  sudah tentu kerajaan dapat menangkis banyak perkara.  Kesilapan dan kelemahan kerajaan memang ujud tetapi berlapang dada lah dengan teguran rakyat selari dengan pemimpin tahu semua,  betul semua sudah berakhir. 

Jika sekadar cakap sehala,  bantai pembangkang,  bantai Tun - rakyat dah bosan. Rakyat nak lihat persembahan dan pendekatan baru. 

Ini cakap hari Junaat. 



Wednesday, May 24, 2017

BUATLAH SIKIT KEJUTAN PADA CALON PM PAKATAN HARAPAN.. NAMA NAMA SEPERTI ANWAR, MAHATHIR DAN MUHYIDDIN SUDAH STEREOTYPE WALAUPUN LEBIH BAIK DARI NAJIB

Apabila Anwar di"sepanduk"kan PM7 di Kongress PKR,  nyata ia hanya strategi dan psikolohi politik untuk memastikan mereka yang suka dan setia pada Anwar terus menyokong  PKR berketuakan Wan Azizah dan Azmin. 

"Anwar" jadi penyejuk kepada yang tidak sebulu sesama mereka atas nama semuanya kroni Anwar. 

Setiap parti tentu ingin mencalonkan pemimpin masing masing bagi menerajui selamatkan negara dan seterusnya memajukan negara dan mensejahterakan rakyat. Banyak halatuju dan polisi negara sekarang perlu diperbetulkan. 

Setiap calon berkelayakan dan perlu dihormati. Tidak ada yang tidak bersetuju tetapi permuafakatan akan menghasilkan yang terbaik. 

Sudah tentu Anwar tidak mungkin PM7 cuma keberangkalian PM8 atau seterusnya. Tun Mahathir tidaklah gagal matematik untuk meng"ia"kan dan dipersenda kemudiannya kalau turut mengangkat sepanduk.

Psikologinya yang tidak menyokong atau tidak suka Anwar akan terus sokong BERSATU kerana pendirian yang berkecuali. 

Jadi,  PM7 masih lagi kosong...  Kekosongan menjadikan parti lawan masih kebingungan untuk menyusun strategi menyerang pemimpin yang dinamakan. 

Kenapa tidak Shafie Apdal dinamakan (?)
Keluar dari tradisi dan kotak pemikiran biasa.. 



LOBAI MINTA MAHATHIR TAUBAT..

Lobai politik dia langgar semacam je untuk mengingatkan pihak lain, angkuh dan sombong, di mana ciri ciri kutbah..  (?)


Please excuse me.


# Besok Jumaat,  aku cadangkan lobai tersebut berehat sekejap dari minda politik,  fokus bagaimana corak dan isi kutbah disampaikan secara indah.


Tuesday, May 23, 2017

PEMBANGKANG BERGOLAK, BERGELORA RIBUT TAUFAN PUN BN TETAP AKAN TUMBANG..



Pemimpin dan parti politik pembangkang mungkin belum ada kata sepakat dalam beberapa perkara tetapi matlamat mereka sama, tewaskan umno di PRU. 
BN bukan sahaja berhadapan dengan pembangkang tetapi berhadapan dengan rakyat yang sudah celik politik,  inilah cabaran sebenar,  lebih lebih lagi majoriti rakyat sudahpun mempunyai pendirian dan keputusan. 

BN mungkin nampak stabil tapi setakat mana pemimpin mereka ada integriti,  dah lama rakyat perhatikan.. 





ISU PM TAK SAMPAI PECAH BELAH

Isu siapa PM dari Pakatan Harapan merupakan subjektif dan seperti yang diketahui umum bilangannya mencukupi dan sesuai kerana kelayakan asas ciri seorang Melayu dan Islam dan lebih baik dari Najib memang ada. 


Ia tidak akan sampai kepada perpecahan kerana masing masing masih pegang kepada prinsip Najib mesti diundurkan dengan cara umno perlu ditewaskan melalui pilihanraya. 

Yang perlu diperhalusi adalah kesepakatan,  konsensus dan diumumkan secara bersama.  Yang lebih perli dititik berat adalah pembahagian kerusi dan strategi tangani 3 penjuru. 

Setiap parti sudah pasti mencalonkan pemimpin masing masing sebagai tanda commitment dan ianya bukan isu atau pelik.  Hatta PAS pun secara logiknya akan mencalonkan Hadi sebagai PM jika dapat menguasai kerajaan yang mahu dibentuk. 

Hatta jika PAS menang besar,  mana mana pihak pun perlu menerima dan menghormati. 

Soal mengadu domba menimbul syak wasangka dengan matlamat pecah belah dan sanggup menyediakan umpan besar memanglah kepakaran di pihak sana yang paniknya bukan alang kepalang. 

Acahan PKR dengan menamakan Anwar sebagai PM7 pun dah menggoncang!!!  Tu sebab spin lum habis habis sampai sekarang.. 

Monday, May 22, 2017

SOKONGAN KEPADA PEMBANGKANG KERANA TUN DAN BERSATU, JANGAN LUPA TU..



Apakah pembangkang mula terfikir bahawa mereka boleh tawan Puterajaya tanpa pengaruh Tun Dr Mahathir melalui BERSATU (?)

Saifuddin Nasution jangan cuba meliwat dan terpengaruh dengan hasutan !!!!!







Sunday, May 21, 2017

SALLEH KERUAK AJAK BERSATU..




Menteri sama lah macam lebai lebai yang ada,  kalau bercakap lembut lidah dari gigi,  pijak semut pun tak mati.. 

Salleh kena bermula dengan menghormati orang tua,  cakap berlapik tunjuk sikit adab berkomunikasi, hormat pemimpin lama yang sudah banyak jasa..

Hakikatnya rakyat bawahan sentiasa bersatu menunggu PRU,  kita lihat nanti siapa yang akan kecohkan,  pecahbelahkan.. 




Nasihatkan tv3, jasa, anuar musa,  blogger bangang,  pendedak dan kutu kutu yang berselerak,  dalam ni pun ada.. 





# bersatu kena bermula dengan pemimpin, buang yang keruh ambik yang jernih,  buang yang selekoh lantik yang bersih.

Saturday, May 20, 2017

UMNO DAN DAP MAKIN TIDAK RELEVAN.

PRU14 sedang dibawa ke arah Melayu Vs Chinese dan Islam vs kafir (?)  Sejauh mana kebenarannya dan apa matlamatnya (?)

Siapa yang bawa (?)

Nasrudin Tantawi ada meniupkan trumpet amaran kononnya ada rampasan kuasa Islam akan berlaku (?) Apabila tidak ada pernyataan atau pembuktian,  amaran tersebut dianggap tin kosong,  sekadar suara politik minta nyawa dan perhatian. 

Ancaman kepada orang Islam berterusan bukan sahaja di Malaysia tetapi satu dunia, bukan sekadar peringatan bermusim dan bermotif tetapi kena berjaga sepanjang masa. Kuasa Islam lebih mudah hilang apabila amanah dan akhlak pemimpin dan penduduk Islam lemah dan runtuh. 

Jika pun PAS lemah, kalah atau lenyap. Itu tidak bererti rampasan kuasa Islam berlaku,  PAS hanya sebuah parti berkepentingan individu sama seperti umno, dap dan sebagainya.. 

Selain dari Nasrudin,  pihak lain yang lemah juga akan memainkan sentimen ugama dan bangsa ini. DAP dan umno adalah dua parti yang mempunyai potensi ke arah ini kerana penyokong mereka lebih bertemakan bangsa dan sentimen ugama diangkat untuk menanam rasa permusuhan. 

Jika berlaku permusuhan dan ketidakharmonian,  susur galur berpotensi datangnya dari kedua dua parti ini. Sangat tidak bertanggungjawab. 

Semakin dekat dengan pilihanraya umum, parti desperate yang sudah dikenalpasti akan mencanang amaran dan ugutan seolah negara ini tidak ada undang2 dan perlembagaan. 

Paling malang, helah pemimpin yang takut hilang kuasa ini ditelan bulat pula oleh penyokongnya,  dua kali bangang. 

Jom kita lawan segala bentuk provokasi kearah ketidakharmonian kaum,  lawan pembohongan,  lawan penipuan dan tolak pemimpin yang korup. 

Orang Melayu akan terjerumus jauh kalau salah pilih pemimpin.  Pemimpin yang korup, akhlak buruk dan tidak amanah akan mudah tunduk kepada kuasa besar dan kuasa wang.  Pemimpin sebeginilah yang mempercepatkan kuasa Melayu dan Islam hilang. 

Friday, May 19, 2017

KELUAR BERSATU



Parti cendawan, dinamakan Parti Harapan Malaysia sekadar untik mengelirukan pengundi dengan Pakatan Harapan akan bergabung dengan PAS,  elok sangat yang keluar BERSATU,  DAP, AMANAH atau PKR join parti baru ini. 

Tidak boleh tidak,  tidak boleh lari Pakatan Dedak Malaysia (PDM) 



Heboh sangat beberapa nama akan keluar dari BERSATU yang dikatakan ada kaitan dengan ketidakpuasan beberapa perkara pengurusan dan sebagainya. 

Kekuatan BERSATU bukanlah atas jumlah keahlian dan kemudiannya banyak pula songel dan kerenah,  adat berparti dan berpersatuan tidak dapat memuaskan kehendak semua pihak.  Lebih penting menjadi ahli adalah untuk menyokong dan bukannya berebut nak jadi pemimpin. 

Jumlah sokongan kepada BERSATU sebenarnya lebih banyak dari yang menjadi ahli. Bagi yang nak keluar parti,  sudah tentu di alu alukan, penyokong BERSATU memang cukup meluat jenis orang (AHLI)  macam ni,  tak perlulah bagi seribu alasan,  tak perlu tegak benang yang sudah basah kuyup, sila berambus. 

# Sokongan kepada BERSATU bukan untuk kepentingan Mahathir, Muhyiddin,  Mukhriz tetapi untuk menghentikan salahguna kuasa umno. 

Menewaskan umno di PRU bukan atas kekuatan BERSATU sahaja,  bukan atas satu parti tetapi secara berkumpulan.  Itu sebab pintu masih terbuka untuk PAS berfikir secara rasional bekerjasama dengan Pakatan Harapan atauana mana parti yang difikirkan sesuai. 

Jika PAS boleh kalahkan umno dalam tiga penjuru atau PAS boleh kalahkan umno satu lawan satu, memang Pakatan Harapan sudah tidak diperlukan. 

Congaknya PAS tak mampu menang dalam tiga penjuru atau dua penjuru.  PAS masih memerlukan sokongan Pakatan Harapan dan begitulah sebaliknya. 
Apa salahnya PAS hanya bertanding di 40 kerusi yang selamat menentang umno dengan sokongan Pakatan Harapan dan penyokong PAS pula memberi solongan kepada Pakatan Harapan pada baki kerusi yang lain. Win win situation. 

Lainlah kalau PAS nak bersama UMNO menentang Pakatan,  pertandingan dua penjuru,  itu lebih logik dan dihormati. 

Terpulang kepada PAS samada untuk menjadi penghalang,  pengkhianat atau penyelamat Rakyat dan negara. 
Mereka yang keluar BERSATU juga berada pada status yang sama. 




# aku bercakap atas kapasiti peribadi aku sebagai penyokong. 


Wednesday, May 17, 2017

MAT OVER YANG OVER.... RAMAI YANG MELENTING NI

Insiden Mat Over menampar David Teoh adalah sesuatu yang lebih over berbanding dengan David yang over. 

Dalam majlis yang santai PM dan Pegawai Keselamatannya lebih bersedia dengan pelbagai ragam audien. 
PM sebagai politician yang matang, provokasi David Teoh sangat ringan. 
Lebih cantik jika PM dapat handle kegelojohan David.

Tindakan Mat Over menafikan sikap marhaen PM berdepan dengan rakyatnya sendiri,  kalau nak ketat protokol,  buat aecara formal,  bukan santai. 

Who is mat over yang over??? 

Rosyam Nor bukan moderator yang sesuai dan berpengalaman untuk mengendalikan majlis yang berbau politik,  provokasi dan propa.

Banyak lagi majlis yang lebih panas seperti yang dianjurkan Sinar Harian dapat dikendalikan dengan baik oleh moderator yang berpengetahuan dan pengalaman. 

Demi mengaut publisiti dengan menggunakan public figure, memang majlis itu mendapat perhatian dalam istilah dicemari keganasan.  


# oh ye,  kalau nak dipolitikan,  boleh juga.. Dah ramai tularkan, dikaitkan bangsa dan parti yang dilemparkan kepada David,  berbaloikah.. 

Belum cukup Islam kah aku kalau tak sokong PAS

Belum cukup melayu kah aku kalau tak sokong umno..




Tuesday, May 16, 2017

PAS KELUAR TUN MASUK

PAS terlebih dahulu dan awal keluar dari Pakatan Rakyat sebelum pun BERSATU ujud,  itu satu fakta. 

Dengan itu Pakatan Rakyat dibubarkan atas perselisihan pendapat PAS dan DAP yang akhirnya dilihat merugikan DAP.

Bagi penyokong yang sudah lama mahu PAS keluar dari PR mengharapkan PAS bersendirian dan menjadi alternatif kepada umno secara total,  kekuatan sendiri pada masa dan alasan yang terbaik. 

Malangnya corak kepimpinan selepas kematian Nik Aziz,  Hadi Awang telah memimpin PAS kepada "terhutang budi" dan mesra umno hingga kini. 

Bagi yang menolak umno dan tidak mahu bersekongkol dengan pembangkang, perubahan PAS sangat memgecewakan.. 

Apabila BERSATU ditubuhkan dan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, ramai penyokong tadi dan sealirannya menyokong BERSATU walaupun bekerjasama dengan DAP kerana dilihat kepimpinan BERSATU bukanlah jenis tunduk atau mudah diperdayakan DAP. 

Apabila membicarakan keberuntungan politik, kelebihannya adalah pada Pakatan Harapan kerana suntikan BERSATU menjadikan DAP lebih sedar akan realiti politik semasa. 

Dengan dakwaan rasuah ke atas lim guan eng menjadikan DAP terikat pada mati atau hidup perlu menang pilihanraya bersama Pakatan Harapan. 

Majoriti pengundi telahpun lama membuat keputusan tentang parti mana yang akan mereka pilih dan cukup sedikit yang akan merubah fikiran. 

Strategi terakhir kedua dua pihak lebih disasarkan kepada saki baki yang masih belum buat keputusan. 

Tsunami cina telah terjadi di PRU13, mengharapkan tsunami Melayu di PRU14. 

Sambutan hebat ke atas Tun di Jitra semalam tentu sahaja bukan khabar baik buat pas dan umno. 

3 PENJURU SEKADAR KE ARAH KERAJAAN CAMPURAN

Tidak ada satu pihak pun berani meramal dengan tepat hasil keputusan dalam setiap pertandingan 3 penjuru melibatkan Pakatan + pas + umno/bn.

Keluhan rakyat adalah majoriti berpihak kepada pembangkang tetapi bukan semuanya pengundi, tidak boleh mempengaruhi keputusan.

Sikap rakyat yang sekarang pintar dan menerima apa jua pemberian kerajaan tetapi tidak mengundi parti pemerintah merupakan satu lagi fenomena yang memeningkan umno. 

PAS mungkin mempunyai penyokong yang tegar tetapi ianya dibayangi AMANAH yang masih berdamping rapat dengan akar umbi pas. Untuk mempengaruhi dan mendapat undi dari kalangan bukan ahli,  pas bergantung kepada calon di kawasan tersebut tetapi bukan melayu,  majoriti besar menolak pas. 

3 penjuru sangat terbuka untuk semua parti,  ia menjadi isu dan kebimbangan besar buat Pakatan,  macam satu kelegaan buat umno dan sekadar bermegah megah untuk PAS. 

Dengan segala teknik dan kemudahan,  umno sukar ditewaskan. 
Dengan sentuhan Mahathir,  pembangkang ada harapan besar peningkatan.. 
Dengan bersendirian, PAS bermain dengan lubang kuburnya sendiri.. Atau jadimangsa serigala. 

Keberuntungan PAS,  dia boleh menyertai Pakatan atau umno untuk membentuk kerajaan pusat selwpas PRU14 dan mendapat habuan setimpal. 

Bukan satu yang mustahil,  Hadi Awang mampu menjadi PM dalam kedudukan sempua terbaik walau berada di pihak mana sekalipun. 


PAS KENA BELAJAR DENGAN PKR


PKR arah semua lantikan politik oleh kerajaan Negeri di Kelantan melepaskan jawatan masing-masing.

Mungkin lantikannya kecil dan tidak seberapa tetapi cukup untuk menghormati keputusan MSU.

Ketika Hadi ibaratkan Pakatan Harapan dan umno sebagai biawak,  Hadi kena periksa sendiri kepimpinan  lidahnya juga,  kot kot bercabang..

Monday, May 15, 2017

HARAM MENGUNDI MEREKA YANG MENGHINA ISLAM - PERKASA



# aku setuju sangat..  Tidak kira apa parti
Termasuk juga yang memperalat Islam untuk survival politik.. 
Termasuk yang tidak amanah.. Samada SPRM cekup ataupun tidak.. 

Sunday, May 14, 2017

PAS MAMPU MENANG LEBIH KERUSI DENGAN BANTUAN UMNO

Sejak najib istiharkan masa bertahan sudah berakhir, masa menyerang balas perlu bermula ke atas pembangkang.. Ada nampak! 

Apa perasan ke serangan? 
Kalau di tv3 semalam,  aku terkemalangan menonton,  serangan kepada Tun memang masih diteruskan.. 
Jika sampai ke hari ini pun,  serangan masih berterusan,  apakah serangan sebelum ini belum cukup,  atau belum cukup berkesan? 

Ikhlas kah penyampai dan wartawan berita itu memburuk burukan Mahathir,  alau lain dibibir lain dihati.. 

Serang pembangkang?  Apa isu nak serang?  Pembangkang punya isu 10, sendiri punya isu 100 !!!

Apa yang lebih ketara bukan serangan tetapi pengumuman demi pengumuman tentang projek pembangunan yang bagus bagus belaka !!!

Itulah tindakan yang kerajaan terpaksa dan terfikir untuk lakukan apabila negara mempunyai pembangkang berkesan yang selalu ingatkan kerajaan untuk faedah rakyat. 
Kerajaan dan pembangkang memainkan peranan yang sama penting untuk rakyat dan negara. 

Cuma tinggal lagi isu skandal kelepek duit rakyat belum terjawab sepenuhnya dan dikaitkan dengan kos saraan hidup yang tinggi, kos pendidikan yang tinggi,  kekurangan pekerjaan yang sesuai dan isu keselamatan,  pendatang asing. 

Semua gambaran indah dari mulut kerajaan sekarang sebahagiannya untuk pancing undi pilihanraya, pergerakan politik kerjasama umno pas juga memberi kesan yang baik kepada Barisan Nasional. 

Siapa yang paling besar buat silap adalah isu utama modal pilihanraya memandangkan semua parti pembangkang dan kerajaan belum bersedia sepenuhnya. 
Masih ada lagi kerja kerja SPR yang belum sempurna dan umno sendiri belum menubuhkan bilik gerakan pilihanraya setiap cawangan. 

Kerjasama umno pas jika terbentuk dengan baik seluruh negara.. Akan berakhirlah kisah dan sejarah BERSATU,  PKR dan AMANAH, berkubur. 

Saturday, May 13, 2017

POLITIK MATANG PAS DIPERSENDA..

Sikap umno Selangor tidak selari dengan Ku Nan dan Najib yang mengalu ngalukan persefahaman dengan PAS.
Tidak mungkin juga sikap ini tanpa restu Presiden..
Atau sekadar umno Selangor gelojoh untuk melihat kerajaan negeri bergolak..






Belum sempat bernafas, Azmin pula bertindak...  






Friday, May 12, 2017

PAS TELAH BERJAYA TARBIYAHKAN UMNO

Islam itu amalan dan taqwa.. 
Milik siapa? 
Setiap orang yang beriman.. 
Beriman itu apa.. 
Ikut perintah dan jauhi larangan Allah.. 

Fasik (?)




Berkawan dengan PAS tak sampai setahun,  umno telah  tingkatkan dirinya setaraf dengan pas.  Umno juga tidak lokek mencurahkan segala ilmu yang mereka ada kepada pas terutama dalam soal ekonomi. 
Mungkinkah selepas ini umno akan ada MSUU selari dengan MSUP. 

Kejayaan PAS tarbiyahkan umno dan umno sekolahkan PAS harus diterjemahkan dalam pilihanraya.  Sewajarnya mereka berganding bahu,  tidak berlawan sesama sendiri,  label melabel,  tuduh menuduh.  
Pemimpin PAS dan umno kena tunjuk akhlak orang Islam bukan sekadar kata kata. 

Menjadi tanggungjawab PAS dan umno untuk memadamkan tanggapan dunia bahawa Malaysia adalah kerajaan kelepektasi, sekaligus dapat menutup mulut pembangkang. 



Wednesday, May 10, 2017

AKHIRNYA CALON PM DARI PAKATAN DIDEDAHKAN..






Zaid ibrahim kata,  Mahathir masih layak sebagai PM kalau dia mahu.. 

Saifuddin Nasution sahkan lagi bahawa calon PM dari Pakatan akan lebih baik dari Najib...
Pengakuan ini cukup melegakan dan sewajarnya yang mempertikaikanya sebelum ini turut berpuashati... 
Bukankah negara memerlukan PM yang lebih bestari.. Takkan ada pula yang tak setuju..


# Tanpa mahu menyebut nama,  aku rasa tidak kurang 10 nama pemimpin dari Pembangkang yang layak sebagai calon PM dan yang penting mereka lebih baik dari Najib.. 
Tidak perlu ditonjolkan apa kelebihan mereka tetapi track rekod kesemua mereka ini tidak bijak kelepek duit rakyat.. 

# Kalau aku diminta beri cadangan calon PM,  tentulah aku pilih Rafizi. 


Monday, May 8, 2017

SUSAH SANGAT KE NAK URUS KERAJAAN PUSAT




Pulau Pinang dan Selangor diurus oleh kerajaan negeri pembangkang jauh lebih baik dari semua negeri di Malaysia,  itu juga membawa maksud bukanlah sukar memguruskan kerajaan pusat. 

Dengan adanya tambahan individu seperti Tun Dr Mahathir,  Muhyiddin,  Anwsr,  Mukhriz di pihak pembangkang,  pemnentukan ketajaan pusat akan jauh lebih baik dari sekarang. 

Piliham kepada BN,  berundur atau akan dikalahkan.. 




Sunday, May 7, 2017

ZAHID KERJA KERAS

Adalah tidak wajar mengikut rentak sesetengah pendedak yang mencuba ratusan kali melagakan antara Mukhriz dengan Muhyiddin,  Mahathir dengan lim kit siang, Azmin dengan Rafizi dan lain lain walaupun tiada isu kecuali di spin dan dibelit untuk menggambarkan kononnya ada krisis. 

Tujuannya bagi menggugat kesefahaman dalam parti dan antara komponen dengan komponen dalam Pakatan. 

Adam Rosli yang dicutikan oleh partinya kini sedang diambil tindakan undang undang dibimbangi akan terjerat dengan permainan politik pihak ketiga untuk diperasugut dan dipergunakan bagi memastikan Rafizi Ramli diserang dari dalam sekalugus cuba mengheret beberapa pemimpin lain seperti Azmin dan Nurul serta merosakan seluruh perpaduan Keadilan. 

Adam Rosly mungkin sudah dihasut atau diberi maklumat yang salah bahawa Rafizi adalah punca dirinya disiasat, hakikatnya dia ditegur kerana tidak mengistiharkan harta. 

Rafizi pula telah tampil membela dirinya diikuti dengan kenyataan keras oleh beberapa pemimpin PKR terhadap Adam. 

ISU DIANGGAP SELESAI.. 
Cubaan pendedak memporak perandakan Pakatan Harapan dianggap gagal lagi...







Pendedak sepatutnya memberi fokus kepada ummo itu sendiri yang makin ditolak rakyat hari demi hari,  kena cari puncanya.. 

Zahid sekali lagi pada 7hb Mei 2017 mengulangi lafaz kesetiaan dan tanggungjawabnya kepada Najib...

Sudah berapa kali dan lewat kebelakangan ini kekerapan Zahid membuat perakuan yang sama telah mengundang spekulasi politik bahawa kedudukan Zahid sangat tidak selamat. Tersilap langkah atau tidak,  dia mampu digugurkan.. 

Keberangkalian zahid hanya mahu memadam sebarang persaolan kesetiaannya kepada najib.. 
Keberangkalian zahid rasa tergugat atau ada angin dia bakal digugurkan.. 
Atau keberangkalian dia memberi ingatan keras bahawa kesetiaanya wajar dihargai.. 

Tidak mahu menokok tambah, kita cuma perlu perhatikan kenapa angin tiada ribut tiada,  pokok bergoyang kuat... 


Saturday, May 6, 2017

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

video



Former President Barack Obama returns as an ordinary citizen his wife sent him to the market to buy some groceries for the house and some books. He stands in the row to pay the cashier. No richness and no corruption cases!

DIMALAYSIA PUN DAH ADA

TERPAKSA PERCAYA











Sedar tentang umno yang dilabel selari dengan rasuah,  tekad ku nan disambut baik.  

Jika BN dipilih semula sudah tentu muka tembok,  muka pecah rumah,  lanun dan segala muka puaka akan tiada,  tidak pasti berapa peratus calon lama akan kekal selepas disaring. 

Bagaimana dengan Tukang Saring (?)


Friday, May 5, 2017

ZAHID RUJUK SIAPA

Rasuah dan salahgunakuasa wajar diambilkira sebagai menggandaikan ugama demi kelansungan politik sesetengah pemimpin yang seolah terlupa haram halal. 

Tahu kebenaran tetapi bersubahat atau menyembunyikan maksiat dan penyelewengan juga satu gadaian ugama demi jawatan. 

Integriti mesti selari antara cakap dan bikin. Tauladan dan contoh yang baik. 



NIK AMAR TERSILAP - NAJIB TAK TAKUT PUN DENGAN BERSATU




BN MEROYAN DAP PKR AMANAH BERSATU AKAN ADA SATU LOGO DAN SATU NAMA UNTUK PRU




umno sudah dua kali PRU hilang 2/3 majoriti dan era najib paling teruk tetapi masih cakap besar. 

Nyawa umno kini betul betul bergantung kepada sikap PAS. 

Kalau Zahid pula buat hal,  lagi cepat umno kaput



Thursday, May 4, 2017

SAMAN KALAU RAFIZI KAKI BOHONG

Ini dah betul,  kita puji.. 
Yang lain,  diam... Kenapa? 



Tetapi ketika pihak lain membuat report polis,  siasatan akan menentukan,  polis pun belum dakwa,  kenapa pula pihak lain tumpang meroyan.. ????????
Masukan ke neraka... 
Ajaran sesat ni... 
Lagi teruk dari Rafizi.. 

Apa puak ni fikir Malaikat Malik boleh dibeli oleh boss mereka.. 

MUKTAMAR YANG GAGAL MENGGUGAT PEMBANGKANG


Pecacai tentunya tidak sabar untuk melihat kekechohan kerajaan Azmin selepas PAP tetapi nyata ia tidak berlaku. 

Pemimpin pembangkang juga bersahaja tanpa menunjukkan kebimbangan. 




Seperti yang diduga dan diyakini penyokong pembangkang,  jika PAS turut serta,  BN pasti mudah ditumbangkan dan beberapa negeri akan difaraid untuk ditadbir antara sesama parti. 
Jika MSU membuat kesilapan berganda meluluskan putus hubungan dengan PKR dan BERSATU. 
Untuk menang,  PAS tiada pilihan,  kena bekerjasama dengan umno dan berdepan dengan satu lagi proses perundingan yang memeritkan. 

Jika pertandingan tiga penjuru berlaku,  PAS akan dikenang SEJARAH MALAYSIA MODEN  sebagai parti yang sanggup diperalatkan oleh musuh tradisinya,  umno. 

Sungguh malang dan kasihan! 

Tuesday, May 2, 2017

TERIMA KASIH INI SAHAJA KAH (?)




Bantuan kerajaan melalui pertolongan umno kepada PAS Hadi samada parti atau peribadi sudah tentu bukan sekadar Pembentangan RUU355, Hadi patut sentuh banyak perkara lagi dan banyak lagi terima kasih.

Kena dedahkan banyak lagi kerjasama yang telah dibuat dan yang akan dibuat,  samada yang gelap atau cerah,  samada antara empat mata atau banyak mata, dalam atau di luar negara... .. Bukankah semua itu untuk kesejahteraan Melayu dan Islam.


NOW PAS NOT FOR ALL

Perhimpunan Agung PAS (PAP)  di Kedah baru baru ini apa resolusinya untuk rakyat Malaysia (?) Apakah sekadar kepentingan politik suku sakat dan kroni sahaja tanpa satu agenda nasional (?)


Apakah puak lebai di Kelantan sudah boleh terima GST tidak lagi zalim (?) rakyat miskin  Kelantan suci hati menerimanya,  harga barang sudah turun,  peluang pekerjaan meningkat (?) atau mungkin yang lebih utama didahulukan adalah kemenangan lebai lebai kelantan sebagai Naib Presiden dan Majlis Tertinggi PAS.
Kemenangan itu menjadikan kadar jenayah di Kelantan menurun (?) dan Kelantan terkeluar dari senarai negeri termiskin (?)

Tidak ada cadangan Pembaikan Sekolah Tahfiz,  Tidak ada gesaan Salah Guna Kuasa, Tidak ada tentangan Rasuah dan klepektasi..

Apakah memutuskan siratulrahim dengan PKR dan BERSATU satu kejayaan..
Apakah ribut taufan dan laungan jahanam kepada parti Islam juga satu kejayaan..
Apakah kerjasama dengan umno sahaja merupakan kini jalan ke syurga..
Tak rindu lagi kah Hadi untuk peluk cium dengan khalifah Abdul Aziz Pulau Pinang (?)




# Tidak ada satu parti pun boleh terima PAS dengan sepenuh kepercayaan merujuk kepada tingkah laku dan sikap mereka sebelum ini.

PAS juga diterima sementara oleh umno untuk memastikan BN menang pihanraya.
PAS dipergunakan oleh semua komponen BN semata mata untuk dapat undi orang Melayu.

MCA dan MIC pun hanya setuju RUU355 sekadar dan setakat PEMBENTANGAN sahaja.. Drama budak sekolah.




Monday, May 1, 2017

ERA SEKARANG LEBIH BANYAK BAHAGIA DARI DERITA..

Dulu zaman Jepun,  nak makan ada dua menu sahaja..
1) makan ubi kayu..
2) makan penampar Jepun..

Sekarang ni mewah sangat,  patut bersyukur..



TAK SALAH APA YANG ANDA FIKIR UNTUK DIRI SENDIRI TETAPI JANGAN PAKSA ORANG LAIN.. PANDAI ATAU BANGANG, SENDIRI SENDIRI SAHAJA..

Apa agaknya akan terjadi kepada orang Melayu tanpa umno najib (?)

Apa agaknya akan terjadi kepada orang Islam tanpa PAS hadi (?)

Kena cakap secara ikhlas supaya parti ini tahu keadaan sebenar (?)