Ramai orang sudah terlupa bahawa kejayaan Malaysia sebuah negara majmuk banyak bergantung kepada sejauh mana perpaduan itu ujud di kalangan rakyat. Perpaduan akan lebih stabil jika digandingi dengan sosio ekonomi yang adil dan jurang kemiskinan yang tidak ketara. Itu adalah tulang belakang negara yang perlu dijaga oleh sesiapa sahaja yang mahu memerintah negara. Apakah situasi perpaduan hari ini di Malaysia jauh lebih baik dari perpaduan di era 1980-2000?
Hari ini ramai yang melihat harga barang sebagai faktor utama untuk menilai kebaikan sebuah negara. Pagi petang siang dan malam mereka momokan rasuah dan ketirisan negara tetapi dalam masa yang sama mereka menggoncang perpaduan dengan unsur perkauman dan keugamaan. Mereka menggugat perlembagaan negara semata mata atas ketamakan dan rakus tanpa mengambilkira sosio ekonomi yang seimbang dan perpaduan sebagai senjata utama kesejahteraan Malaysia. Mereka anggap apabila kuasa ada di tangan, perpaduan dapat dibina semula dengan sekelip mata sedangkan niat mereka lebih kepada ketamakan fizikal dan kuasa.
The Sarawak DAP has called on the police to issue immediately permits to allow the people of the state to hold street demonstrations to force long-serving Chief Minister Abdul Taib Mahmud to step down.
“They have their constitutional right to stage peaceful street demonstrations and the police should not stop them,” Sarawak DAP secretary Chong Chieng Jen said yesterday.
Peaceful street demonstrations should be allowed, he said, adding that DAP would consider joining the protesters if the police issued the permits allowing the people to assemble in the streets.
“We fully support the plans of the Movement for Change, Sarawak (MoCS) to hold peaceful street demonstrations to force Taib to step down,” the Bandar Kuching MP said.ADAKAH INI DAP YANG AKAN MENJADI HARAPAN NEGARA?? TAIB DIPILIH OLEH DEMOKRASI MELALUI PILIHANRAYA..APA HAL NAK DEMO MINTA LETAK JAWATAN??? INI AGAKNYA KEBANGGAN SESETENGAH PENULIS TUA AHLI UMNO SUKA?? TINDAKAN SEBEGINI BOLEH MENJAMIN HARGA BARANG TURUN KE??? - if you pay peanuts then you get monkeys
Kepercayaan bahawa penukaran parti yang memerintah atau penukaran pucuk pimpinan UMNO secara total mampu merubah negara kepada suatu tahap yang lebih baik dari sekarang sedang dimainkan dengan rancak oleh pembangkang termasuk beberapa blogger tua. Inspirasi sesetengah blogger tua ahli UMNO a bahawa mereka lebih sanggup untuk membaiki UMNO selepas UMNO menjadi pembangkang kelak sangat ironis dan melucukan.
Ketika hari ini mereka tiada toleransi kepada kepimpinan yang ada, yang mengkritik keras sekarang, yang begitu yakin pembangkang lebih berkeupayaan secara hipokrik mengaku pula akan menyokong parti selepas parti jatuh adalah sebenarnya permainan halus yang termakan dakyah dan sogokan janji pembangkang. Mereka ini adalah ahli UMNO yang kecewa dan diketepikan secara semulajadi dan tidak lagi mendapat tempat di dalam UMNO sedangkan mereka rasa mereka jauh lebih hebat daripada yang ada.
Bukan dikatakan kerajaan yang sekarang ini cukup baik tetapi 'alternatif' yang disediakan tidak cukup mantap.
Siapa pemimpin hebat yang akan memacu negara ke arah yang lebih cemerlang? Senaraikan untuk kita buat penilaian?
Negeri pembangkang mana yang tampak lebih maju dari sebelum? Kedah, Selangor dan Kelantan - masalah air paip pun belum dapat di atasi sepenuhnya? PP dengan pembangunan datangnya dari sumber Pusat - apa nak dibanggakan? LEG sendiri kekakuan untuk menjawab beberapa saolan pembangunan di PP.
Senaraikan juga ketirisan dan rasuah di zaman Najib yang baru memerintah 2 tahun jika betul2 mahu menyangkal keupayaan Najib.
Apakah ada jaminan Kerajaan Pembangkang sekarang tidak menaikan harga barang jika dapat memerintah sedangkan semua tahu harga barangan di Malaysia jauh lebih murah dari negara2 Asean dan harga pasaran tertakluk kepada ekonomi dunia.
Bukan juga untuk dikatakan orang lain tidak boleh memerintah negara selain dari kerajaan sekarang tetapi saolan yang sama, apakah Negara kita mampu senaraikan kepimpinan penggantian yang lebih hebat. Sejauh mana dan apakah bukti kehebatan mereka dalam mentadbir begitu juga kepakaran ekonomi? Sebagai contoh kalau kita ambil Mat Sabu - apakah ini contoh terbaik untuk kita letakan masadepan Negara di tangannya????
PAS, PKR dan DAP sendiri terdiri dari muka2 lama dan kuda2 tua yang sudah lemah lututnya dan tidak kuat berlari. Mereka hanya menggunakan strategi pecah dan perintah untuk menawan beberapa kerusi. Strategi ini hanya sementara akan berjaya tetapi ia akan lebih membawa kepada kancah krisis perkauman dan ugama yang sangat dasyat. Apakah suasana perpaduan rakyat Malaysia hari ini lebih baik dari masa pemerintahan 1980-2000? Ada sesiapa ingin menegak benang yang basah? Kecuali seorang dua blogger tua yang ada 'masaalah' jiwa. Siapa yang memainkan peranan sehingga perpauduan hari ini begitu rapuh kalau bukan pembangkang yang ketandusan undi dan kebetulan kepimpinan kerajaan yang lemah pada masa yang sama.
Janganlah percaya cakap cakap sesetengah pihak bahawa mereka akan jadi penyokong kuat parti selepas parti tewas sedangkan mereka sekarang menjadi tikus membaiki labu. Halatuju UMNO perlu ditentukan oleh generasi baru dan muda dalam ketika kita melihat barisan yang ada sudah ketandusan idea dan kepimpinan.
1Malaysia yang digarap oleh Najib sebenarnya ke arah perpaduan telah dipesongkan dengan beberapaa tafsiran dan persepsi masing2 sehingga dijadikan landasan untuk mengaut keuntungan dan meminta yang bukan2. Najib perlu mendefinasikan semula 1Malaysia sebagai membina jatidiri bangsa Malaysia yang bersatu hati dan bukannya kepada definasi yang lain2 hingga menyebabkan hak2 Pribumi terhakis dan berkurangan.
UMNO dan kerajaan kembali segar jika Najib berani membuat rombakan kabinet besar2an dengan melempar keluar pemimpin Gerakan dan MCA yang menumpang dan melupuskan beberapa pemimpin UMNO yang hanya jadi ulat buah. Rakyat sudah bersedia untuk reform secara drastik kecuali Najib sendiri yang masih berlenggang lenggang kangkong.
Tuntut perubahan besar perjuangan ahli-ahli UMNO
PADANG TERAP 20 Mei – Perubahan landskap politik nasional yang berbeza selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 menuntut ahli-ahli UMNO untuk membuat perubahan yang besar dalam perjuangan mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, disebabkan senario politik yang sudah bertukar juga, ahli-ahli UMNO perlu meletakkan cara pemikiran mereka dalam keadaan yang betul.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah beberapa kali berpesan kepada saya untuk memberi peringatan ini kepada ahli-ahli UMNO.
PEMIMPIN SENDIRI TIDAK BERUBAH MACAMANA AHLI NAK BERUBAH? KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN.