Showing posts with label Nasa. Show all posts
Showing posts with label Nasa. Show all posts
Tuesday, June 16, 2009
Hadi/Nasa kembalikan semula PAS ke perjuangan asal..
Terkini: 17/6 6.00ptg.
Seperti yang dijangkakan, bom jangka sudah meletup, hilang kewarakan, hilang sabar, Nik Aziz main kasar, ganas - gesa Nasa keluar PAS.
Ini adalah pembelaan di luar gelanggang Nik Aziz terhadap Husam yang tewas di tangan Nasa.
.................................................
Dalam tindakan terbaharu, bukan setakat Nasa tak berapa menyokong Nizar malah Nasa yang menyambut baik saranan Najib bahawa PAS ikhlas dalam kerajaan perpaduan juga akan menjadi ISU terhangat dalam PAS yang kini bagai api dalam sekam.
Keberanian Nasa tentulah atas signal jelas dari Hadi menunjukkan mereka 'berlembut' tetapi macam sembilu menikam puak anti perpaduan dalam PAS (Nik Aziz), puak boneka DAP di Perak (Nizar) dan budak suruhan Anwar (Husam Musa).
Politik Nasa dan Hadi jelas ada 'class' tersendiri membawa keluar PAS dari kongkongan dan cengkaman dari rakan rakan di parti pembangkang atau UMNO sendiri.
PAS perlu dilihat sebagai entiti terpenting, bebas dan masih di perjuangan asal dan bakal menggantikan UMNO sebagai pemain politik yang perlu dihormati dan dituruti (walaupun berkemungkinan tanpa Nik Aziz)
Tuesday, June 9, 2009
Perpecahan di dalam PAS - Nik Aziz boleh lakar sejarah...
DAP dan PKR mahu penjelasan Hadi berhubung kerajaan perpaduan.... inilah suara suara yang mewakili pemimpin PAS yang tewas dalam pertadingan di muktamar yang lalu.
Pemimpin PAS yang tewas tidak akur kepada perwakilan yang mewakili akar umbi, bagi mereka sokongan DAP dan PKR lebih penting dari keputusan dan suara ahli ahli PAS sendiri.
Hadi Awang dan Nasa telah jelas dengan pendirian mereka untuk memastikan PAS berada di landasan yang rasional dan betul, cuma tinggal Nik Aziz sahaja yang perlu membuat pilihan dan bersuara samada mahu bersama Hadi dan Nasa seperti keputusan di muktamar atau memilih jalan untuk mengetuai satu lagi puak untuk memulakan 'satu perpecahan' yang sangat diharapkan oleh Anwar dan Lim Eng Guan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...