Monday, December 31, 2012

pas ada makan duit haram tak?

ada sesiapa yg boleh sahkan ( cer citer cer citer ) sejak pas bersekongkol dengan pkr dan dap yg tampak begitu mewah, ada ke tidak pemimpin2 pas yg tertelan duit haram atau parti menerima sumbangan haram?

kalau sah sumbernya harap dedahkan...rakyat perlu dimaklumkan salah laku semua pihak termasuk BN, rakyat wajar tidak lagi bersikap tak apa dengan pemimpin yg bertopeng baik dan alim sebaliknya penyamun dan pengkhianat negara dan bangsa.

Friday, December 28, 2012

nik aziz vs azhar idrus

di mesia hari ini hanya dua ulama yg tersohor dan betul belaka, ulama yg lain tak leh pakai, mcm2 gelaran pula diberi, ulama bisu etcs

ulama dua org ini bukan sekadar berceramah bab ugama tapi diselit juga dng kritikan keras bukan sahaja ke atas ulama lain tetapi juga terhadap ulil amri. rasanya kalau bukan alim ulama ini dah ramai rakyat islam mesia jadi jahil bab ugama. mereka bukan sahaja jadi penyuluh malah dah bertambah ramai peminat dan penyokong - jadi tidak hairanlah ulama ini makin besar kepala-

kalau di ambil contoh arqam yg diharamkan, jumlah penyokong yg taksub mampu menjadikan pemimpin lupa daratan dan akibat syok sendiri mulalah mereka mabuk kuasa untuk terus bertapak. yang mabuk kuasa memang sukarnak letak jawatan, yg mabuk kuasa juga sangat teruja kalau cakap2 mereka mula disanjung.

Bagaimanapun sudah pasti azhar idrus dari ganu dan nik aziz dari kelante tentunya tidak dapat duduk semeja dalam beberapa perkara dan isu. bagi org biasa seperti saya agak keliru untuk memilih satu antara dua ini sebagai idola..

mungkin anda boleh membantu saya membuat pilihanmana satu yg sesuai bagi saya untuk ikuti?

Thursday, December 27, 2012

Jumpa Ulama Politik - belum tentu undi PAS


Pertemuan artis dengan ulama politikus..

“Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing"

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Artis selalu pandai berderama - kita tidak tahu apakah ini sebahagian dari drama atau kesah benar - siapa penerbitnya? siapa pengarahnya? siapa yang dapat untung?

lagi..http://theunspinners.blogspot.com/2012/12/artis-artis-masuk-pas-jumpa-yang-dicari.html

Tuesday, December 25, 2012

dap ada tak agenda untuk mantapkan ekonomi melayu?

pelbagai kajian, bancian, kaedah dan segala mak nenek telahpun dibuat dan hasilnya BN tidak mampu menang duapertiga majoriti...di ulang semula segala kemungkinan hasilnya memang BN tak boleh menang duapertiga,  sekadar menang majoriti mudah untuk tubuh kerajaan. kalau dicongak untuk beli calon sekalipun BN sangat sukar untuk mendapat duapertiga.

kegagalan BN 2/3 juga bererti sekali lagi hasrat pembangkang menguasai putrajaya juga gagal malah dijangka mereka saling tuduh menuduh selepas keputusan pilihanraya. amat mudah dap untuk menuduh kegagalan adalah disebabkan pas  yang terus bertegas mahu melaksanakan hudud walunpun secara olok-olok

pas pula akan menyalahkan dap kerana terlalu vokal berkaitan dengan hudud olok-oloknya

tetapi akhirnya mereka sepakat untuk mnyalahkan spr dan umno dengan pengundi hanturaya dan bantuan jentera kerajaan, lagu yg sama setiap pilihanraya

apakah akan ada satu demonstrasi jalanan?

situasi akan menyebabkan negara tidak aman, menyusahkan rakyat gara-gara cita-cita politik sang pemimpin musang berbulu ayam

walaupun saya antara yg berhasrat menukar kerajaan tetapi perkembangan terkini hanya memperlihatkan pakatan pembangkang tidak berada dalam satu ikatan dan pemahaman yg baik

dan lebih teruk saya tidak nampak ada pemimpin melayu dan islam yang berkarisma untuk memimpin pembangkang lebih-lebih lagi untuk berhati hati dengan pemimpin dap yang banyak muslihat dan tipu daya, apakah mereka ikhlas dengan orang melayu yg masih ketinggalan dalam ekonomi dan pendidikan. pernahkah mereka ada agenda mantap untuk majukan org melayu?

anwar ibrahim bukanlah pemimpin melayu islam yg boleh digantung harap, hutangnya pada dap, barat, yahudi (?) sangat besar, kita takut dia jadi pemimpin yg dicucuk hidung

kepada rakan2 yg sama hasrat dengan saya, ayuh kita berfikir...berbaloikah undi kepada pembangkang yg dari kajian menunjukkan akan gagal menguasai putrajaya atau lebih baik undi kpd bn untuk terus menang dengan duapertiga yg lebih besar.

najib belum teruji, wajar dia diberi peluang...

Lihat angan2 pecacai dap yang cuba memperlekehkan mahathir - sesuatu yang kontra kerana masih ramai rakyat yang dahagakan kepimpinan mahathir.


Mahathir jangan lupa, Pak Lah dalam tahun 2004 mendapat mandate dan jumlah undi yang paling besar. Pencapaian itu tidak pernah perolehi oleh Mahathir pun. Mahathir jangan lupa bahawa mandate yang besar tersebut bukan diperolehi kerana orang sukakan Pak Lah- tapi mandate tersebut diberi kerana rakyat meraikan pengunduran Mahathir. jadi, kalau Mahathir menghulurkan hidung dia dalam PRU yang akan datang, rakyat akan sekali lagi meraikan pengenyahan Mahathir - Pecacai Melayu dalam DAP



kassim dani - tumpat.

Monday, December 24, 2012

penunggang motorsikal berkuasa tinggi mcm pelesit...

pengalaman aku samada di lebuhraya, jalan persekutuan atau negeri dan dibandar - bila berkumpulan, sah aku setuju majoritinya pelesit dan bapa pelesitnya ialah marshal.

seperti mat rempit, mereja juga sampah masyarakat jika berlagak 'police traffic' dan tidak mengikut undang2 jalanraya - jangan besar kepala !

samy vellu semasa menjadi menteri pernah memberi amaran untuk mengharamkan motorsikal berkuasa tinggi dari menggunakan lebuhraya kerana gagal mematuhi undang2 seperti berada di lorong motorsikal dan mengganggu kelancaran kenderaan lain dari marshal cabuk.

kepada mereja - jadilah warganegara biasa spt orang lain.

Tuesday, December 18, 2012

'Ustazah" Arbaiyah..

Mungkin perkahwinan boleh menyelamatkan dirinya dari gedik politik yang berterusan...

Pemimpin2 PAS yang berkemampuan harus mengambil tanggungjawab...
Arbaiyah binti Abdul Manan atau juga dikenali sebagai Abby Abadi, merupakan salah seorang daripada anggota penyanyi kumpulan ELITE. Arbaieyah binti Abdul Manan dilahirkan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 1977.

Sunday, December 16, 2012

Sinar Harian tak lulus dari segi telus dan tulus...

SHAH ALAM - Sinar Harian tidak akan melayan kenyataan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa akhbar ini sebagai memecah-belahkan hubungan kaum, kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai individu yang sudah tidak relevan dalam politik di negara, Hussamuddin berkata, beliau yakin rakyat Malaysia juga sudah muak dengan kenyataan retorik beliau.

"Pembaca juga tahu konsep Sinar Harian yang telus dan tulus tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kelompok tertentu," katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim dalam akhbar perdana semalam bahawa beliau 'jelik' dengan laporan Sinar Harian dan sebuah portal web kerana didakwa menyiarkan hanya sebahagian kenyataannya sehingga dilihat seolah-olah menghina kaum lain.

Ibrahim dilapor berkata demikian semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan Perkasa Ketiga, kelmarin.

Untuk rekod, pada 2009, Sinar Harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan apabila menerima Anugerah Kalung Perpaduan 2009.SH
Husammuddin patut memberi penjelasan kenapa hanya sebahagian kenyataan ibrahim disiarkan dan tidaklah perlu dia lari tajuk dan melabelkan ibrahim tidak relevan.
Dalam politik Ibrahim masih ahli parlimen, Presiden Perkasa yang mempunyai jumlah ahli yang boleh dibanggakan. Sinar Harian sekadar harakah kedua untuk pembangkang, tumpang tuah untuk lariskan akhbar. 

2009 sinar harian diiktiraf media yang memupuk semangat perpaduan sudah basi, sekarang 2012..jangan syok sendiri.

DAP memberi Amaran kepada Melayu di PKR dan PAS..

Perkauman yang kuat dalam DAP dengan menolak Melayu dengan kuasa undi di dalam parti menunjukkan DAP bakal tanpa calon Melayu dalam PRU13.

Melayu gagal dapat undi dalam parti mana mungkin Melayu dapat undi dalam PRU 13 sebagai calon DAP !

Bukan sahaja DAP tolak UMNO, kini mereka tolak Melayu dalam parti sendiri dan mana mungkin mereka boleh terima Melayu dari PKR dan PAS ?

Jika Melayu dan Islam ditolak DAP, atas dasar apakah mereka masih terima Anwar, Hadi dan Nik Aziz ???

Wednesday, December 12, 2012

Kalau Tak rasuah...Bukan UMNO Namanya...

Cuba kaitkan dengan ini pula (aku copy and paste)..

" Dengan melakukan berbagai onar...fitnah tu jangan cakaplah..bukan pembangkang kalau tak fitnah...pemimpin-pemimpin pembangkang yang menyampaikan ucapan siang semalam semuanya fitnah belaka... "

Jadilah fahamlah aku bahawa rasuah yang dikaitkan dengan UMNO itu adalah fitnah siang malam puak pembangkang. 

Rasuah tidak pernah kenal parti politik..ia akan berlaku bila ada keperluan dua pihak. cuma kebetulan segelintir yang berkuasa dan berpengaruh dalam kuasa politik masakini adalah UMNO.  Tapi lu orang ingat dalam MCA, MIC, dan BN tak ada rasuah ke? Tak ada atau kurang sebab tak kena tangkap..

Dalam PKR, DAP dan PAS tak ada rasuah ke? 
Lu ingat pemimpin mereka tu bukan manusia ke ? apa yang mereka kejar siang malam sekarang?
Kuasa untuk apa?







Pembangkang sedang kebulor, kuasa untuk mengaut..

Monday, December 10, 2012

Pembangkang Dapat Peluru Hidup..

Bersiapa sedialah puak umno di bawah sana - tahan belakang - pembangkang dapat peluru hidup nak tembak hampa...

1001 cerita akan keluar dari kesah ini...

Menteri Mentor Pertama Malaysia

Kemungkinan Lim Guan Eng akan menjadi Menteri Mentor dalam usia yang awal kerana ketidakmampuan PM selepas Putrajaya ditawan Pembangkang.

Samada Anwar atau Hadi jadi PM - ada aku kesah !!!

Saturday, December 1, 2012

Sunday, November 25, 2012

Nik Aziz / Karpal - standard kain buruk dah..

Nampaknya ad sahaja yang berniat jahat apabila cuba mereka-reka cerita Karpal ingin dijatuhkan gara-gara namanya pernah dicadangkan Tun M sebagai bakal PM selepas PRU13.

Rekaan itu memang betul - standard karpal sama macam nik aziz - memang dah tak logik, orang tak sebut pun nama mereka sebagai PM, sekadar jadi kain buruk, buat lap meja akibat teh kopi yang tertumpah kerana orang berpolitik menepuk meja.


GEORGE TOWN 25 Nov — Pengerusi DAP Karpal Singh berkata dakwaan kononnya terdapat konspirasi untuk menyingkirkan beliau pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan hanya satu rekaan semata-mata Beliau berkata dakwaan seumpama itu adalah perkara biasa di dalam politik terutamanya menjelang pilihan raya “Ini adalah perkara kecil dan saya tidak beri maklum balas kepada perkara seperti ini ” katanya pada sidang media di sini hari ini “Tidak ada masalah di dalam parti ini semua rekaan Ini adalah salah satu daripada demokrasi Semua ada hak untuk menyuarakan apa yang diingini “Tiada masalah macam-macam akan berlaku walaupun pilihan raya umum pilihan raya satu parti politik ini biasa Tapi akhirnya apa yang disuarakan oleh wakil-wakil itu yang penting ” Beliau mengulas laporan sebuah portal berita hari ini memetik kenyataan bekas pemimpin parti DAP Tan Tuan Tat yang mendakwa terdapat konspirasi untuk menyingkirkan pemimpin veteran itu pada pemilihan parti itu — Bernama.

Saturday, November 24, 2012

Doa PAS itu hanya permulaan

Apakah UMNO sudah gundah gelana dengan doa k.o pas tu? Kata mereka, yes umno sedang bercelaru, bimbang dan resah. Almaklum doa itu datang dari keluarga ulama yang pergi haji dan umrah atas sponsor.

UMNO kena ingat, doa itu hanya satu permulaan, doa-doa t.k.o akan menyusul malah jangan terkejut jka selepas ini nik aziz akan minta jin syaitan polong hantu raya untuk menakut-nakut dan memusnahkan umno.

Semuanya, kerana pas sangat terdesak !!! Kekecewaan mereka (diikat tangan dan kaki, diplaster mulut) oleh sekutu mereka di pakatan haram diluahkan kepada UMNO.

Sementara kita menunggu saat dan ketika anwar 'meratap' dengan sumpah laknat saiful kini pas pula join untuk 'meratap' doa yang berbalik kepada mereka.

Mahathir masih sihat, perut Najib masih ok..

Thursday, November 8, 2012

mb mana tu? ponteng mesyuarat..

keuzuran dan masalah kesihatan adalah alasan terbaik tuntutan masa dan keadaan semulajadi sebagai sebab untuk melepaskan amanah dan kepentingan rakyat yg tidak mampu dipikul dan dilaksanakan lantaran fizikal yg lemah dan otak makin berkarat.

tetapi kalau keuzuran dan masalah kesihatan dijadikan alasan untuk berehat panjang, ponteng mesyuarat, makan gaji buto maka jadilah ketua negeri yang paling keparat.

siapa orangnya yg terlintas di fikiran pembaca? memang betullah tu, itulah manusianya

kalau ada kelemahan dan kelebihan itulah manusia namanya tapi kalau rasa betul dan baik sahaja itu tunggul namanya.

Friday, November 2, 2012

Najib pening kepala - MCA tak buat kerja..MIC hilang

Mesyuarat Khas Bilik Gerakan di salah satu cawangan di Negeri Johor baru tamat sebentar tadi.
Rumusan:
MCA tak buat kerja - Bilik Gerakan MCA bendera pun belum pasang. yang datang mesyuarat dihantarnya Bendahari.
MIC terus hilang, badan tak nampak bayang lagilah tak nampak
PPP: tiga ke empat 'P" sebenarnya? agak committed. Ketua Cawangan dan Setiausaha hadir dan bermesyuarat dengan penuh minat.
Gerakan: Tak Gerak Tak Makan - Gerakan di Johor memang macam kereta lembu a/l siput babi.

Yang nak kena cover semua, nak kena pulun buat kerja untuk semua komponen BN adalah UMNO.

Kalaulah ini hakikatnya: Memang semua kawasan yang ditandingi oleh komponen BN akan bungkus manakala kawasan yang UMNO bertanding jika berharap kepada undi cina juga akan bungkus.

Difahamkan tidak lebih 30% undi kaum cina kepada BN, selebihnya pembangkang.

Tambahan jumlah pengundi berdaftar di antara April 2012 hingga Ogos 2012 pula peningkatan 80% dari kaum cina muda, 15% Melayu dan 5%^ lain-lain.

Najib sedang pening kepala !!!

Tuesday, October 30, 2012

Umum Awal YB yang akan digugurkan..mulakan dengan Rais

Adalah lebih baik semua parti politik yang bertanding dalam PRU13 mengumumkan YB mereka yang akan gugur di PRU13 kelak..Ini membolehkan rakyat melihat samada parti2 politik yang bakal bertanding mampu melakukan perubahan besar dengan menggugurkan 'tunggul, kayu mati dan beruk' yang tidak berfungsi.

BN sendiri mempunyai kelebihan jika pengumuman ini dibuat kerana rakyat ingin melihat 'reformasi politik'. Jika Najib berani melakukan suatu perubahan besar calon expired gugur bererti akan bertambah muka baru, muda yang berpotensi.

Berusia 60 tahun ke atas sudah di anggap layak digugurkan terutama yang melebihi dua penggal. Beranikah Najib gugurkan Rais Yatim? Nazri Aziz? Kekalkan KJ, Mukhriz ! dan buat kejutan dengan gugurkan Hishamuddin ??!!

Apakah nama-nama seperti Lim Kit Siang, Nik Aziz, Karpal mampu digugurkan oleh Pakatan. Bukankah mereka lebih menjadi 'pengacau' dari menyumbang kebaikan kepada negara !!!

YB yang digugurkan boleh memilih untuk terus setia dengan parti atau keluar dari parti supaya perhitungan di PRU13 kelak lebih aman dari sabotaj di hari penamaan calon.

Friday, October 26, 2012

masalahnya...maza tak baca blog aku

aku harap maza baca blog aku ni.... kahkahkah

dari maza berbalik kpd kenyataannya ,ulama umno hanyut.....

ada betulnya, tapi boleh agaknya maza perincikan siapa siapa agaknya ulama umno yg dimaksudkan,apakah mufti2 negeri antaranya...kalau benar bagaimana pula mufti di negeri pembangkang? lagipun mufti dilantik sultan, apakah maza maksudkan sultan pun sokong umno? bagaimana sultan di negeri pembangkang...
dan kalau mufti dikira ulama bagaimana dng bekas mufti? apakah mereka kekal ulama atau mantan ulama?

definasi ulama dan siapa ulama harus diperjelaskan sebelum buat tuduhan umum

bagaimana ulama dalam pas, kalau nikaziz di anggap ulama, bagaimana dng kredibilitinya yg sering bermulut celupar dan tidak menunaikan janji...amanahnya sebagai mb sejauh mana rakyat kelantan terpelihara dengan isu air karat, pembohongan royalti dan hudud yang tidak dilaksanakan...

kalau ulama umno hanyut, ulama pas apa....

yg terbaik, maza elok tidak gelar ulama atau sesiapa kerana maza sendiri tidak cukup sempurna. kalau sesama ulama saling tuduh menuduh, kami yg jahil siapa nak pimpin? nik guan eng !

Thursday, October 25, 2012

dah 81, apa lagi dia nak

pertama munafik, janji nak letak jawatan selepas mahathir letak jawatan, tak tunaikan sampai sekarang

nak kekal bertanding, bererti nak kekal mb, penyakit susah nak lepaskan kerusi, penyakit gila dan kejar dunia, pangkat dan jawatan


nak bertanding atas alasan parti suruh, nak letak jawatan parti tak terima, punyanya lidah pendek, punya nya hati bebal, politik ikut ikut, jadi ulamak terompah, boleh diseret kesana kemari

ada pecacai pula kata jadi mb tak perlu buat kerja, duduk dan rehat, keluar masuk hospital, jadi penasihat, jadi boneka, jadi burung kakak tua, makan gaji buta tak haram, duduk dlm kereta besar zuhud sokmo, elaun mb belanja demonstrasi haram, senyap2 pi haji umrah sponsor

terbaru, tak pernah serius nak laksanakan hudud di negeri yg dikuasai, dah banyak kali kena tegur dalam mesyuarat, akar umbi penyokong, pemimpin yg tak tuli dah sedar, kebenaran didedahkan


dah 81 tahun, mulut celupar na'uzubillah, hablum minallah, hablumminannas, masih ada masa ke nak minta ampun dan maaf pada nasha, pada mahathir, pada najib, pada org umno yg difatwa masuk neraka, pada akar umbi, pada rakyat

sampai bila nak tipu diri sendiri

Pengganti Nik Aziz sudah terkesan...

Kalau dinilai dalam bab 'menghukum' Maza dilihat mirip Nik Aziz - 
Ulama UMNO Hanyut, jangan nafi nafi lagi -  

WOW !!!!

Tuesday, October 23, 2012

Kekuatan Bukan Islam selepas PRU13 semakin kuat di Malaysia...sumbangan orang Melayu

Ada sesiapa boleh sahkan samada Gereja terbesar di asia ini diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre sudah siap dibina atau belum bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.





Persoalannya, perlu ke di negara kita ini dibina sebuah gereja yang sebegitu besar?. Adakah pihak berkenaan mahu mencabar kedudukan Islam di negara ini?. Adakah mereka tidak berpuas hati melihat Masjid Jamek Seri Petaling yang sangat besar?. Namun, keluasan tapak masjid berkenaan tidak sebesar gereja ini.

Apakah UMNO atau PAS mahu bersendirian dan asing2 untuk menahan dan melawan badai ini.

Atau kita pilih PKR atau DAP untuk membantu kita !!!

Nik Aziz dan Anwar patut malu dan belajar dengan lim guan eng..

Dari segi kepimpinan sekarang di pembangkang yang nak duduk atau ganti PM dan Putrajaya..adakah sesiapa yang lebih baik dari Najib, sila beri fakta  dan rekod lampau..

Beri peluang Najib lagi 5 tahun untuk menilainya secara ilmiah dan bukannya kerana emosi dan pemujaan atas anwar, nik aziz atau sebagainya. kalau paklah kita bagi peluang kenapa tidak Najib.

Bukankah najib sudah menunjukkan prestasi yang lebih baik dari paklah dan mungkin jika diberi peluang lebih baik dari mahathir.

Adakah benar anwar mahu kerusi PM untuk berkhidmat kepada rakyat? Bukankah menjadi Ketua Pembangkang boleh memberi idea cadangan dan 'check and balance' yang boleh menyumbangkan kepada kebaikan rakyat juga !!

Apakah idea dan cara pentadbiran nik aziz 22 tahun di kelantan dalam saiz yang lebih kecil boleh dibanggakan? Nik Aziz jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan lim guan eng yang baru mentadbir 5 tahun pulau pinang. Apakah jasa dan sumbangan terbesar Anwar semasa TPM?

bUNG mOKHTAR...APA CERITA NI ! TAK DAPAT KE MALAM TADI?

MALAYSIA KINI:

Umno MP launches tirade at 'monopolist' Syed Mokthar


Nigel Aw

4:59PM Oct 23, 2012

Umno's Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) today launched a tirade against tycoon Syed Mokthar Al-Bukhary for what he described as the businessman's penchant to monopolise everything under the sun.

AES adakah ada unsur perniagaan? unsur penganiayaan? samar?


5 unsur yang menyebabkan satu-satu perniagaan menjadi HARAM
  1. RIBA  : 1 dirham hasil riba yang dimakan oleh seseorang dalam mengetahui bahawa itu adalah riba, dosanya lebih besar daripada berzina sebanyak 36 kali (Riwayat Ahmad)

  1. ZALIM  : Sekalipun satu-satu perniagaan itu cukup syaratnya daripada segi hukum, ia tetap haram sekiranya jelas ada kesan menganiaya orang lain

  1. JUDI  : “Wahai orang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, sembelihan untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk amalan syaitan. Maka jauhilah agar kamu mencapai kejayaan” (Surah al-Maidah 5: 90)

  1. GHARAR  : Gharar bermaksud samar2 atau tidak jelas. Unsur ini akan wujud dalam perniagaan yang berorientasikan penipuan. “Sesiapa yang memperdaya kami, dia bukanlah daripada kalangan kami (orang beriman)” – [Riwayat Muslim]

  1. HARAM  : Syariat telah mengharamkan beberapa barangan daripada jual beli seperti arak, bangkai dan sebagainya. Islam juga mengharamkan beberapa cara jual beli seperti jual beli dua akad jenis jual beli dalam satu, jual beli daripada orang yang tidak waras dan sebagainya.

Monday, October 22, 2012

karpal mana lu punya saman...

kenyataan nasha bahawa karpal anti islam nyata hampir benar apabila karpal maseh berlengah dan tidak muncul dengan saman yg dijanjikannya

apakah karpal gentar atau atas kepentingan politik karpal tidak berani saman nasha sekaligus akan menimbulkan kemarahan akar umbi pas terhadap dap dan ini menjejaskan pakatan dlm pru akan datang

nyatalah karpal tidaklah sehebat manapun, apakah dia sudah mengaku kalah sebelum masuk gelanggang

syabas nasya...nik aziz patut belajar dari 'lidah panjang' nasya bagaimana mahu berhadapan dengan musuh islam termasuk rakan sebantalnya dap

Silapnya kerana ia bukan sekolah cina...DAP mungkin boleh bantu !



lebih 8 tahun menunggu...
Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih, Abu Talib Ismail berkata, kelewatan pembinaan sekolah itu menyebabkan lebih 2,000 pelajar dari perumahan berkenaan bersekolah di sekolah berhampiran.
“Murid dari perumahan ini terpaksa menumpang di sekolah lain seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Rinching, SK Semenyih dan SK Bandar Tasik Kesuma menyebabkan bilik sekolah terbabit sesak kerana bilangan murid yang terlalu ramai.
“Terdapat tapak sekolah seluas 5.2 hektar di taman perumahan kami tetapi malangnya ia belum dibina hingga kini. Oleh itu kami mohon jasa baik kerajaan untuk membina sekolah rendah di tapak ini,” katanya
SEMENYIH, 22 Okt. – Kira-kira 5,000 penduduk Taman Pelangi Semenyih di sini menggesa kerajaan menyegerakan pembinaan bangunan sekolah rendah di kawasan itu yang tertangguh sejak lapan tahun lalu

Sunday, October 21, 2012

Setakat mana Nik Aziz nak tiru Mahathir


KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46

Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.
Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga./SinarHarian


Setuju sangat kalau UMNO dan PAS atau PAS dan UMNO bersatu tetapi kedua duanya mesti bubar jika saling mahu berbaik. Kalau UMNO sahaja mahu berbaik dengan PAS dan PAS rasa dia lebih baik dari UMNO - susah juga kalau bersikap demikian.

Islam memang menjamin manusia bukan sekadar ke pintu syurga tapi masuk dan tinggal dalam syurga selamanya... dan jaminan itu bukan dari PAS atau dari jaminan mulut Nik Aziz

Dan jika Nik Aziz betul betul ikhlas dan nak tiru Mahathir - Nik aziz perlu letak jawatan seperti Mahathir letak jawatan - itu yang dijanjikan Nik Aziz yang belum ditunaikan - Kalau lafaz tapi mungkir janji itu dah tergolong dalam golongan mana ?

Saturday, October 20, 2012

chua soi lek berbohong untuk siapa !

kenyataan chua soi lek
makin ramai orang cina takut hudud dilaksanakan jika pembangkang memerintah
dap menipu dengan menyatakan hudud tidak akan dilaksanakan
mca pasti semakin ramai orang cina akan mengundi bn

dari 3 kenyataan di atas hanya yang ketiga sahaja tidak benar kerana perkembangan terkini
orang cina telah menetapkan untuk mempertaruh nasib dng menyokong pembangkang keana lebih banyak baik dari tidak baik dan paling utama melayu tidak lagi dominan dlm pembangkang
mereka lebih percaya dap dari mca
mereka percaya dap mampu menghalang, mengawal dan menunduk pas dari cuba melaksanakan hudud
walaupun najib dan muhyiddin berjanji untu memberi lebih banyak pengiktirafan dan kemudahan kepada sekolah cina mereka yakin pembangkang diketuai dap akan memberi lebih jika berkuasa

apa beza umno dan pas - penyokong pun tongong

pas perlukan dap - nik aziz
dap kata no to hudud - ok kata pas
sekolah cina makin diiktiraf - najib
mca kata no to hudud - najib no komen

jadi kedua dua penyokong jangan nak mengada ngada, kedua dua pemimpin anda sorang tu sangatlah ulama dan sorang tu sangatlah melayu tapi kedua duanya tongong

Friday, October 19, 2012

Politik dihentikan sementara antara jam 8.00mlm-11.00mlm ini..





RAMALAN GUE KELANTAN KALAH 4-2...
KENAPA? 
ATM mengidam tahap gaban !


SELINGAN

 Adakah perlu kelantan tewas untuk memastikan Anuar Musa tidak berterusan disanjung dan boleh mempengaruhi undi di Kelantan...uikksss politik lagi !!!


Tidakkah terlintas di hati Nik Aziz untuk menghadiahkan hidayah kepada Apek untuk menutup auratnya sebagaimana yang ditetapkan oleh ajaran Rasulullah SAW?

Nampaknya Nik Aziz sendiri terlupa tanggungjawabnya. Nasihat saya, memandangkan Nik Aziz selalu uzur keluar masuk hospital dan belum lagi meninggal dunia, tolong pastikan skuad bola sepak Kelantan menutup aurat!

Takkanlah perkara semudah itu pun Nik Aziz tak boleh buat, kan? 
P/S: Nak salahkan UMNO lagi kot, kan Anuar Musa Presidennya !

Sumber: Mykmu.net
P/S: KALAU ADA KEPENTINGAN POLITIK DAN UNDI SEPERTI ISU HUDUD-BARULAH POK NIK SIANG MALAM MERACAU

AES
Penyokong Kelantan kena beringat samada Kelantan menang atau kalah mereka bakal menerima saman dari JPJ/AES kerana keghairahan dalam memandu kenderaan semasa di ibu kota. 
UMNO yg akan dipersalahkan. Najib nak biarkan persepsi itu ke?

UMNO dan PAS - jadilah seperti Melayu Pulau Pinang - aku bangga !

bagi para pengalisa sains politik malaysia di luar sana tolong nyatakan bagaimana porla politik malaysia jika pru13 terhasil dengan semua kaum hanya mengundi calon dari kaumnya sendiri...

apakah melayu masih mendominan? umno atau pas? atau gabungan parti india + cina akan menjadi majoriti dua pertiga...

atau sewajarnya semua parti berlandaskan satu ugama atau satu bangsa sahaja wajar dibubar...kekalkan parti gerakan dan pkr sahaja..sistem dua parti-

pembubaran umno dan pas mungkin boleh memuaskan hati masing2 walaupun perjuangan belum selesai---
teruslah jadi melayu seperti melayu di pulau pinang...samada bn atau dap memerintah - melayu tetap melukut melutut.

Thursday, October 18, 2012

Nik Aziz pukul Nasha sindir Husam...

Nik Aziz kata Nasha "lidah panjang" apabila Nasha mempertikaikan sebuah parti (yang tidak disebut) memberi keutamaan melampau kepada kuasa (sehingga mahu menumpang undian kapir lebih dari tawakkal kepada Allah s.w.a) dari keutamaan sebenar iaitu Islam.  


husam juga cuba .panjang tangan. bila memasukkan royalti minyak (sesuatu yg bukan hak kelantan dan mengganggu urusan mahkamah yg belum membuat keputusan) di dalam pembentangan budget kelantan baru2 ini

Dalam masa yang sama Husam pula menyatakan DAP lebih baik dari UMNO kerana DAP pernah membantah akta darurat ke atas Kelantan pada suatu masa ketika dulu.

Hanya yang kuat menjilat perlukan lidah panjang !!!!






Dan apa gelaran pula yang bakal diterima oleh Dr. Nik Mazian Mohamed selepas ni kerana senada dengan Dr Hassan Ali dan akar umbi ??


Mereka ni betul2 tak kesian pada pok nik yang semakin celaru...





Putrajaya terbelah dua... dua kontraktor berbalah

UMNO dikatakan terpesong dari perjuangan asal untuk membangunkan orang Melayu berugama Islam kerana pemimpin leka dengan kekayaan, kuasa dan kroni mereka. Mereka juga lalai hingga memberi ruang dan muka kepada bangsa lain yang mewakili parti kaum masing-masing. Semuanya beralasan 'tolak ansur dan menghormati kaum lain'.

Berasal sebagai pelarian dan pendatang, mereka diberi kerakyatan dengan harapan mereka berterima kasih untuk hidup menumpang secara harmoni. Malah kejayaan ekonomi mereka petanda mereka mendapat layanan yang adil.  Pada mulanya ya...tetapi akhirnya sudah naik kepala hingga lupa asal usul mereka sedangkan mereka tetap diberi layanan yang sewajarnya. Hari ini mereka sudah tidak terkawal, perangai lebih dari belanda, Belum berkuasa sepenuhnya mereka bukan sahaja menggugat bangsa tetapi sudah berani menghina ugama.

Hari ini Melayu dan Islam bukan sahaja menghadapi masalah dengan kaum lain tetapi bermasalah sesama sendiri, berpecah kerana perbezaan pendapat tetapi sebenarnya di satu pihak ingin mengekalkan kuasa bererti mengekalkan kekayaan dan pangkat mereka dan di satu pihak lagi berjuang merebut kuasa bererti 'berilah peluang pada aku pula untuk kaut kekayaan, pangkat tertinggi untuk memakmurkan kroni aku pula'. Kedua-dua pihak berbohong kepada rakyat bahawa perjuangan mereka demi Melayu dan Islam.

Adalah perlu rakyat memilih salah satunya, walaupun kedua-duanya sudah rosak, rakyat sudah tidak ada pilihan, itu sahaja yang ada, yang terbaik dari yang busuk lagi bernanah.
                                                                                                           Dalam ketika UMNO dikatakan melakukan kesilapan demi kesilapan kerana bersekongkol dengan MCA dan MIC kenapa pula PAS mahu ikut tauladan itu, mahu turut bersekongkol dengan DAP??? Apa jaminan PAS boleh mengawal DAP sedangkan belum ada seorang pun pemimpin PAS yang mempunyai karisma untuk berdepan dengan pemimpin DAP...Nik Aziz sudah tua..Hadi Awang setakat mana dia berilmu....Mat Sabu ? Jangan buat lawak...

Tolong jangan cakap DAP itu lebih baik dari MCA atau MCA itu lebih baik dari DAP..kedua-duanya adalah musuh Allah yang nyata, kenapa kamu mahu mengambilnya sebagai sahabat dan kawan untuk tidur dalam satu selimut???

Malulah sikit dengan bangsa Moro..selepas 40 tahun mereka kembali ke landasan yang betul sedangkan PAS dan UMNO makin matang makin lintang pukang !!!

Bagaiamana pula kalau harapan diberi kepada Anwar... maaf itu satu cadangan yang langsung tidak waras !

Menteri cabar dan main2 dengan rakyat..nak mampus agaknya

Ada Menteri BN cabar rakyat???

Dalam apa jua isu...cabaran kena dibuat dengan cara yang positif dan betul bukannya mencabar ketika rakyat sedang marah !!!@!

Wednesday, October 17, 2012

Krisis Identiti Rakyat Malaysia

Kj (mewakili UMNO ke?) kata bangsa Malaysia dulu baru Melayu
Sakmongkol (mewakili DAP ke?) kata bangsa Melayu dulu baru Malaysia
Muhyiddin (mewakili UMNO juga ke?) kata bangsa Melayu dulu baru Malaysia
Nik Aziz (mewakili PAS ke?) agaknya akan kata Muslim dulu baru ? saya menyesal jadi Melayu

Tak nak tanya India dan Cina ke apa yang mereka kata dulu bila di soal pasal bangsa...
Kenapa mahu dipertikaikan bangsa Melayu yang mendahului Melayu sebelum Malaysia..rasis kah untuk mengaku 'melayu' mendahului malaysia.

Lazimnya..jika di luar negara kita akan kata 'saya dari malaysia' tetapi di dalam negeri kita akan kata 'saya berasal dari kelantan' atau 'saya melayu'


AES dalam tahap sensitif kepada rakyat..

AES perlaksanaannya seperti nasi sudah jadi bubur, niat baik tapi cara 'tak kena'

Kewajaran saman hendaklah dibuat pada asas yang betul:

1) Di lebuhraya, had kelajuan 110 km, tetapi jika ada melebihi 140 km itu dah kira melampau, wajar disaman...jika lebih 110 atau kurang 140 saman dikeluarkan dalam operasi perangkap laju yang lazim digunakan polis tetapi bukan secara AES.
Begitu juga di jalan bukan lebuhraya yang menghadkan 90 km tetapi jika ada yang melebihi 120 km itu dah kira merbahaya dan wajar disaman melalui AES, jika lebih 90 tetapi kurang 120 saman wajar dikeluarkan dalam operasi polis biasa.

2) Begitu juga melanggar lampu isyarat, ia bukan dikenakan saman sertamerta bagi  kenderaan yang melepasi antara lampu orange dan lampu merah tetapi ia hanya wajar dikenakan kepada yang betul-betul sengaja melanggar lampu merah.

3) Perlaksaan harus mengambilkira beberapa faktor lain seperti cuaca, keadaan jalan, kemudahan frasana. termasuk cadangan notis dan papantanda setiap 5 km dan setiap 1 km sebelum AES. Jika kita melihat sistem PLUS, mereka membuat papantanda dan notis setiap 5 km dan 1 km sebelum susur keluar supaya pengguna bersedia untuk memperlahankan kenderaan atau membuat keputusan keluar susur.

penangguhan aes:pembangkang mendahului kerajaan

syabas dan tahniah kepada keadilan yang secara rasminya membantah perlaksanaan aes dan tahniah kpd kerajaan pp yng enggan melaksanakan aes serta merta sehinggalah satu kajian menyeluruh dibuat

adalah terlalu dangkal apabila menteri pengangkutan cuba meneruskan perlaksanaan aes dengan alasan  kadar kemalangan telah menurun sejak perlaksanaan aes...kalau tetiba naik suatu masa nanti apa pula alasan yg keluar, semuanya nak salahkan rakyat sedangkan mereka hanya mementingkan keuntungan semata mata


bagaimanapun pembangkang tidak boleh menyalahkan kerajaan semata mata kerana mereka juga menyokong semasa dibentangkan di parlimen

dan paling penting jangan ada si bangsat bangsat cuba salahkan umno dalam hal ini.

Tuesday, October 16, 2012

nik aziz akui nasha mampu gugat

Serangan tanpa berselindung ke atas nasha oleh nik aziz sebagai petanda nik bukanlah ulama  tulin apabila memberi gelaran 'lidah panjang' kepada muslim lain sedangkan islam amat larang berbuat demikian

nyata juga nik aziz kepanasan dan amat bimbang harapan pas merasa kuasa persekutuan akan gagal dan musnah jika nasha tidak disangkal

sayang sekali nik aziz mungkin sudah terlambat utk menhalang nasha kerana kini sudah suara2 lain yg senada dng nasha setidak tidaknya sudah ada suara tidak yakin lagi kemampuan sebenarnya untuk terus memegang jawatan mb dan menerajui majlis ulama

Serangan dari luar akan terus bertalu menghilangkan kredibiliti nik aziz sebagai ulama tulin bertukar menjadi ulama emosi malah semakin kerap nik aziz melatah, melenting dan menjawab makin banyaklah ruang untuk nik aziz mempamerkan kekurangan dan kelemahan dan apabila imej islam dan ulama sejatinya terhakis maka pas akan jadi kulit tanpa isi, kalaupun ada isi, isinya sudah robek dimakan ulat

Pergeseran nasha dan nik aziz akan berterusan dengan lebih dramtik lagi dan yang untungnya political mileage nasha bertambah sedangkan nik aziz semakin mudah dipertikaikan (hilang kewibawaan seperti sebelumnya) dan pandangan2nya mula dinilai oleh ahli pas samada masih relevan atau terus menyimpang.

Walaupun PAS pernah kehilangan tokoh2 utama sebelum ini hakikatnya PAS masih terus mara tetapi pergeseran menjelang pilihanraya sangat berisiko dan sensitif terutama untuk mengekalkan kuasa di Kelantan.

pas nak ganti umno

PAS mengaku dirinya sendiri sebuah parti yg memperjuangkan islam dan dalam masa yg sama memecat ahlinya seperti hassan ali yg memperjuangkan islam ?????

dalam masa yg sama membuat pengakuan akan terus memperjuangkan islam dng bantuan kapir?????

itulah faktanya setakat ini

pas merasakan dia lebih islamik dari umno dan sekarang mereka juga beranggapan lebih bijak dari dap, pas berpendapat apabila menang pru13 dap akan terperangkap, akan tunduk kpd mereka spt mca tunduk pada umno. pas ingin mengganti umno


Monday, October 15, 2012

anwar dapat satu lagi political mileage..

penarikan balik kes saman fitnah musa hassan ke atas anwar adalah sesuatu yg menarik dan signifikan.

lebih menarik kalau musa hassan sertai pembangkang untuk mendedahkan lagi beberapa perkara yg mungkin tersimpan sekian lama, apa tu?

semua ini ada kemungkinan atas faktor musa tidak dilayan secara adil semasa dan selepas dia menjadi ketua polis negara

bukan cerita kosong apabila dia tidak dilanjutkan untuk terus memegang jawatan kpn walaupunnampak masih mampu malah  lebih terampil dari kpn sekarang dan bukan sesuatu yg asing bila musa pernah menyergah beberapa kenyataan pdrm terhadap statistik jenayah dan bukan sesuatu yg pelik umum ketahui menteri kdn tidak sebulu dengan kpn, musa pada masa itu

jika benar musa sertai pembangkang, pasti kita akan lihat bagaimana musa akan di agung2kan

itulah politik

ATM pun tak amanah...

pagi semalam saya buat transfer antara bank melalui mesin atm rhb...menggunakan kad debit rhb, untuk transfer ke akaun simpanan maybank dengan jumlah rm1k, rm2k dan rm2k...semuanya beresit dengan nota accepted atau success dng baki yg betul selepas ditolak pemindahan tersebut.

pagi ini apabila saya semak semula di akaun maybank, pemindahan 1k itu tidak ada. saya telah hubungi centre card untuk membuat aduan dan setakat ini tidak ada jawapan rasmi

oleh itu anda di luar sana perlu berhati hati

Sunday, October 14, 2012

Ilmu Politik Baru-Makan Keliling

Berilmu dan bijak makan keliling..

"Saya bukan sokong Soros atau Suaram. Saya tak membela Soros atau Suaram. Saya cuma menyatakan pendapat dari perspektif politik baru iaitu politik yang berasaskan ilmu dan kebijaksanaan."



Kalau Najib rasa dia calon yang boleh menang-calonkan semula.
Jika tidak-tendang dia jauh2.

Ilmu dan bijak tetapi tiada amalan, kosong juga.
Setakat pandai cakap - Mana dia 'perlaksanaan' atau idea baru yang telah dipamer dan diterapkan sebagai Timbalan Menteri ?

Apa salahnya kita hormati pendirian Nik Aziz..

PAS memerlukan DAP untuk 'yam seng
kuasa di PRU13 dan kemudian   'memujuk' untuk hudud dilaksanakan.
Apakah sekadar memperjuangkan  'hudud' PAS sudah dilabelkan Parti Islam 

Sedangkan UMNO sudah laksanakan Perbankan Islam dan Insuran Takaful demi menyelamatkan umat Islam terjebak dalam 'riba'.

rasionalnya kalau politik malaysia sudah lama menerima kerjasama umno/mca/mic kenapa perlu ada pertentangan hebat pas/dap/pkr?



Wednesday, October 10, 2012

AES JPJ batal jika pembangkang ambil alih...

perlaksanaan AES jpj akan dibatalkan oleh pembangkang jika putrajaya dapat ditawan malah semua saman sebelum ini akan dimansuhkan bagi meringankan bebanan rakyat.

satu sistem saman baru akan kembali kepada cara lama sehingga satu jawatankuasa baru dilantik di kalangan persatuan pengguna untuk mengkaji perturan baru yg lebih adil

apakah najib hanya akan bertindak selepas pengumuman sedemikian dibuat oleh pembangkang ??????

kalau teruskan - rakyat akan tanggung beban kewangan
batalkan - kerajaan kena bayar pampasan pd sykt terbabit - wang rakyat juga yg digunaka.


jawapan2 geliga menteri2 pas

kenyataan nasha tidak ada kaitan dengan pas - salahuddin dan khalid

karpal saman nasha itu tanggung sendiri, pas tak campur tangan - khalid

jangan kaitkan anwar (pelancaran buku) dengan pas - harun taib

karpal org tua sebab tu tak setuju hudud - nik ajih

budget 2013 najib tak cukup taqwa - nik ajih

antara jawapan2 geliga lepas tangan peminpin pas dalam tangani isu semasa

dan jawapan paling standard, popular dan mudah ialah - ini kerja jahat umno

KITA SIMPATI TERHADAP TAHAP MINDA RENDAH YG MEREKA MILIKI DAN TIDAK HAIRANLAH MEREKA SELALU KENA BUlI DNG DAP DAN PKR

Monday, October 8, 2012

3 faktor buat pakatan haram rasa nak berak terkencing...

dan tak yakin mampu menawan putrajaya. mati hidup balik pun pakatan sebenarnya sudah tahu nasib mereka di pru13

dap hanya fokus mahu kekal kuasa di pp, itupun dan cukup baik

pok nik berharap sangat tidak turun mb dng kekalahan yg memalukan, biarlah pas menang kali ini walaupun kemenangan terakhir, pok nik nak lepaskan jawatan dng pengganti pilihan

mb selangor khalid sudah bersedia dengan bas mewah, tanker malah berpuluh lori kalau2 perlu berpindah di ambang malam pengumuman pru13

anwar sendiri sudah umumkan akan jadi pensyarah jemputan paksaan d luar negara tetapi tidak pula sebut di negara mana. tentulah pilihannya kelak di negara yg banyak boleh dari tidak boleh. tetapi adalah mustahil untuk anwar berhenti cita cita peribadi politiknya dari luar negara

azmin ada harapan untuk kembali kepangkuan ibu menjadi anak yang baik !

nurul izzah kembali jadi suri rumahtangga sepenuhmasa.

lain-lain serpihan pemimpin melayu pembangkang kembali kepangkuan umno dengan seribu cerita penyesalan tetapi dengan syarat ada dle imbuhan sedikit sebanyak utk terus survive.

jadi apakah 3 faktor itu yg sangat2 tidak disenangi pembangkang?

kalau kita rajin menilai tulisan aspanalias dan sakmongkol, jawapannya ada di situ, untuk menjatuhkan melayu mesti datangnya dari melayu juga,tulisan mereka hanya fokus kepada dua individu dan yg lain2 hanya sampingan.

sakmongkol seolah kenal najib luar dalam, mcm pernah jadi kuku dng isi, mcm kalau tutup mata dia boleh hidu mana satu kentut najib mana satu bukan, begitulah hebatnya sakmongkol kenal najib.

seorang lagi yg kalau tak sebut handal dan hebat tentulah bukan aspan alias namanya, fokusnya pada mahathir, siang malam mimpi pun mahathir, entah apa marahnya, dendamnya, kecewanya pun tak tahulah...tapi firasatnya, bacaannya terhadap mahathir sangat detail, kalau hingus mahathir dia boleh kunyah dan buat analisa...begitulah hebatmahanya dia..

Terbaru apabila mahathir cipta slogan baru..undi pembangkang undi soros..telah meranapkan lagi harapan pembangkang, mereka boleh nafikan tetapi slogan mahathir umpama rejaman smash Lee Chong Wei.

dan yg ketiga...bagi satu kejutan, janji ditepati kerajaan sekarang adalah faktor ketiga dan menjadi tamparan hebat kepada pembangkang, bukan kerana banyaknya apa yang najib bagi pada rakyat tetapi kerana banyaknya janji pembangkang sebelum menang di pru12 tidak mereka tunaikan. Perbandingan ini membuatkan rakyat dapat menilai dengan lebih tepat dan jani-janji pembangkang untuk pru13 sudah tidak ada nilainya dan amat diragui.

Sunday, October 7, 2012

blog pro umno ke arah porno ke?

tanpa ingin menyebut blog2 tersebut...nampaknya saban hari makin ghairah mereka'berehat dan santai serta mencelah' dari cerita politik ke arah cerita2 artis yang disensasikan dengan 'asset' dan tidak kurang juga dengan kes2 skodeng yg murahan. Apa sudah jadi?

sebelumnya harakah dan blog pembangkang banyak dihiasi dengan iklan 'ubat kuat' !

di mana kita letakkan taraf 'wanita' sebenarnya, bukankah wanita adalah ibu anak2 kita?

semuanya kita, iaitu melayu !

Friday, October 5, 2012

malaysia rugi besar dan malapetaka kalau anwar tak jadi pm

logik kah jika sesuatu missi itu penting, kenapa aanwar bersendirian keluar negara,kenapatidak diiring nik aziz atau hadi awang, walaupmereka tidak pandai sangat berbahasa inggeris tetapi pemergian mereka bersama sekurang
kurangnya boleh memberi keyakinan kepada rakyat tentang pentingnya sesuatu missi itu.
apa kepentingan anwar sebenarnya hingga sanggup bersusah payah ke luar negara untuk berjumpa kononnya peguam perancis yg mengendalikan kes scorpene. demi rakyat atau demi kegilaannya untuk menjadi pm sehingga sanggup mengeluarkan duit poket (?????) sendiri. setahu kita pemimpin politik takkan buat kerja siang malam kalau bukan ada kepentingan 'masyyuukkk'

sesuatu yg lebih pelik jika itu benar kes mahkamah perancis kenapa perlu ada taklimat dan pendedahan maklumat, bukankah itu mengganggu proses mahkamah. jika benar pun ada 'kes' kelak biarlah selepas siasatan sempurna, kenapa anwar perlu mengejar masa, bukankah najib menunda masa pembubaran parlimen untuk memberi ruang dan peluang untuk anwar terus bersandiwara

pembangkang sudah seperti kehabisan dan muflis isu di malaysia untuk mereka sensasikan di sini hingga sanggup bersusah payah impot isu luar negara yang samar kebenarannya, kalau isu depan mata, isu dalam negara mereka  sanggup putar apatah lagi dari luar negara, fakta atau auta

azmin menteri kdn? siapa yg akan kena cari sampai ke lubang cacing...

bukan sekadar peminat mat sabu seperti saya yg kecewa namanya tercicir tetapi peminat azmin juga kecewa kerana azmin sekadar menteri kdn, langsung tak relevan dengan kemampuannya yg jauh lebih besar.

anwar  tentu tak kesah kalau ujudkan tpm4 utk memberi peluang pd azmin bersedia
 mengambilalih jawatan pm jika dia perlu berundur

adalah tidak logik assimin hanya diberi satu jawatan sedangkan jasanya kepada parti, jasanya pada anwar secara peribadi sangat besar sedangkan banyak jawatan dibolot oleh anak beranak anwar, nurul hanya tempelan, azizah hanya boneka jika mahu dibandingkan dengan azzimin. ini fakta bukan auta
tanya kalid siapa assimin . khalid dah tahu penangannya

Thursday, October 4, 2012

penyokong geram, mat sabu tidak tersenarai

sebagai peminat mat sabu, hati siapa yang tidak geram, kalau dalam bayangan pun nama tercicir, apatah lagi kalau realiti, terlalu biadap sekali mereka menghina pemimpin tersohor yang saya minat ini, cukup tak patut, kejam dan zalim.

apapun 3hb november kelak, saya dan mat sabu akan buat protes secara besar-besaran, mungkin mereka belum tahu pengaruh dan hebatnya mat sabu

sekurang kurangnya lantik lah mat sabu Menteri Jalanan

Monday, October 1, 2012

PRU13- survival Melayu dan Islam


Tok Janggut terbunuh bersama ramai pengikutnya.Mayatnya kemudian diarak sekitar Pasir Puteh sebelum dibawa ke Kota Bharu dan digantung dengan kaki ke atas, kepala ke bawah di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan

Sunday, September 30, 2012

Semangat 46 sesuai dihidupkan semula..


Bermula dengan isu tuntutan royalti minyak Kelantan.. Semangat 46 mampu dihidupkan semula dalam ketika PRU13 akan berlangsung tidak lama lagi. Ia mampu memecahbelahkan lagi Melayu dan memeningkan UMNO dan meragut sebahagian kecil sokongan kepada PAS.

Ku Li pernah jadi golongan yang kecewa, Pak Lah tentu masih ingin menyatakan sesuatu kepada Mahathir. KJ mungkin boleh menerajuinya kali ini...

Penubuhan Semangat 46 satu-satunya peluang semula untuk Anwar bernafas semula apabila bajet terdesak dan bayangan kabinetnya tidak menyengat.

Memang benar, bukan sahaja UMNO cukup takut kepada anwar, tetapi majoriti rakyat juga cukup takut anwar jadi PM kerana negara bakal berada dalam situasi yang tidak stabil akibat dasar yang cukup berbeza dan terlalu banyak perubahan.


BN dan UMNO
berada dalam kedudukan yang boleh menang pada bila-bila masa setakat ini dan Malaysia akan terus aman hanya jika Najib masih terus kekal sebagai PM.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...