Showing posts with label maruah negara. Show all posts
Showing posts with label maruah negara. Show all posts
Saturday, June 26, 2010
Najib kena jelaskan..
http://pemudabesut.blogspot.com/2010/06/najib-diugut-badan-perisikan-singapura.html
Hsien Loong kemudiannya melakukan lawatan balas ke Malaysia sebulan selepas kunjungan Najib ke Singapura.
"Semua ini mengarut dan tak masuk akal. Selepas pengumuman di Singapura , banyak bantahan kedengaran di Malaysia. Namun Perdana Menteri Singapura hadir pula ke Kuala Lumpur seolah ‘mengingatkan’ Najib mengenai sesuatu agar Najib terus mempertegaskan persetujuan Malaysia dengan keputusan berat sebelah yang dipersetujui di Singapura.
"Seolah seperti ada sesuatu yang mengikat Najib untuk akur walaupun ia jelas merugikan negara. Dari aspek politik juga Najib jelas akan rugi kerana suara bantahan yang keras sudah mula kedengaran. Namun Najib seolah terpaksa meneruskan.
"Adakah Najib diugut dalam mempersetujui perjanjian ini? Adakah ‘perisik’ Singapura telah mengumpulkan rekod tersebut? Adakah rekod tersebut digunakan untuk mengugut Najib dalam akur dan bersetuju dalam satu lagi penggadaian hak dan kedaulatan negara?," soal beliau dengan tegas.
Sekali lagi khabar angin akan menjadi persepsi benar jika tidak ditangani dengan baik. Paling malang jika khabar itu betul atau tidak, negara tetap rugi, hilang maruah dan kedaulatan. Orang orang seperti Tun Dr Mahathir tidak harus berdiam diri dan berasa senang hati dengan gula gula kajian jambatan akan dibina semula menggantikan Tambak Johor. Begitu juga Perkasa dan lain lain NGO tidak harus berdiam diri dalam ketika rakyat dan orang Melayu seperti anak ayam kehilangan ibu. Kepentingan peribadi individu tidak begitu penting hatta walaupun dia seorang PM kerana rakyat dan kepentingan negara mendahului.
Benteng selatan sudah diceroboh ketika di utara, sudah terbina sebuah empire kecil tetapi kukuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...