Perlawanan dan halangan utama JAIS sebenar hari ini bukan lagi gereja tetapi lebih kepada pertikaian sesama Islam dan Melayu dalam mendefinasikan keadaan itu mengikut selera dan kacamata yang berpaksi keuntungan dan takut 'keduniaan' dan bukan lagi kepada ajaran Islam sebenar atau berdasarkan Perlembagaan.
Apa perlu JAIS digesa meminta maaf sedangkan terdapat bukti awal? Apa perlu penjelasan dan permohonan maaf terburu buru sesetengah pihak kepada Gereja yang sedang disiasat oleh sebuah Badan Berkuasa yang diberi authority? Kenapa rasa ada kekebalan di pihak gereja hingga tidak boleh disentuh, diperiksa dan dipersoalkan kegiatan mereka?
Kenapa tidak dibiarkan JAIS menyelesaikan tugasannya seperti peruntukan dan peraturan undang2 dan pihak gereja pula mempertahankan diri dalam cara yang sama. Saksi wajar tidak dipengaruhi oleh mana2 pihak untuk memberi keterangan secara bebas dan tanpa rasa takut.
Yang patut dicari dalam pertikaian ini adalah kebenaran samada tindakan JAIS adalah betul atau sememangnya gereja tidak melakukan apa seperti yang didakwa. Perkara ini sangat penting untuk jalan penyelesaian kepada semua pihak untuk menegak 'kebenaran' berdasarkan perlembagaan supaya perkara yang sama tidak berulang lagi dilakukan oleh pihak yang bersalah.
Menyokong JAIS secara membabi buta adalah tidak wajar dan mempertahankan gereja semata mata atas dasar parti, kaum, ugama atau undi adalah lebih biadab dan kurang ajar.
Hanya pemimpin politik sundal sahaja yang akan melakukan tindakan tergesa-gesa sedangkan mereka tidak relevan dan tidak perlu campurtangan sesuatu yang berkait dengan undang2 kerana jalan penyelesaiannya sudah terang lagi bersuluh.
Pemimpin yang menggubal undang2 melalui Parlimen sewajarnya menunjukkan contoh menegakkan undang2 dan bukan sebaliknya. Penentang undang2 wajar diheret ke Parlimen untuk dipersoal dan di ambil tindakan sebagai menghina Parlimen. Lidah mereka patut digunting kerana membuat sumpah palsu sebagai ahli Parlimen yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan dan keluhuran undang2 dan perlembagaan. Mereka sewajarnya dihina, digantung keanggotaan dan diharamkan untuk bertanding lagi di mana mana kawasan parlimen dalam pilihanraya seumur hidup.
Pandai buat pandai tanggung, pandai makan pandai simpan adalah jawapan pasti kepada JAIS dan gereja untuk mempertahankan diri masing2 tanpa perlu campurtangan asing.