Showing posts with label DYMM. Show all posts
Showing posts with label DYMM. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Ambiga dan PAS sembah derhaka...

Ambiga dan PAS mahu berjumpa DYMM YDP Agung sebelum memutuskan samada meneruskan atau membatalkan demo 9hb Jul - ini masih dalam kategori sembah derhaka, keras kepala, ugutan, biadab dan kurang ajar.

Sepatutnya mereka menjunjung kasih mendengar nasihat dengan mengistiharkan pembatalan diikuti dengan perjumpaan menjunjung kasih mencemar ke bawah Duli, mendengar pandangan Baginda dan bukan sebaliknya. 

Anwar dan DAP jangan sebok, tolong jangan ikut, BERSIH tidak dianjurkan oleh parti mereka - itu seperti pengakuan mereka sebelum ini.

Perkasa telahpun membatalkan hsrat perhimpunan dan dijangka diikuti dengan Pemuda UMNO dengan keputusan yang sama.

Najib mewakili UMNO dan BN serta SPR juga wajar mengadap ke bawah Duli bagi mendapatkan nasihat serta berikrar untuk menambah baik proses pilihanraya dengan penubuhan Jawatankuasa yang bertanggungjawab membetulkan keadaan. 

Rakyat tidak selamanya akan menyokong kerajaan jika pembangkang telah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan dalam menyelesaikan isu untuk kepentingan rakyat.


Bagaimanapun pihak polis tidak wajar leka dan menganggap perkara ini selesai kerana puak ala prokomunis ini boleh secara tiba2 melancarkan apa jua tindakan untuk mencapai matlamat sebenar, menghuruharakan negara untuk kepentingan peribadi dan politik mereka.

Bersih: Ambiga mahu menghadap Tuanku Mizan

04/07/2011 2:08pm

PETALING JAYA 4 Julai - Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, keputusan sama ada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan pada 9 Julai ini atau tidak akan ditentukan selepas diadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong.
Untuk itu beliau berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada pihak Istana Negara hari ini supaya pertemuan di antara Seri Paduka dan Bersih dapat diadakan sebelum Sabtu ini.
Bagaimanapun beliau mengakui keputusan yang bakal diambil itu bergantung sepenuhnya kepada nasihat Seri Paduka di dalam pertemuan tersebut. - Utusan

6ANGKA