Showing posts with label MIC. Show all posts
Showing posts with label MIC. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

MIC cepat berambus mungkin ada lebih baiknya...

KEMASKINI: 

Sikap berlagak dan biadap MIC ini ada menggambarkan bahawa jawatan Menteri Penuh yang diumumkan oleh Najib baru2 ini berasaskan tekanan, desakan dan ugutan MIC sendiri kepada Najib. 

Palanaviel sudah membayangkan awal untuk keluar BN jika desakan MIC tidak dipenuhi, walaupun sudah mendapat jawatan Menteri Penuh, perasaan tamak mereka terus ada untuk menyekat parti kaum India lain untuk bersaing secara sihat dan sekali lagi ugutan secara terbuka dibuat.

Ugutan dibuat berasaskan kepada jangkaan MIC bahawa BN dalam keadaan lemah dan Najib mudah dipermainkan. 

Semalam Najib baru sahaja meminta MIC menjadi faktor, tonggak kemenangan BN dalam PRU akan datang, belum sampai 24 jam, MIC sudah menunjukkan belang, berpaling tadah dan cuba belot.

Najib dan UMNO wajar tidak menjawab segera ugutan MIC, biar mereka resah dengan keputusan dan tindakan mereka sendiri dan sudah pasti di kalangan MIC sendiri ada yang tidak setuju dengan keputusan bodoh Palanaviel yang mahu keluar dari BN. Apa untungnya???


Tunggu dan lihat...

 

ASAL:

MIC bantah keahlian penuh bagi parti serpihan kaum India

31/07/2011 7:58pm

PUTRAJAYA 31 Julai – Parti politik berasaskan kaum India di negara ini boleh menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai ahli gabungan atau bersekutu sahaja dan tidak sebagai parti komponen, kata Presiden MIC, Datuk G.
Palanivel.
Katanya, parti serpihan kaum India yang mesra BN boleh menjadi ahli gabungan atau bersekutu dan MIC tidak akan membantah.
"Tetapi sebagai parti utama mewakili masyarakat India, kami tidak benarkan keahlian penuh dalam BN dan sekiranya berlaku, kami akan keluar,” katanya pada sidang media selepas menutup Perhimpunan Agung MIC ke-65 di sini hari ini.
Katanya, MIC selama ini menjadi parti politik terbesar mewakili masyarakat India dalam BN dan ia tidak akan membenarkan sebarang parti serpihan kaum India diberikan peranan atau hak yang sama.
Bagaimanapun katanya, partinya menjemput parti serpihan tersebut menyertai MIC dan menjelaskan ada sebilangan daripada mereka memberi reaksi positif.
Antara parti politik berasaskan kaum India ialah Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF), Malaysia Makkal Sakti (MMS) dan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP).
Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) menjadi ahli bersekutu UMNO sejak 27 Ogos, 2010. – Bernama

.....................................................

Dulu Musa Hitam pernah gertak MCA untuk keluar BN?
KJ? Inilah peluang anda untuk kembali mendapat perhatian - suruh je MIC keluar...

Banyak lagi parti dan pemimpin India yang boleh diharapkan dan menyertai BN,  malah jika MIC keluar, itu satu titik permulaan yang bagus kepada kaum India di Malaysia...

Sunday, June 19, 2011

mic - NAK MINTA APA LAGI?


JOHOR BARU, 19 Jun — Selepas berpaling kepada pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, sokongan masyarakat India kini mulai kembali kepada Barisan Nasional, kata Presiden MIC Datuk G Palanivel.

Walaupun demikian, kata beliau, berdasarkan maklum balas daripada ketua-ketua akar umbi MIC negeri, sokongan golongan muda kaum itu masih menjadi tanda tanya.

“Kita mesti lakukan perkara yang dapat menarik golongan muda seperti memberi mereka pekerjaan, peluang niaga atau latihan,” kata beliau dipetik Bernama Online.

Monday, May 31, 2010

Mugilan, Mu kena ambil tindakan 'gila'

KUALA LUMPUR, Monday 31 May 2010 — Sacked MIC Youth deputy chief V. Mugilan has announced that he will hold another anti-Samy Vellu rally within two weeks.

Mugilan wajar membawa penyokongnya untuk menyertai Kelab Penyokong PAS untuk MIC mendapat tekanan dari komponen BN yang lain termasuk UMNO.
Kempen Anti Samy akan pupus begitu sahaja jika Mugilan tidak mengambil tindakan yang lebih drastik dan kamikaze politik.

Wednesday, April 14, 2010

Selain Anwar, siapa yang suka main belakang..

posted by S Pathmawathy at Malaysiakini - 38 minutes ago
A number of Hulu Selangor MIC local leaders today issued an ultimatum to the BN leadership to field deputy president G Palanivel or they will shut down the party’s branches in the constituency.

Jika MIC ingat orang Melayu Hulu Selangor akan membenci Zaid dan memberi kemenangan mudah kepada BN walaupun dicalonkan seekor beruk hitam, nyata perhitungan itu meleset, salah dan silap besar.

Pengundi Melayu Hulu Selangor akan memberi kemenangan kepada calon Melayu tidak kira dari lubang mana dia datang, bukan kerana perkauman, tidak juga sayang sangat dengan PKR, tetapi itu adalah hak Melayu Hulu Selangor kerana mereka majoriti dan wakil mesti datang di kalangan mereka.

Simple matematik kelas tadika ini sepatutnya mudah untuk Najib hayati.

posted by null at Malaysiakini - 6 minutes ago
Hulu Selangor voters can express their gratitude for all that Dr Mahathir Mohamad had done for them by supporting BN on April 25, said Jerlun MP Mukhriz Mahathir.
Anak abah anak mama, kalau bercakap sekadar merosakkan situasi elok pergi main jauh jauh ...

6ANGKA