( Isu ini belum lagi diambil secara serius oleh mana2 parti politik untuk dijadikan agenda utama mereka ).

Bagaimana agaknya situasi yang berlaku di kauter bank, pejabat pos dan lain2 kaunter apabila nenek2 dan tokwan sedang melayan pelanggan?
Tentulah berlaku banyak kekurangan kakitangan di pejabat kerana ramai yang mendapat cuti sakit kerana mengidap kencing manis dan darah tinggi? Makin lancarkah urusan pejabat?
Dalam ketika pengangguran makin meningkat, membenarkan usia persaraan dinaikkan adalah suatu yang bertentangan dan ini meminggirkan golongan remaja yang terpelajar dan mendedahkan mereka kepada risiko jenayah atas desakan kewangan.
Orang politik wajar campur tangan, mempolitikkan isu ini dan jadikan perjuangan membela golongan remaja kerana mereka adalah 'golongan pengundi' yang makin penting dan membesar di Malaysia ketika ini.
Mat Sabu wajar menjadi 'hero' sekali lagi...
# Umur persaraan wajar dihadkan kepada persaraan pilihan 50 tahun dan wajib 55 tahun, dan lanjutan setiap tahun berikutnya mestilah berdasarkan prestasi pekerjaan dan taraf kesihatan.
Dalam keadaan ini seseorang mungkin perlu bersara pada usia 52 tahun jika salah satu atau kedua-dua faktor di atas ada padanya.
Begitu juga dalam situasi lain, seseorang berumur 75 tahun tetapi masih bekerja kerana terus menunjukkan prestasi kerja yang baik dan kekal sihat.
Bukankah itu lebih adil dan dinamik?
# Terkini: Syabas! DAP telah merestui PAS untuk laksanakan hudud !!??