Jual arak atas kesedaran peniaga - Khalid Ibrahim
Kaedah perlaksanaan berikut mungkin juga sesuai dilaksanakan di Selangor:
1. Pelacuran - tengok ada tak permintaan masyarakat setempat, kalau ada - teruskan, galakan juga perzinaan dan duduk serumah sebelum nikah.
2. Perjudian, nombor ekor haram - tengok ada tak permintaan masyarakat setempat, kalau ada teruskan - nombor ekor berlesen kalau tak ada permintaan boleh tutup - biar nombor ekor haram berleluasa kerana itu permintaan masayarakat setempat.
3. Elok juga kerajaan Selangor meluluskan penjualan senjata api secara bebas - tengok ada tak masyarakat memerlukan atau tidak.
Apa sahaja 'alasan' Khalid dalam meluluskan penjualan arak ada logiknya, ada baiknya, hebat dan genius kerana cara ini akan mengekalkan kuasa di pilihanraya akan datang.
Tentulah soal soal makan babi, dadah, cetak rompak, perjudian bola juga boleh diberi kebebasan dan pilihan kepda rakyat Selangor?!
Pada Melayu Melayu yang menyokong Pakatan Pembangkang - teruskan sokongan mulia anda !!!