Bukan sebulan, bukan setahun tapi dah 20 tahun, UMNO Kelantan cakap tak serupa bikin...dengan segela kemungkaran dan kelemahan PAS, Kelantan masih belum dapat ditawan, itu sekadar menggambarkan UMNO Kelantan lebih teruk dari PAS Kelantan dan masih terus ditolak oleh rakyat...
( Ultraman kalau dah boleh terbang kenapa perlu berbasikal... )
KOTA BHARU 22 Okt. - UMNO Kelantan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja.
Ketua Penerangannya, Datuk Dali Hussin berkata, jentera parti sentiasa menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihan raya dan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi PRU-13.
"UMNO Kelantan mempunyai barisan atau jentera parti yang cukup mantap dan sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya, kerana kerja-kerja ini (kerja pilihan raya) dilaksanakan tanpa musim, cuma tidak didedahkan sahaja.
"Kita sentiasa komited bekerja untuk parti hingga ke akar umbi bukan saja bila saat menjelang pilihan raya," katanya semasa ditemui pada majlis kesyukuran di kediamannya di sini, semalam.
Menjawab soalan mengenai peluang UMNO merampas Kelantan berikutan beberapa isu rakyat yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Pas, beliau berkata, UMNO sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri.
"Sasaran kita memang untuk rampas semula Kelantan," katanya ringkas.
Teka-teki PRU-13 begitu rancak diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini dengan andaian ia adakan diadakan dalam tempoh terdekat walaupun tarikh akhir pembubaran kerajaan ialah pada April 2013.
Dalam pada itu, Dali menasihatkan semua pemimpin politik di negeri ini supaya mengelakkan sebarang perselisihan faham kerana ia hanya merugikan parti.
"Apa yang penting dan perlu ditumpukan ialah gerakan kita untuk menyelami atau memahami aspirasi rakyat ke akar umbi," katanya - Utusan
Build credibility, expand your network hotline 0196655181
Showing posts with label umno kelatan. Show all posts
Showing posts with label umno kelatan. Show all posts
Saturday, October 22, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
USAHA IKHTIAR SEMULAJADI TERMURAH KAEDAH RAWATAN TAWAKKAL DOA...
TERKINI: Air mineral yang diambil dari kawasan (sisi) Madrasah Tahfiz didapati bermanfaat sebagai ikhtiar untuk mencegah dan merawat masa...
-
Maklumat lanjut cari sendiri.. Dah malas nak tulis panjang²...tulis panjang stau pendek memang dah tentu PH pilihan rakyat, a...
-
Kita pun tidak pasti samada ada atau tidak media politik setan online dan talibarut online di Malaysia. Oh ye, nak tanya juga d...
-
Sudah 3 bertahun segala usaha dan jentera digunakan untuk memburukan dan fitnah Tun sekadar kerana Tun memberi nasihat, teguran tertutup, ...