Tuesday, December 29, 2009

Siapa yang campurtangan keputusan mahkamah..



KOTA BHARU 29 Dis. — Bapa mertua Dr. Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan itu telah melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

Wajarkah bapa mertua campur tangan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman, bukankah anaknya sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri tanpa campurtangan bapanya.

Friday, December 25, 2009

Takkan nak tunggu pondan tegur baru si mamat ni nak letak jawatan..


Mana nak letak muka si mamat ni sekor bila wanita mencabarnya letak jawatan. Takkan nak tunggu pondan cabar dia pulak kot....

Selama ni hebat sangat dia berkokok dan menyalak, kita tengok apa pula komen dia bila kena batang idung sendiri..

Tahniah dan syabas kepada kepada Kamalia yang mendahului 'jantan jantan' lain dalam UMNO dan BN kerana berani tegur Nazri..

KUALA KANGSAR 25 Dis. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dicabar meletak jawatan sebagai Ketua Whip Barisan Nasional (BN) kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir semasa pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Wednesday, December 23, 2009

Jangan 'diam' kecuali benar..


Tun Mahathir dah jawab.






Pemimpin lain seperti Anwar, Lim Kit siang, Lim Eng Guan, Najib, Ku Li, Nik Aziz termasuklah Raja Petra, Rosmah, Khir Toyo, KJ, Hindraf patutnya contohilah cara Tun berhadapan dengn fitnah ke atasnya.



Jangan buat buat pekak dan bodoh, jangan hanya petah di blog, jangan lari ke luar negara, jangan kata ini isu kecil, jangan lari ke mana mana kedutaan, jangan tamatkan sidang akhbar secara mengejut, jangan guna dan berlindung di sebalik nama Islam, jangan berani jawab hanya di Parlimen atas kekebalan, jangan berdolak dalik, jangan bohong dan jangan banyak lagi.




Jadilah budiman, buat kenyataan dan cabar malah kalau perlu saman pihak terbabit.. janganlah hanya diam kecuali 'fitnah' itu benar !!!!




Enjin Jet Hilang - Guna Khidmat Nujum !!!


http://blog.limkitsiang.com/2009/12/23/missing-jet-engines-spark-crisis-in-malaysia/


http://www.youtube.com/watch?v=pf7qp5iOPtE&feature=player_embedded

Kristal (Nafie / Mael)

Resam Pak Belalang

Budak-budak bermain kuda
Kuda kayu kuda beroda
Kau pun sibuk nak mencuba
Patah riuk dibuatnya

Budak-budak bermain galah
Galah panjang kejar-mengejar
Kau pun sibuk nak merasa
Habis semuanya kau langgar

Orang muda mengorat
Mengorat si anak dara
Tapi kau yang mabuk cendawan
Mabuk cendawan

Orang tua bersembang
Kau pun sibuk menumpang
Tapi cerita kau menyimpang

Pak Belalang
Nujum terjun kebetulan mengena
Baik kau jaga-jaga

Pak Belalang
Kalau jawapan kau tembak tak kena
Habislah kau kepala
Oh kepala

Saturday, December 19, 2009

Bung Mokhtar sahut cabaran Nik Aziz..




Apa agaknya yang syiiok mahu dikongsikan *YB kita ni...
Chua Soi Lek patutnya ikut cara Bung, lebih budiman.
Ulama urged to practise polygamy
20http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/08cont/Article/index_html09/12/11
By Sharifah Mahsinah Abdullah
KOTA BARU: In another remark that is set to spark controversy, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said he encouraged ulama to practise polygamy because they are model polygamous husbands.
The 76-year-old Pas spiritual leader said they would set good examples on what a true polygamous marriage was all about in Islam.
*YB = Yang Bergomol

Thursday, December 17, 2009

DAP mendahului semangat hijrah..



"Saya berharap semua ahli DAP berhati-hati dalam menjalankan gerakan kita. Kita semakin hampir dan DS Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa. Ingat, gerakan kita adalah untuk anak bangsa kita yang selalu dikeji oleh Melayu. Ayuh, bangsa Cina, kuasai dan rebut apa yang Melayu tidak mampu. Jangan kita terhutang budi dengan Melayu...."



Tetapi pemimpin melayu sebok berlumba ke arah ini:



Sunday, December 13, 2009

Nik Aziz semakin maksum -kini tidak boleh disentuh


"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita." Dato Seri Anwar Ibrahim...


Harapan Anwar, ungkapan yang sama akan keluar dari mulut Nik Aziz untuk mempertahannnya dari disentuh oleh sesiapa termasuklah kes liwatnya yang dilewat lewatkan.

Taktik kebudakan Anwar ini pasti akan 'termakan' juga oleh pengikut Nik Aziz yang menyangka Anwar betul betul bermaksud demikian atau sangat sayang pada Nik Aziz.

Anwar mendapat ilham baru untuk menggunakan Nik Aziz dalam cubaannya menghalalkan satu lagi reformasi jalanan untuk mempopular dirinya dan mengalih masalah dalaman PKR dan PAS ke satu yang lebih membakar emosi.

Sikap psikologi Anwar dalam mendewakan Nik Aziz adalah selari dengan sikap Nik Aziz sendiri yang kononnya mana mana pihak yang menentangnya adalah menentang Islam.

Niat jahat keduanya kini meletakkan Nik Aziz dan Anwar sudah sama darjat,sama pendendam, sama sesat, sama hipokrit dan keduanya akan punah akibat kegopohan mereka sendiri.


p/s

Perkembangan terbaru UMNO: Nazri gambarkan dia hero yang didiamkan oleh bossnya yang berlagak diktator dalam isu kritikannya terhadap Mahathir.

Tuesday, December 8, 2009

Muhyiddin, TPM yang tiada pengaruh..



Tidak seperti Najib menjadi TPM di zaman Paklah, dia kelihatan begitu dihormati dan digeruni...
Tidak seperti Anwar sebagai TPM di zaman Mahathir, berpengaruh, bertenaga, berwibawa dan berkuasa...

Tidak seperti Paklah sebagai TPM di zaman Mahathir...masih dilayan dan dihormati

Tidak seperti Ghafar sebagai TPM di zaman Mahathir...masih berpengaruh dan disegani lawan dan kawan...

Musa Hitam walaupun singkat sebagai TPM masih mampu mengukir nama...

Kenapa Muhyiddin sebagai TPM kini kelihatan sayu, lemah, keseorangan, terpinggir, kurang kuasa, tidak diharapkan, tidak digeruni...Pendapat dan saranannya juga sering disanggah oleh Menteri yang lebih bawah seperti Nazri.

Apakah kerana dia dijangka tidak akan dan tidak mampu menjadi seorang Presiden UMNO dan PM untuk mengganti Najib !!??
Apakah sudah ada usaha usaha untuk menyingkirkan....

Apakah Zahid yang menarik diri dari pencalonan jawatan Timbalan Presiden meneruskan impiannya, sedang berkira kira membawa masuk KJ sebagai Timbalan Menteri untuk memperkuatkan jenteranya...

Dengan Razak Baginda yang sudah bebas dan JJ di London ...semuanya bereh.


http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/12/najib-minum-arak-secara-terbuka.html



AnaK Menteri malaun mana ni...

http://khairulryezal.blogspot.com/2009/12/siapa-nazri-hendak-memanggil-tun-dr.html

Kenapa Najib masih kekalkannya, UMNO sengaja mencari nahas..belum memadaikah jika ada yang menggelar UMNO sudah busuk sampai ke usus..

You belong to a racist party: Dr M to Nazri
Dec 8, 09 6:32PM
BREAKING NEWS The former premier calls on the minister to resign from Umno if the latter is against racism. Without mincing his words, Mahathir says Umno is a racist party.

Sunday, December 6, 2009

Nik Aziz - senjata makan tuan


Nik Aziz yang dulunya gagah, disanjung dan menjadi harapan dan sandaran kini lemah, longlai dan perlu dipimpin dan terpaksa 'disandiwarakan' untuk dilihat masih gagah.


Segelintir penyokong PAS yang dibantu sepenuhnya dari parti pembangkang lain akan meneruskan 'sokongan' kepada Nik Aziz yang kini mula hilang sokongan dari kepimpinan partinya sendiri, hilang sokongan dari ahli luar PAS Kelantan dan hilang sokongan dari segelintir ahli PAS Kelantan.


Nik Aziz yang cuba menggagalkan usaha kerajaan perpaduan atau kerjasama UMNOPAS yang diketuai Hadi Awang kini bersendirian dalam cuba menyelamatkan maruahnya yang tercalar dengan isu penajaan haji dan doa laknat yang tidak kena tempatnya.


Senjata makan tuan..


Thousands rally for Nik Aziz in KL
posted by Abdul Rahim Sabri at
Malaysiakini - 35 minutes ago
The rally was held to support PAS spiritual leader Nik Aziz Nik Mat who is under fire from Umno.

KB Mall - kebakaran? kematian? runtuh?




Dua maut kereta terjunam dari parkir pasar raya
06/12/2009 8:26pm
KOTA BAHARU 6 Dis. — Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.
Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.
— BERNAMA


Terkini: 7.00 petang




Sesuatu terjadi di KB Mall petang tadi, dijangka melibatkan kematian..di luar KB Mall, jalanraya sesak dan lautan manusia..


Siapa yang boleh sahkan...




Saturday, December 5, 2009

Isu Royalti Minyak Kelantan...mantan PM lebih layak


Isunya: Nik Aziz kesal kerana wang ehsan tidak disalurkan terus kepadanya.




Tengku Razaleigh masih impikan jawatan PM secara datang bergolek...

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...