Ada laporan: Ketika ditemui oleh TV Selangor, Nurul Izzah berasa sedikit kesal dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan menangguhkan permohonan qazaf bapanya ke atas bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan pada 17 Februari depan.
Kebimbangan itu wajar tetapi tidaklah perlu sampai ke tahap 'gaban' kerana Saiful bukanlah seorang pakar seperti bapa Nurul yang cukup handal dalam soal tangguh menangguh ni.
Juga Saiful sudah tentulah tidak mampu mengupah berbelas peguam untuk membelanya.
Sesiapapun kenalah berdiri di atas prinsip 'berani kerana benar, takut kerana salah' dan kurangkanlah menuding jari atau menyalahkan orang lain atas 'tempahan' sendiri.
Konspirasi orang lain terhadap diri kita, sebenarnya mudah untuk dipatahkan tetapi termasuk dalam perangkap konspirasi diri sendiri - tu yang tahap gaban.