Selepas ini kerajaan wajar membina satu replika ibu negara KL dengan jalan2 yang menjadi kegemaran pendemo untuk berarak.
Bandar Replika terletak di tengah2 hutan Pahang yang masih luas dan projek itu diswastakan, mana2 pihak yang mahu berdemo perlu bayar termasuklah deposit untuk gantirugi kerosakkan yang dibenarkan.
Idea asal adalah Mat Sabu yang menyatakan demo akan meningkatkan perniagaan. Di replika, juga disediakan rumah penginapan termasuk rumah urut moden dan tradisional, gerai makan minum dan lain2. Perkhidmatan teksi dan bas akan meningkat penggunaanya dengan membawa penumpang dari seluruh pelusuk negara ke ibunegara replika.
Balai Polis dan Hospital dikecualikan pembinaannya kerana permit polis tidak diperlukan dan manamungkin berlaku kecederaan kerana semuanya berjalan dengan aman.
NGO dan Pejabat Agensi Perisikan Luar negara wajar dibuka bagi memberi khimat nasihat secara langsung dan tidak tersembunyi bagaimana demo perlu dijalankan secara berkesan termasuklah peruntukan besar perbelanjaan.
Astro boleh buat siaran langsung.