Mahathir menyatakan UMNO akan kalah teruk jika piliharanya dilakukan sekarang kerana dua faktor, pertama kerana UMNO masih berpecah dan hilang semangat dan keduanya UMNO perlu kembali semula kepada perjuangan asal.
Mungkin saranan dan ingatan itu silap dan sedikit pun tidak membimbangkan Najib kerana dia berkeyakinan apa yang dilakukan sekarang memihak kepada UMNO lebih2 lagi ahli2 UMNO sudah tidak punya pilihan kecuali menerimanya sebagai yang terbaik malah sikap komponen sangat2 menyukai semua langkah2 yang dilakukannya.
Dalam ketika Mahathir memperingatkan tentang puak di dalam UMNO, Najib secara spontan menjawabnya dengan memperingatkan pula agar MCA tidak berpecah lebih dari satu seolah-olah menafikan UMNO juga berada dalam kedudukan yang sama.
Bagi Najib, Melayu sudah tidak perlu pergantungan kepada kerajaan, tidak perlu subsidi atau peruntukan khas sebaliknya harus maju bersaing demi maruah tetapi dalam masa yang sama segala bentuk subsidi dan peruntukan khas menjadi-jadi dan makin galak disalurkan pula kepada bangsa yang kononnya bukan subsidi atau muka 'tempel' seperti cina atau india.
Pantang bersuara, Najib cepat2 hulurkan pada sekolah jenis cina atau india dalam segala bentuk erti bantuan malah gereja juga mendapat tempat lewat kebelakangan ini. Apakah ini yang dimaksudkan reformasi atau pembaharuan yang didewa-dewakan Najib? Dan hari ini Pemuda MCA minta kerajaan memperuntukan tambahan bantuan lagi dan MIC pula minta 5 juta untuk membantu kaumnya?
Dalam ketika Melayu mahu ditolak jauh untuk menjadi bangsa subsidi, kaum2 lain pula akan dimanja-manjakan dan mengambil tempat? Apakah ini yang Najib maksudkan UMNO kembali kepada perjuangan asal dan sama maksudnya dengan Mahathir.
Walaupun bapa Najib, Tun Razak pernah menjadi Perdana Menteri tidak bererti Najib boleh memerintah negara ini seperti negara ini mak bapak dia punya dan jangan kerana terdesak untuk terus berkuasa, semua dan segala atas nama 'Melayu' mahu dijual murah2.
Ketentuan untuk UMNO dan BN menang kali ini bukan ditentukan oleh undi kaum cina atau india tetapi ditentukan oleh kekuatan penyatuan Melayu...semakin mengikut telunjuk kaum asing dan meminggirkan hak Melayu sekadar memberi keyakinan dan semangat kepada mereka bahawa orang Melayu sudah lemah dan inilah masanya kepala Melayu dipihak-pijak.
Apakah Mahathir akan terus membiarkan UMNO ranap dan musnah di tangan Najib atau bangkit sekali lagi untuk membetulkan keadaan. Nyata Mahathir sudah tidak mampu untuk kali ini dan akan kecewa dengan segala yang bakal dilihatnya...
Showing posts with label jawab. Show all posts
Showing posts with label jawab. Show all posts
Sunday, October 2, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
PRODUK UNTUK MEREKA YANG MEMENTINGKAN KUALITI HIDUP
Sesuatu yang baharu bakal tiba… Untuk mereka yang mendambakan tidur berkualiti. Untuk mereka yang mahu udara rumah lebih bersih dan menyeg...
-
N ama Tabung biar sedikit patriotik.. TABUNG SELAMATKAN MELAYU TABUNG SOLIDARITI JAMAL TABUNG BANGKIT UMNO Peringkat kampong...
-
Memang le berok² ni terkejut sebab selalu diberi dedak..disuap. dicucuk hidung Apakah menderma untuk tabung bagi tujuan membayar huta...
-
Selera pemimpin ketiga-tiga parti ini lebih cocok, sama perangai. Usaha ke arah ini harus disegerakan sebelum rakyat lebih menyokong Tun se...