Showing posts with label M untuk Mahathir.. Show all posts
Showing posts with label M untuk Mahathir.. Show all posts

Friday, April 30, 2010

Kerja Orang Tidor dan Kabinet YESman..

KUALA LUMPUR 1 Mei – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran yang melibatkan Blok L dan Blok M yang dianugerahkan kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Sabah Oil Co. Ltd telah dibatalkan pada 7 April lalu.

Pembatalan kontrak menerusi Surat Pertukaran yang bertarikh 16 Mac 2009 itu berikutan kedua-dua blok itu bukan lagi sebahagian dari Malaysia.

Blok L dan Blok M itu telah ditandakan semula sebagai CA1 dan CA2.

``Petronas juga mahu menjelaskan bahawa syarikat ini telah dijemput oleh Brunei untuk terlibat dalam membangunkan CA1 dan CA2 berdasarkan perjanjian komersial,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan

Rakan kongsi Petronas iaitu Murphy Sabah telah ditendang keluar hasil tandatangan Paklah.

Brunei mengesahkan permohonan mereka ke atas Limbang berterusan walaupun selepas penyerahan Blok L dan M.

Saolannya kenapa Malaysia perlu lepaskan tuntutan ke atas Blok M dan L tanpa mendapat apa apa keuntungan dari perlepasan itu.

Jemputan Brunei kepada Petronas adalah jemputan biasa usahasama komersial dalam kata mudah keuntungan kena dibahagikan 50/50 sedangkan bukankah Malaysia layak untuk mendapat 100% jika tanpa tandatangan Paklah tersebut.

Apakah ada keuntungan kroni anak menantu di sini secara langsung atau tidak langsung???


6ANGKA