Showing posts with label puak pembangkang. Show all posts
Showing posts with label puak pembangkang. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Pro UMNO, UMNO, Kerajaan BN sanjung "Pakatan Rakyat"

Aku pun naik pelik dengan blogger2 pro UMNO yang kalau dilihat kepada komen dan penulisan mereka sangat marah kepada pembangkang sampai ke tahap benci gaban tetapi dalam masa yang sama masih sanjung?

Begitu juga dengan Pemimpin2 UMNO dan BN, kalau kritik pembangkang berjela jela tetapi dihujung hujungnya tetap sayang dan sanjung puja?


Gelaran, sebutan atau panggilan kepada puak pembangkang mesti dikekalkan dengan Pakatan Pembangkang ( dan bukannya Pakatan Rakyat ) yang dikaitkan antara tiga parti PAS DAP dan PKR yang tidak berminat pun untuk mendaftar sebagai gabungan dan pertubuhan yang sah kerana masih belum sepakat untuk meletakkan siapakah yang akan mengetuai, mereka saling prejudis antara satu sama lain.

Mereka sekadar duduk semeja dengan impian agihan kerusi masing2, mereka sekatil tetapi dengan mimpi masing2...mereka sepakat tetapi dalam kocek masing2 ada pisau, letupan dan racun. 

Hal mendaftar diri sebagai pertubuhan sah pun mereka belum sepakat apalagi soal2 pokok dan isu besar. Jadi kenapa hari ini mereka perlu digelar, dipanggit, disebut, disanjung dengan Pakatan Rakyat???? Dah bodoh agaknya (dengan izin)?


"Pakatan Rakyat" tidak boleh digunakan untuk menggambarkan pihak pembangkang kerana itu secara moralnya ia memberi gambaran rakyat telah bersepakat dengan majoriti di dalam Puak Pembangkang sedangkan hakikatnya BN masih mendapat sokongan majoriti rakyat untuk memerintah.


Memanggil mereka dengan Pakatan Rakyat adalah satu pengiktirafan dan sanjungan yang kelak makan diri kepada UMNO dan BN sedangkan hakikatnya tingkah laku mereka bukan mewakili majoriti rakyat secata umum.

Hentikanlah panggilan itu mulai sekarang.

6ANGKA