Beberapa pemimpin atasan BN menyeru supaya serangan peribadi berhubung 'kaki minum' ke atas Zaid diredakan sertamerta - kenapa???
ASAL:
Pengakuan Zaid mampu mengaut ribuan dan majoriti jumlah undian meninggalkan calon BN.
Bolehkah Kamalanathan mengikut jejak Zaid ...
Contoh: memeluk Ugama Islam
Melayu dan Islam adalah faktor penting yang harus di ambilkira oleh pengundi Hulu Selangor yang kehausan calon dari PAS atau UMNO.
HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.
"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.
"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.
Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.
"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah,” katanya.
Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog. - Bernama
TERKINIhttp://khairulryezal.blogspot.com/2010/04/terkini-dan-sensasi-dr-halili-akan.html
http://justread-whatever.blogspot.com/2010/04/independent-chandran-to-pull-out.html
Palani dan Dr Halili adalah dua watak yang sama, merajuk bila tak dapat sesuatu.
Chandran adalah watak lama dan basi yang 'masih laku'