Showing posts with label Pakatan. Show all posts
Showing posts with label Pakatan. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

EGO POLITIK

Galak betul sesetengah pihak mahukan DUN Perak dibubarkan - macam negeri tu mak bapak dia punya, ini lebih kerja batu api dan orang luar - rakyat Perak dan orang kampong majoritinya tidak merasakan itu keperluan utama dalam kehidupan harian mereka sekarang.

Bubar dan mengadakan semula pilihanraya bukan satu jaminan BN atau Pakatan boleh menang DAN yang lebih penting pembaziran masa, tenaga, wang dan sumber sekadar untuk memuaskan 'ego politik' masing2...

Selepas pilihanraya, akan ada cerita baru, akan ada fitnah baru, akan ada cerita beli baru, akan ada lompat baru, akan ada petisyen baru, akan ada kes mahkamah baru, akan ada rampasan baru - begitulah psuingannya.

Selesaikah kekusutan kalau manusia manusia di kedua dua pihak itu masih ujud dan dibenarkan 'berpolitik secara binatang.

Monday, January 19, 2009

UMNO bini tua..

Jika dikaji keseluruhannya tidaklah UMNO itu begitu buruk, seumpama sekadar sekor dua beruk yang merosakkan taman bunga dan berkelakuan 'over' menyebabkan penghuni yang selalunya santai di situ sudah hilang harmoni, Tukang Jaga dan Tukang Kebun kini kena bekerja keras memperbaiki segala kerosakkan tetapi malang pelawat taman sudah ada pilihan taman yang lain.

UMNO bagaikan bini pertama atau bini tua yang sudah ada bibit bibit benci dan jemu, apa yang dilakukan semuanya tak kena dan dibenci belaka. Seperti kata Muhyiddin, sudah tidak ada penarik, sudah kerepot, kedut dan makin cepat makan tua. Ramuan awet muda yang mahu dicari terkadang salah ramuan, bukan ramuan awet muda yang terjumpa tetapi yang awet sombong, maka di jadikan isu.

Sindrom denial dan perasan yang ada pada beberapa pemimpin UMNO menambahburukkan lagi rasa jemu di kalangan rakyat untuk terus memberi sokongan. Sebagai p[ilihan mereka mahu mencuba pakatan kahwin campur ala ala Melayu kahwin Cina, terlanjur maka dapatlah pula anak tidak sah seperti Hindraf dan Jerit, namun kerana pakatan ini baru dan menjanjikan yang lebih harmoni maka rakyat mengalihkan jemu kepada UMNO kepada pakatan walaupun mungkin berisiko tinggi.

UMNO adalah umpama Datsun cabuk walaupun banyak berjasa tetapi sudah tidak sporty walau di bedak dan digincu dan pilihan yang ada sekarang rakyat mahu mencuba sesuatu yang dilihatnya baru dan belpebagaian walaupun sebenarnya ia juga berasal dari 'recond' dan yang sudah ditebuk tupai.

6ANGKA