Showing posts with label hakim. Show all posts
Showing posts with label hakim. Show all posts

Sunday, February 7, 2010

Malaikat pun nak dpindahkan..

Kemaskini:

Mengikut keterangan Saiful di mahkamah, dia tidak menjalani pemeriksaan di PUSRAWI sebaliknya doktor tersebut merujuknya (To Rule Out) ke Hospital Kuala Lumpur.

Cerita bohong Anwar and the gang sebelum ini ialah Saiful diperiksa dan doktor mengesahkan tiada kesan liwat (To Rule Out).

No wonder Anwar menangguh dan mengelak berpuluh kali kes ini dibicarakan kerana takut 'tembelangnya' pecah dan kebenaran demi kebenaran mula terserlah.

Anwar, are you ok ?


Anwar mohon hakim dilucut daripada dengar perbicaraan

08/02/2010 12:06pm
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keempat hari ini, bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan apabila pasukan pembelaan membuat permohonan supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu.

Satu tindakan bijak Karpal untuk melengahkan kes secara sah dari sudut perundangan bertujuan 'politik' dan jika ini lagaknya, tidak mustahil pertukaran hakim akan berlaku 3 atau 4 kali setiap kali hakim dilihat 'bias' atau tidak bersetuju dengan peguambela sepanjang kes ini dibicarakan. Ini baru fasa 1.

Fasa ke 2, apa juga keputusannya, kita pasti akan melihat proses rayuan demi rayuan akan dibuat seperti yang dibenarkan undang2.

Fasa ke 3 - pelbagai kemungkinan????

Anwar juga sering menuduh kerajaan campurtangan dan konspirasi jahat ke atas dirinya.
Kenapa agaknya kerajaan tidak konspirasi jahat terhadap Hadi, Nik Aziz, Lims dan lain lain.
Apakah di Malaysia ini hanya Anmwar seorang sahaja yang hebat dan ditakuti..

Dalam perbicaraan ini, kita lihat Anwar sedang menguasai 'permainan' walaupun Saiful yang menjaringkan gol pertama (itu buat Anwar gelabah puyoh, terkejut berok.....) dan Anwar jika leka 'bermain' terus dia akan dilihat membuang masa bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi masyarakat dunia dan akhirnya dia tidak 'laku' lagi diperingkat antarabangsa.

Kalau boleh agaknya, malaikat pun mahu Anwar tukarkan, malaikat sebelah kanan dipindah sebelah kiri dan malaikat sebelah kiri dipindah ke kanan.

Anwar, are you ok ??

Jadi rakyat Malaysia, buatlah kerja kamu, ini bukan masalah negara, ini bukan masalah hidup mati anak beranak kita, bukan masalah periuk nasi kita, jangan buang masa dengan masalah peribadi dua orang ini.


6ANGKA