Showing posts with label bosan. Show all posts
Showing posts with label bosan. Show all posts

Sunday, September 4, 2011

Rakyat bosan dengan PAS dan UMNO - isu mundur

Aku dah kata dah, puak politik memang pelahap, sekarang ni halal atau haram mereka belasah, sah tidak sah, betul atau tidak mereka langgar semacam sahaja. yang penting nampak menang, nampak betul.

Akibat asakan yang bertalu dari UMNO dalam mencari publisiti murahan sedangkan sepatutnya soal sejarah bukit kepong biarlah budak tingkatan lima yang menjawab akibatnya PAS kini mendesak UMNO untuk berdebat.

Sudah tentulah UMNO sejak dari dahulu lagi tidak berani untuk berdebat dengan pelbagai alasan yang cerdik dan stu-pidpiang.

Dan yang mengajak untuk berdebat (PAS) tentulah berkali ganda lagi stu-pidpiang sebab soal sejarah memerlukan kajian yang mendalam dan bukannya sesuatu sejarah dibuktikan dengan perdebatan politik taik minyak UMNO dan PAS.

Wei, rakyat bosanlah dengan bah-al-ol kau orang ni.







KUALA LUMPUR, 4 Sept — PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad Sabu.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.
“Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.
“PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

6ANGKA