Kata Nazri Aziz: Bukan Islam di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/19/nation/5497328&sec=nation
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/19/nation/5497328&sec=nation
Bukankah itu juga menganggu proses mahkamah ?
Bukankah itu juga menghina mahkamah ?
Bukankah itu juga mendatangkan rusuhan dan ketegangan kaum seterusnya mengancam keselamatan negara ?
Bukankah itu melanggar fatwa dan titah Sultan ?
Bukankah itu sembah derhaka namanya ?
Kesian pada Najib yang ada pecacai sebegitu rupa..
SEPINTAS LALU MENGENAI MIDDLE MALAYSIA DAP:
Apa sahaja yang dinamakan oleh DAP seperti Middle Malaysia atau 1Malaysia oleh Najib, ia sebenarnya seperti gula gula getah, enak dikunyah tetapi tidak mampu ditelan.SEPINTAS LALU MENGENAI MIDDLE MALAYSIA DAP:
Lebih lebih lagi dalam keadaan negara di ambang kecah dan kecoh, adalah sukar menghasilkan sesuatu yang ideal dengan aman kerana prasangka kuat yang ada di semua pihak.
Ketika Mahathir meninggalkan legasi terbaik untuk Paklah, ia seharusnya diteruskan dengan sesuatu yang mengukuhkan dan bukannya cuba menunjuk pandai dengan merungkai untuk membina semula, akhirnya seperti tikus membaiki labu hinggalah ke hari ini.
Rakyat ingin menasihati parti parti tersebut bahawa slogan slogan mereka bukanlah tangkal azimat yang boleh menyelamatkan Malaysia jika 'cakap tak serupa bikin'. Rakyat ingin melihat 'tindakan' dan bukannya laungan slogan dan drama slogan yang dipamerkan media sekadar untuk terus 'memuji diri sendiri'.
Apa juga slogan, akhirnya setiap parti akan kembali kepada 'perkauman' untuk survival mereka. Tidak salah untuk kembali kepada kaum masing2 kerana itu yang kita mula dan asaskan sejak dulu. Tetapi dalam masa yang sama kembalilah kepada roh Perlembagaan dengan menghayati dan menghormatinya.